Ibu, anak kemaruk jantan

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
ALOR STAR: Seorang ibu tunggal tergamak bersekongkol dengan anak perempuannya untuk melakukan maksiat dengan mengajak pasangan masing-masing menyewa dua bilik yang terletak bersebelahan di sebuah hotel bajet berhampiran terminal bas Shahab Perdana, awal pagi kelmarin.

Kegiatan dua beranak itu terbongkar apabila mereka dicekup berkhalwat oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) dalam operasi di hotel terbabit jam 4.30 pagi.

Tindakan wanita berusia 40 tahun itu turut merosakkan masa depan anak perempuannya yang hanya berusia 15 tahun kerana dia sepatutnya melarang anaknya terjebak dengan kancah maksiat dan bukan memberi galakan untuk anaknya melakukan kegiatan itu.

Ketika dicekup, wanita terbabit yang menetap di Kampung Seberang Terus, Mergong, mendakwa pasangannya yang berusia 29 tahun itu adalah sepupunya dan mengaku remaja perempuan di sebelah bilik disewanya itu adalah anak perempuannya yang bersama teman lelaki berusia 24 tahun.

Wanita itu turut memberitahu mereka datang ke situ bersama pasangan masing-masing sekadar untuk berehat dan tidak mahu membawa pasangan mereka ke rumah kerana ahli keluarga yang lain berada di situ.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jaik, Sheikh Muhammad Suhaimi Salleh, berkata pasangan itu ditahan selepas gagal menunjukkan sebarang bukti hubungan mahram, malah remaja itu pula masih bersekolah di tingkatan tiga menyebabkan pihaknya terpaksa menahan mereka untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, sebelum itu pihaknya mengetuk pintu sebuah bilik di tingkat satu hotel bajet berkenaan sebelum dibuka seorang wanita yang berpakaian lengkap dan pemeriksaan lanjut menemui seorang lelaki dalam bilik itu.

“Mereka gagal menunjukkan bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri dan ditahan untuk siasatan lanjut.

“Anggota kami kemudian mengetuk pintu bilik bersebelahan dan mendapati terdapat seorang remaja perempuan berada dalam bilik itu bersama seorang lelaki yang bukan mahram duduk berdua-duaan dalam bilik berkenaan,” katanya.

Muhammad Suhaimi berkata, pasangan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Star untuk dibuat laporan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, dalam serbuan di hotel berasingan di Jalan Tanjung Bendahara, seorang wanita berusia 20-an tidak berhenti beristighfar sebaik dicekup berkhalwat dengan tunangnya kira-kira jam 1 pagi selain hampir pengsan ketika dibawa masuk ke dalam van penguat kuasa.

Ketika pintu bilik diketuk, seorang lelaki yang hanya berseluar jeans tanpa baju membuka pintu bilik dan anggota penguat kuasa Jaik mendapati seorang wanita yang menutup badannya dengan selimut sedang tidur di atas katil sehingga terpaksa dikejutkan.

Wanita itu yang juga kakitangan kerajaan itu turut memberi alasan kakinya sakit menyebabkan dia terpaksa menyewa bilik hotel berkenaan sementara menunggu hari siang.
 
Sponsored Post

shamkaya87

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2008
Messages
2,961
Reaction score
10
Points
25
isk..apa nak jadi ngan dunia skang ni..#:-S#:-S
 

zkry

Super Active Member
Platinum Member
Joined
May 12, 2007
Messages
6,718
Reaction score
109
Points
78
Geng2 ni dah tak takut dengan azab Allah nanti agaknya...

:(:(
 

krie1694

Active Member
Joined
Aug 28, 2009
Messages
2,368
Reaction score
7
Points
25
nie la di panggil pamili planing....
 

irsaffy

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
milf btol org tua ni...
 

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,140
Reaction score
76
Points
1,020
perghh ... dah wujud kat malaysia ...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register