BTC USD 42,471.7 Gold USD 1,749.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibrahimovic impi sertai United

fahmi93

Fun Poster
Joined
Jun 15, 2012
Messages
155
Reaction score
0
Points
10
su_04.1.jpg





LONDON – Walaupun mempunyai sejarah silam yang tidak baik bersama pengendali The Red Devils, Louis van Gaal, ketua pasukan Sweden, Zlatan Ibrahimovic mengejutkan peminat Manchester United setelah mengumumkan kesediaannya untuk beraksi di bawah bimbingan pengendali pasukan berkenaan,

Kritikannya di dalam buku autobiografi ‘I am Zlatan’ terhadap van Gaal ketika kedua-dua mereka berada di Ajax Amsterdam mencetuskan kontroversi dan mengeruhkan hubungan, namun Ibrahimovic bagaimanapun sedia mengenepikan isu peribadinya bersama pengendali berusia 63 tahun itu demi kerjaya profesionalnya.

“Pada akhirnya saya telah bertindak profesional dan beliau juga profesional. Dengan siapa pun saya bekerja, saya tidak pernah berdepan dengan masalah kerana akhirnya saya perlu melaksanakan tanggungjawab saya dan dia juga perlu bertindak sedemikian. Saya fikir mungkin akan ada masalah akan terjadi tetapi saya sukakan cabaran tersebut.

“Saya fikir banyak saingan akan berlaku, tapi itu memang saya gemari. Hubungan saya tidak baik dengan val Gaal kerana ketika itu dia adalah pengarah di Ajax, namun cara dia bekerja tidak serasi dengan apa yang saya lakukan,” katanya.

Sebagai rekod, Ibrahimovic menyertai PSG de*ngan nilai perpindahan €20 juta (RM83.5 juta) dan ia menjadikannya pemain yang mencatat yuran perpindahan tertinggi secara keseluruhan iaitu €180 juta (RM752 juta)

Sumber - kosmo
 

CG Sponsors




Top
Log in Register