BTC USD 63,248.6 Gold USD 4,332.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hutang tak susut-susut

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA LUMPUR: Jerat ceti haram atau along bukan sekadar memerangkap peniaga kecil-kecilan yang ingin mengembangkan perniagaan, malah seorang usahawan bergelar Datuk turut menjadi mangsa apabila berhutang RM24 juta daripada 64 along.

Akibatnya, lelaki berusia 50-an yang hanya mahu dikenali sebagai Hafis itu kini dihimpit pelbagai ancaman dan tekanan daripada along terbabit serta konco mereka sehingga dia kini terlantar di hospital sejak lebih sebulan lalu selepas serangan penyakit jantung.

“Lebih menyeksakan, along serta konco mereka bukan saja mengancam nyawa saya, tapi ada antara mereka mengugut mahu menculik anak bongsu saya yang berusia dua tahun,” katanya ketika ditemui.

Hafis berkata, sebelum ini dia terbabit beberapa perniagaan termasuk industri perfileman dan memiliki kira-kira 600 pekerja.


“Tapi kini, semua 600 pekerja itu terpaksa saya berhentikan dan saya tiada aset lagi melainkan hutang yang bertimbun,” katanya.

sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Hutangtaksusut-susut/Article/index_html
 
along nak tolong jer....
 
biaselah tu,nama dah blacklist sape leh tolong kalo bukan along hahahaha
 
nak jaga nama datuk punya pasal. sanggup le berhutang sana sini..
 
mak aih...64 along...ramainya along dalam malaysia ni...
 
memang tak setel la kalau bayar sikit2....
 
metro lg... :D

*datuk hafis nie kaya hutang rupanya... umo 50thn still ada anak umo 2 thn.. hebat tull datuk nie....
 
tu la pinjam lagi kat along, pinjam la kat angah ke, acik ke, acu ke.....
 
Back
Top
Log in Register