Ibu Bapa Nabi Muhammad Masuk Neraka?Musyrik?

CG Sponsors




jejantas

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Sep 1, 2007
Messages
24,648
Reaction score
920
Points
161
ko baca lak ayat 48..dan 49
Nabi Ibrahim berkata: " Selamat tinggalah ayah; aku akan memohon kepada Tuhanku mengampuni dosamu; sesungguhnya Ia sentiasa melimpahkan kemurahan ihsanNya kepadaku.
(Maryam 19:47)

Dan aku akan membawa diri meninggalkan kamu semua serta apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; dan aku akan beribadat kepada Tuhanku dengan ikhlas; mudah-mudahan aku dengan ibadatku kepada Tuhanku itu tidak menjadi hampa (dan derhaka seperti kamu)".

Maka apabila ia berhijrah meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah yang lain dari Allah kami kurniakan kepadanya: Ishak (anaknya), dan Yaakub (cucunya); dan kedua-duanya Kami jadikan berpangkat Nabi.
(Maryam 19:49)

Rasanya jelas kan .... Isunya tiada apa yang nak diherankan dengan perkara ini kerana hidayah Allah hanya milikNya ...
 
Sponsored Post

citymall

Active+ Member
Joined
Dec 13, 2013
Messages
4,295
Reaction score
478
Points
41
Kenapa duk sibuk pasal ibubapa nabi masuk neraka (fahaman wahabi). Nasib kita nie dah tentu baik ker?
 

tokey99

Super Active Member
Joined
Jan 22, 2009
Messages
5,804
Reaction score
896
Points
121
Nabi Ibrahim berkata: " Selamat tinggalah ayah; aku akan memohon kepada Tuhanku mengampuni dosamu; sesungguhnya Ia sentiasa melimpahkan kemurahan ihsanNya kepadaku.
(Maryam 19:47)

Dan aku akan membawa diri meninggalkan kamu semua serta apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; dan aku akan beribadat kepada Tuhanku dengan ikhlas; mudah-mudahan aku dengan ibadatku kepada Tuhanku itu tidak menjadi hampa (dan derhaka seperti kamu)".

Maka apabila ia berhijrah meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah yang lain dari Allah kami kurniakan kepadanya: Ishak (anaknya), dan Yaakub (cucunya); dan kedua-duanya Kami jadikan berpangkat Nabi.
(Maryam 19:49)

Rasanya jelas kan .... Isunya tiada apa yang nak diherankan dengan perkara ini kerana hidayah Allah hanya milikNya ...
so,kenapa jamak disitu..?
so mana dia bukti tuhan kata spt cth..wahai ibrahim..ayahmu itu kafir?datangkan dulu..selagi xde..jgn bising2..
 

jejantas

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Sep 1, 2007
Messages
24,648
Reaction score
920
Points
161
so,kenapa jamak disitu..?
so mana dia bukti tuhan kata spt cth..wahai ibrahim..ayahmu itu kafir?datangkan dulu..selagi xde..jgn bising2..
so dimana yang mengatakan bahawa bapa Nabi Ibrahim itu beriman?
 

tokey99

Super Active Member
Joined
Jan 22, 2009
Messages
5,804
Reaction score
896
Points
121
so dimana yang mengatakan bahawa bapa Nabi Ibrahim itu beriman?
kita tak tahu kesudahan bapa nabi ibrahim macamana..jadi kita serahkan urusan tu pada Allah s.w.t...k
dan berbalik pada topik asal..pasal ibubapa nabi s.a.w...ulama ada khilaf hal tu..jadi kita sebagai umat yg terkemudian..cukuplah kita amik pendapat yg terbaik..iaitu ibubapa nabi s.a.w. Beragama fitrah..dan kita serahkan hal tu pada Allah s.w.t. Lah jua..k
 

jumatmajid

Super Active Member
Joined
Jun 5, 2012
Messages
7,534
Reaction score
218
Points
78
Nabi Ibrahim berkata: " Selamat tinggalah ayah; aku akan memohon kepada Tuhanku mengampuni dosamu; sesungguhnya Ia sentiasa melimpahkan kemurahan ihsanNya kepadaku.
(Maryam 19:47)

Dan aku akan membawa diri meninggalkan kamu semua serta apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; dan aku akan beribadat kepada Tuhanku dengan ikhlas; mudah-mudahan aku dengan ibadatku kepada Tuhanku itu tidak menjadi hampa (dan derhaka seperti kamu)".

Maka apabila ia berhijrah meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah yang lain dari Allah kami kurniakan kepadanya: Ishak (anaknya), dan Yaakub (cucunya); dan kedua-duanya Kami jadikan berpangkat Nabi.
(Maryam 19:49)

Rasanya jelas kan .... Isunya tiada apa yang nak diherankan dengan perkara ini kerana hidayah Allah hanya milikNya ...
so,kenapa jamak disitu..?
so mana dia bukti tuhan kata spt cth..wahai ibrahim..ayahmu itu kafir?datangkan dulu..selagi xde..jgn bising2..
Maryam, 47 semua dhomir dlm bentuk mufrad muzakkar, mula Maryam, 48 baru lah dhomir dlm bentuk jama'...

so klu ikut penilaian qawaid, mmg Maryam, 47 merupakan perbualan antara Nabi Ibrahim AS dgn bapanya, krn Baginda berkata2 dgn seorg llki...

hanya bermula Maryam, 48 barulah Nabi Ibrahim AS berkata2 kpd kaumnya secara umum sbb tuh sdr nampak dhomir jama'...

sy hanya memberi komen berdsrkan qawaid bhs Arab yer, so jgn buat kesimpulan lain plak...

sy x kater siapa betul, siapa slh dlm isu ayahanda bonda para Nabi AS nih masuk neraka atau syurga...

hal nih sy serahkan kpd qjjl SWT utk tentukan...
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,459
Reaction score
1,883
Points
201
Keturunan terpilih
Ada seorang lelaki pernah menuduh ibu bapa Nabi masuk neraka. Apabila isu itu diajukan kepada Al-Qadhi Abu Bakar al-'Arabi al-Maliki lantas beliau menjawab bahawa lelaki berkenaan dilaknat oleh Allah SWT dengan katanya: "Sesungguhnya mereka yang mencaci Allah dan Rasul-Nya dilaknat oleh Allah di dunia dan akhirat serta disediakan bagi mereka azab yang hina. Dan tiadalah perkara yang lebih menyakitkan Rasulullah SAW selain menyatakan ayah Baginda diazab di dalam neraka."

Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah bersepakat dalam menjelaskan ibu bapa Baginda SAW terdiri dalam kalangan ahli fatrah. Iaitu mereka yang hidup di zaman tidak diutuskan Nabi AS. Kedua-dua mereka tidak menyahut seruan dakwah kerana ketika itu Nabi SAW masih dalam kandungan. Manakala antara kerasulan Rasulullah SAW dengan Nabi Isa AS mempunyai tempoh selama 500 tahun tidak ada Nabi yang diutuskan. Merekalah yang dipanggil generasi ahli fatrah. Walaupun tidak sampai seruan dakwah, tetapi mereka tidak boleh dipersalahkan atas faktor itu.


Firman Allah SWT: "Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapa pun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). "(QS: Al-Isra', 15)

Imam Baijuri berkata: "Apabila kamu mengetahui bahawa ahli fatrah adalah golongan yang terselamat (di akhirat) menurut pendapat yang terpilih, maka kamu juga akan mengetahui bahawa kedua-dua ayahanda dan bonda Rasulullah juga terselamat, disebabkan mereka juga tergolong dalam kalangan ahli fatrah. Bahkan semua nenek moyang Rasulullah terselamat dan dihukumkan sebagai generasi yang beriman dan tiada seorang pun di antara mereka yang (terjebak di dalam kancah) kekufuran, kekotoran serta perkara yang mengaibkan (menjatuhkan maruah) yang dilakukan oleh kaum Arab Jahiliyyah."



Keturunan Rasulullah keturunan terpilih, mulia

Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah telah menjadikan makhluk, lalu Dia menjadikan aku daripada sebaik-baik makhluk, daripada sebaik-baik kurun. Kemudian Allah memilih kabilah-kabilah, maka Dia memilih aku daripada sebaik-baik kabilah. Kemudian Dia memilih keluarga, maka Dia menjadikan aku daripada sebaik-baik keluarga. Maka aku adalah yang terbaik daripada kalangan mereka pada diri dan juga keluarga." (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Rasulullah SAW bersabda: "Aku telah keluar daripada hasil nikah dan bukan daripada keturunan yang rosak, sedang aku adalah daripada keturunan Adam sehingga telah dilahirkan akan aku oleh ibu dan ayahku sedang aku tidak pernah ditimpa sebarang perbuatan jahat orang jahiliyyah." (Hadis Riwayat Abu Nuaim, al-Thabariy dan Ibn 'Asakir)

Rasulullah SAW bersabda: "Allah sentiasa memindahkan aku daripada sulbi yang baik ke dalam rahim yang suci, suci dan memberi petunjuk. Tidaklah tumbuh dua cabang kecuali aku yang terbaik." (Hadis Riwayat Ibnu Asakir dan Ibnu Abbas)



Nasab Baginda suci daripada syirik


Jalur keturunan baginda sampai kepada Nabi Ibrahim. Semuanya mengamalkan agama Hanif yang menyembah Allah. Bukan sahaja tidak dinodai zina, bahkan dalam kalangan orang yang sujud. Keimanan nasab ini bukti makbulnya doa Nabi Ibrahim yang bermunajat: "Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua (Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail) orang Islam (yang berserah diri) kepada-Mu dan jadikanlah daripada keturunan kami, umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. QS: al-Baqarah, 128)

Allah berfirman yang bermaksud: "Yang melihat pergerakan dirimu di antara orang-orang yang sujud." (QS: Syu'ara', 218- 219)

Sayyidina Ibn Abbas mentafsirkan firman Allah ini sebagai perpindahan benih daripada sulbi seorang Nabi ke sulbi Nabi seterusnya ke dalam sulbi daripada kalangan Sajidiin (yang sujud dan beriman kepada Allah).

Kadangkala berlaku salah faham terhadap hadis berikut: Daripada Anas RA bahawa ada seorang lelaki berkata: "Wahai Rasulullah, ayahku berada di mana?" Nabi SAW menjawab: "Di dalam neraka." Apabila lelaki itu berpaling pergi, Baginda SAW, memanggilnya lalu bersabda: "Sesungguhnya ayahku dan ayahmu di dalam neraka." (Hadis Riwayat Muslim)

Jawapan: Lafaz 'ayah' dalam hadis ini bermaksud 'ayah saudara' Nabi. Adat bangsa arab, kalimat 'abi' yang bermakna 'ayah' di situ membawa makna umum, tidak semestinya makna bapa kandung, boleh jadi bapa saudara. Kalimat yang paling tepat untuk ayah kandung ialah 'walid.'

Kata-kata Nabi ini bertujuan agar lembut hati lelaki tersebut, tidak kembali murtad dan tidak mengeluarkan kata-kata sumpahan dan caci-maki terhadap Rasulullah SAW kerana lelaki 'arabi terkenal dengan sikap degil dan keras hati. Ia juga suatu strategi untuk menarik lebih ramai kaum kerabatnya memeluk Islam.

Al-Quran merekodkan yang Nabi Ibrahim pernah berdoa supaya 'abi'nya diampunkan, tetapi dilarang Allah. Namun, pada ayat lain, Nabi Ibrahim berdoa supaya 'walid'nya diampunkan, hal ini dibenarkan Allah. Perbezaan dua keadaan ini menunjukkan ada beza antara makna 'abi' untuk ayah saudara dengan ayah kandung.

Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, Saidatina Aminah sendiri pernah berwasiat kepada Nabi Muhammad yang ketika itu berusia 5 tahun. Rasulullah sewaktu itu menemani ibunya yang sedang sakit tenat.

Bondanya berkata: "Semoga Allah memberkatimu daripada kecil, wahai anak daripada ayahandanya (Abdullah) yang ditakdirkan mati, tetapi telah terselamat dengan pertolongan Allah Raja Yang Memberikan Nikmat, dia telah ditebus pada keesokan paginya ketika hendak disembelih dengan seratus ekor unta yang mahal. Sekiranya benar apa yang telah aku saksikan ketika tidur, engkau akan diutuskan kepada sekalian makhluk; daripada sisi Tuhan Yang Mempunyai Keagungan dan Kemuliaan; Engkau akan diutuskan di Tanah Halal dan Haram; diutuskan juga dengan kebenaran dan Islam, agama datukmu Ibrahim yang mulia, maka Allah telah menghalangmu daripada mendekati berhala supaya kamu tidak menyembahnya bersama kaum jahiliyyah."

Bersama kita renungkan jika Baginda SAW adalah manusia terpilih sebaik-baik makhluk maka sudah tentu status ini turut merangkumi ibu bapa Baginda SAW. Jika makam yang menempatkan jasad Rasulullah itu paling mulia di atas muka bumi maka mana mungkin ayahnda dan bonda Baginda SAW dipandang hina oleh Allah Yang Maha Bijaksana.



Penulis Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penerbitan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
 

jom

Active+ Member
Joined
Jun 18, 2012
Messages
2,633
Reaction score
89
Points
30
Nabi Muhammad SAW dan keturunan baginda sudah pasti dijaga Allah SWT sehingga kiamat.
 

DavinciCode

Fun Poster
Joined
Apr 5, 2007
Messages
417
Reaction score
0
Points
10
Jangan kita ambil tugas tuhan..

Allah Ta’ala berfirman,

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasulnya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS. Al Hujurat:1)​
 

DavinciCode

Fun Poster
Joined
Apr 5, 2007
Messages
417
Reaction score
0
Points
10
Serahkan kpd tuhan yg Esa kerana semua itu hak mutlaknya.

"Sesungguhnya dia telah memikirkan dan menetapkan.... maka celakalah dia! Bagaimana dia menetapkan"
(QS. Al-Muddassir: 18-19)
 
Sponsored Post
Top
Log in Register