BTC USD 37,792.3 Gold USD 1,792.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibrahim Pendek (Pelakon Melayu pertama berlakon dalam filem keluaran Hollywood)

Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,157
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,157
Reaction score
4,392
Points
296
Awards
1
Ibrahim Pendek - Anak Malaysia Pertama Membintangi Filem Hollywood

Screenshot-134.jpg


Tahukah anda siapakah pelakon Malaysia pertama yang berlakon di Hollywood? Mungkin ramai yang tidak mengetahuinya tetapi pelakon yang dimaksudkan itu ialah Ibrahim Pendek.

Nama Ibrahim Pendek amat terkenal dalam bidang perfileman suatu ketika dahulu. Beliau sering melakonkan watak-watak komedi dan pernah berlakon bersama pelakon-pelakon hebat seperti Tan Sri P. Ramlee.

Beberapa filem terkenal lakonan Ibrahim Pendek yang diingati ramai adalah Pendekar Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Nasib Si Labu Labi, Setinggan dan banyak lagi. Antara dialog Ibrahim Pendek paling diingati adalah "Ai Ai Cip" dalam filem Ali Baba Bujang Lapok.


Latar belakang Ibrahim Pendek

Screenshot-135.jpg


Beliau dilahirkan pada tahun 1932 di Taiping, Perak, dengan nama Ibrahim bin Hassan. Gelaran "Ibrahim Pendek" diperolehinya kerana keadaan tubuhnya yang kerdil dengan ketinggian hanya 130 cm atau 4 kaki 2 inci sahaja.

Pada awal tahun 1950-an, Ibrahim Pendek telah meninggalkan kampung halamannya dan merantau ke Singapura dengan harapan untuk mencari rezeki atau pekerjaan. Ketika itu, tidak terlintas langsung di fikirannya akan menceburi bidang perfileman apatah lagi menjadi seorang pelakon.

Ketika sedang berkelah pada suatu hari, beliau telah bertemu dengan Run Run Shaw iaitu pemilik syarikat perfileman Hong Kong yang berpangkalan di Singapura (kemudian menubuhkan Shaw Brothers bersama abang-abangnya Runje, Runme dan Runde).

Screenshot-141.jpg


Pada mulanya, Run Run Shaw telah menawarkan pekerjaan kepada Ibrahim sebagai budak pejabat (office boy) dan dari situlah, dia mula bertapak dalam bidang perfileman apabila menjadi operator projektor di Studio Jalan Ampas.

Ketika itu, beliau yang tinggal serumah dengan seniman S. Sudarmaji mula mendapat beberapa peluang untuk berlakon sebagai pelakon tambahan. Pada tahun 1954, Ibrahim Pendek telah ditawarkan peluang lakonan yang lebih besar bersama seniman P. Ramlee dalam filem Panggilan Pulau arahan S. Ramanathan.


Karier filem Ibrahim Pendek

Screenshot-136.jpg


Kerjaya lakonan Ibrahim semakin melonjak selepas filem pertamanya. Disebabkan perwatakannya yang kelakar, beliau ditawarkan dalam beberapa filem komedi terkenal seperti Ali Baba Bujang Lapok, Nasib Labu-Labi, Siti Muslihat, Pendekar Bujang Lapok dan banyak lagi.

Ketika sedang menjalani penggambaran filem Ali Baba Bujang Lapok, syarikat perfileman Hollywood iaitu Universal International telah datang ke Singapura dan mengadakan lawatan ke Studio Jalan Ampas.

Screenshot-143.jpg


Mereka amat tertarik dengan lakonan Ibrahim Pendek dalam Ali Baba Bujang Lapok. Seperti mendapat durian runtuh, beliau telah mendapat surat tawaran untuk berlakon di Hollywood daripada Universal International.

Pada tanggal 18 Ogos 1961, Ibrahim Pendek telah berangkat ke Hollywood untuk menjalani penggambaran selama 54 hari di sana. Dia telah mengharumkan nama negara dan mencatat sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama berlakon dalam filem keluaran Hollywood. Pemergiannya telah dihantar oleh hampir semua para pelakon dan petugas dari Malay Film Production.

Screenshot-139.jpg


Ibrahim Pendek telah diberikan watak sebagai pembantu doktor dalam filem The Spiral Road (1962) yang turut dilakonkan oleh pelakon-pelakon popular Hollywood ketika itu seperti Rock Hudson dan Gena Rowlands.


Pengalaman berlakon di Hollywood

Screenshot-137.jpg


Ibrahim Pendek telah berkongsikan beberapa pengalamannya ketika berlakon di Hollywood. Walaupun berada jauh dari negara sendiri, beliau tidak berasa kekok kerana diberi layanan yang sangat baik di sana.

Menurutnya lagi, keadaan bekerja di Hollywood sangat sistematik dan berdisplin. Setiap pelakon akan diberikan bilik masing-masing dan mereka akan menunggu sehinggalah dipanggil untuk melakonkan babak yang diperlukan.


Screenshot-138.jpg


Para pelakon juga tidak dibenarkan berlatih terlalu kerap dan tidak diberi arahan khusus cara melakonkan sesuatu babak. Sebaliknya, mereka diberikan kebebasan untuk berlakon mengikut kemahuan sendiri dan setiap babak itu akan diambil sebanyak berpuluh-puluh kali. Dari situlah pengarah akan memilih shot yang mana satukah yang akan digunakannya dalam filem.

Antara pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan Ibrahim adalah apabila dia menerima pujian daripada pengarah Bob Mulligan atas lakonannya. Malah, dia juga menerima sebuah record player (pemain piring hitam) daripada penerbit filem Robert Arthur sebagai tanda penghargaan terhadap lakonannya.


Bakat besar dunia perfileman tanah air

Screenshot-140.jpg


Selepas filem The Spiral Road, Ibrahim Pendek ditawarkan lagi oleh pihak perfileman Hollywood untuk terus berlakon di sana. Malangnya, hajat beliau tidak kesampaian apabila kerajaan Amerika Syarikat ketika itu tidak meluluskan visanya.

Walau bagaimanapun, beliau terus mendapat tawaran untuk berlakon filem tempatan sekitar tahun 1960-an hingga awal 90-an. Filem terakhir lakonan Ibrahim Pendek adalah XX-Ray (1992) bersama-sama dengan Aziz M. Osman dan Faizal Hussein di mana dia memegang watak sebagai Beragas.

Screenshot-142.jpg


Selepas lama menyepi dari bidang lakonan, Ibrahim Pendek banyak menghabiskan masa dengan menjual makanan di sekitar Ampang dan Cheras, Kuala Lumpur. Walaupun ada peluang dan tawaran berlakon yang diberikan, beliau terpaksa menolak kerana masalah kesihatan yang tidak mengizinkannya memberikan komitmen penuh.

Namun, Ibrahim Pendek sempat menghabiskan sebuah telemovie "Selamat Hari Jadi Abah" yang merupakan lakonan terakhir beliau. Pada tanggal 25 November 2003 ketika umat Islam sedang menyambut Hari Raya Aidilfitri, Ibrahim Pendek telah menghembuskan nafas terakhirnya ketika berusia 71 tahun.

Screenshot-144.jpg


Beliau yang meninggalkan tujuh orang anak itu telah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi selama dua minggu akibat masalah buah pinggang, paru-paru berair dan sesak nafas. Jenazah Ibrahim Pendek telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Midah, Cheras, Kuala Lumpur.
 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,460
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,460
Reaction score
22,262
Points
1,831
Awards
1
IBRAHIM PENDEK KAHWIN

Pada 8 Jun 1962, seluruh masyarakat nelayan di Kuala Besut dan Pulau Perhentian telah bercuti kerana mahu menyambut perkahwinan Seniman kesayangan mereka IBRAHIM PENDEK dengan seorang anak nelayan bernama HASANAH MOHD AMIN. Akad nikah disempurnakan oleh Imam Hj Mohamad bin Hussein, dan yang mewakili Ibrahim Pendek adalah Seniman Aziz Sattar.

Ibrahim Pendek (4 kaki 3 inci) mula bertemu dengan Hasanah (3 kaki 8 inci) ketika Ibrahim sedang mengadakan show bersama Aziz Sattar di Besut.

Perkahwinan mereka diserikan lagi dengan kehadiran beberapa teman artis dari Singapura seperti Hashimah Yon, Dayang Sofia dan Salleh Kamil.

Gambar atas: Majlis Persandingan
Gambar bawah: Masyarakat Kuala Besut dan Pulau Perhentian berkerumun penuh sesak untuk menyaksikan majlis perkahwinan anak jati mereka dengan seorang bintang popular.

FB_IMG_1633796826437.jpg
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register