BTC USD 36,015.4 Gold USD 1,842.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Ibu Ani dalang seludup PATI kena dakwa

hiduprakyat

Super Active Member
Messages
6,555
Joined
Dec 6, 2010
Messages
6,555
Reaction score
466
Points
91
#Artikel - Ibu Ani dalang seludup PATI kena dakwa
FB_IMG_1638102855756.jpg

KLANG – Seorang wanita warga Indonesia dikenali Ibu Ani yang merupakan dalang penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Antipemerdagangan Orang (ATIP) di sini, hari ini.

Tertuduh, Ramiani,56, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Roszianayati Ahmad.Tiada pengakuan turut direkodkan daripada tertuduh tersebut.

Mengikut pertuduhan, Ibu Ani didakwa menjalankan penyeludupan migran terhadap enam warga Indonesia termasuk seorang wanita berusia 21 hingga 60 tahun.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah flat di Taman Kuchai Jaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pukul 6.10 pagi pada 5 November lalu.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan denda mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) dan boleh dihukum di bawah akta yang sama.

Timbalan Pendakwa Raya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Hairun Najmi Mashadi memohon memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi mengikut Seksyen 177A Kanun Tatacara Jenayah.

Sementara, Ibu Ani tidak diwakili peguam dalam prosiding tersebut.

Mahkamah menetapkan 10 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula bagi mendengar permohonan pihak pendakwaan.

Kosmo! pada 9 November lalu melaporkan kelicikan seorang wanita warga Indonesia dikenali Ibu Ani yang mengaut keuntungan lumayan dengan menjadi dalang sindiket penyeludupan PATI akhirnya terbongkar selepas dia diberkas dalam satu operasi khas di sebuah rumah di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur pada 5 November lalu.

Suspek berusia 56 tahun itu dipercayai mempromosikan kegiatannya kepada rakan senegara untuk memasuki atau keluar dari Malaysia menerusi aplikasi WhatsApp dengan setiap PATI dikenakan bayaran RM2,000 seorang.

Kredit: KOSMO
 
Sponsored Post

lau_kau

Legendary Member
gem
Messages
18,161
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
18,161
Reaction score
3,153
Points
261
Awards
1
Ya ka atau kambing hitam ja dia nie hehehe
 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,439
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,439
Reaction score
22,258
Points
1,831
Awards
1
Org tengah je ni makan atas angin. Sbb xpower beno kabel dia. Klo x lepas
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register