BTC USD 61,967.8 Gold USD 2,653.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibu, anak perempuan ahli sindiket edar dadah ditahan

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
54,595
Top Poster #1
Joined
Jun 17, 2007
Messages
54,595
Reaction score
6,471
Points
881
Awards
1
Ibu, anak perempuan ahli sindiket edar dadah ditahan
E0-B01-E7-B-EFC3-4611-90-DD-3047-EDEC68-A7.jpg


Raub menunjukkan tangkapan ahli sindiket dadah pada sidang media IPD Johor Bahru Selatan, Johor hari ini. NSTP/NUR AISYAH MAZALAN
JOHOR BAHRU: Seorang wanita berusia 69 tahun bersama anak perempuannya adalah antara lima ahli sindiket pengedaran dadah yang ditahan dalam tiga serbuan berasingan di sekitar kawasan bandar raya ini, pada minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata pihaknya turut merampas lebih 4.9 kilogram pelbagai dadah bernilai RM157,964 pada serbuan itu.

Katanya, serbuan pertama di sebuah pangsapuri di Taman Pelangi menemukan tiga suspek tempatan iaitu wanita berkenaan bersama anak perempuan dan teman lelakinya dengan sejumlah dadah serta senjata api palsu dengan peluru kapur.

"Hasil soal siasat ke atas tiga suspek, polis menahan dua suspek lelaki warga tempatan termasuk dalang sindiket di sebuah pangsapuri berpagar dan berpengawal pada hari sama. Kedua-dua suspek ditahan dengan sejumlah dadah.

"Modus operandi kegiatan sindiket ini adalah menjadikan pangsapuri disewa sebagai tempat pembungkusan dan penyimpanan dadah, sebelum diedar ke pasaran tempatan.

"Pada semua serbuan itu, polis merampas 4.9 kilogram syabu (RM157,600), 2.80 gram ganja (RM84) dan 1.4 gram ketamin (RM280), selain sepucuk senjata api palsu dengan 33 butir peluru kapur, dua kereta dan wang tunai RM1,385 berjumlah keseluruhan RM204,527.

"Hasil siasatan awal mendapati suspek membeli senjata api palsu itu secara dalam talian dan tidak menolak kemungkinan untuk tujuan pemerasan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis daerah Johor Bahru Selatan di sini, hari ini.

Raub berkata, hasil ujian air kencing mendapati tiga suspek lelaki dan seorang wanita positif dadah jenis Methamphetamine, manakala semakan rekod jenayah lampau pula mendapati semua suspek berumur lingkungan 37 hingga 69 tahun mempunyai 47 rekod jenayah berkaitan jenayah dan dadah.

"Sindiket ini aktif sejak Julai lalu dan dadah diperoleh akan dipaketkan dalam kuantiti kecil untuk pasaran tempatan dengan harga jualan RM120 hingga RM200 sepaket.

"Kita masih menyiasat sumber bekalan dadah sindiket berkenaan. Semua suspek direman sehingga 9 September depan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1957 dan Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960.

"Dadah yang dirampas dalam operasi ini boleh digunakan untuk 4,929 penagih," katanya.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register