Ibrahim nafi tabur fitnah dalam blog

CG Sponsors




roBUST

Banned
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
Oleh Zanariah Abd Mutalib
[email protected]

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya, berkata beliau tidak pernah berniat untuk memfitnah sesiapa melalui tulisan dalam laman blognya, seperti yang didakwa Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik.

Beliau berkata, apa yang disiarkan dalam blognya pada Sabtu lalu berhubung artikel bertajuk‘ Ada Orang Nak Penjarakan Saya’ diambil daripada komen seorang pembaca terhadap tulisan dalam blog beliau sebelum itu.

“Saya tidak pernah berniat untuk memfitnah orang dan menjadi hasrat saya daripada dulu lagi untuk menyatakan pandangan, bukan untuk memfitnah orang,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Kelmarin, Ng mewakili kerajaan Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap Ibrahim kerana didakwa menerbitkan artikel berunsur jahat dan fitnah dalam laman blognya.

Laporan itu merujuk kepada artikel bertajuk ‘Ada Orang Nak Penjarakan Saya’ disiarkan di laman blog http://duniatiger.blogspot.com mulai Sabtu lalu mengenai ugutan terhadap Ibrahim daripada seorang pembaca yang mengaku bekerja di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Ng berkata, artikel itu berunsur jahat dan berniat memburukkan imej kerajaan negeri Pulau Pinang.
 
Sponsored Post

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
Ibrahim tu tak wat repot polis ke bila ada orang nak penjarakan dia.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register