BTC USD 48,996.3 Gold USD 1,784.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hutang RM18,000 langsai masih diburu along

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
KUALA LUMPUR: Walaupun melangsaikan pinjaman RM18,000 daripada syarikat along, seorang peniaga masih dikejar ‘konco’ along seolah-olah mangsa masih berhutang dengan syarikat peminjam wang berkenaan.

Difahamkan, lelaki berusia 30-an yang tinggal di Puchong, dekat sini, kini hidup dalam ketakutan akibat masih diugut along yang mendakwa pernah menunjukkan bukti, termasuk resit pembayaran kepada pekerja along itu, namun tidak diendahkan.

Menurut sumber, dalam ugutan terbaru kira-kira jam 3.30 petang Selasa lalu, mangsa di sebuah restoran di Puchong, dekat sini, bersama keluarganya sebelum didatangi empat lelaki dipercayai daripada syarikat along berkenaan.

“Mangsa dihampiri empat lelaki terbabit sebelum mereka meminta menjelaskan hutang berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Kumpulan along itu menggertak mangsa di premis berkenaan dengan mengugut supaya menjelaskan hutang jika tidak mahu diapa-apakan.

Menyedari dia sudah melangsaikan hutang pinjaman keseluruhan RM18,000, mangsa turut menunjukkan resit pembayaran sebagai bukti kepada mereka.

Sumber itu berkata, kumpulan lelaki terbabit enggan dengar penjelasan mangsa dan seolah-olah tidak mempercayai lelaki terbabit.

“Kumpulan along yang tidak mempedulikan resit ditunjukkan itu memaksa mangsa menjelaskan juga hutang berkenaan,” katanya.

Konco along itu memberi tempoh kepada mangsa untuk menjelaskan hutang sebelum beredar dari restoran berkenaan.

Mangsa yang tidak tahan dan bimbang dengan keselamatan diri dan keluarganya kemudian membuat laporan polis.
 
Sponsored Post

moneymaker3000

CG Top Poster Club
Messages
25,324
Paid Membership
Joined
Mar 24, 2007
Messages
25,324
Reaction score
558
Points
176
pinjam 18k takkan la bayar 18k terus langsai...along punya interest kan tinggi gila
 

faizal_fx

Active Member
Messages
1,979
Joined
Oct 22, 2009
Messages
1,979
Reaction score
291
Points
41
kempen along macam panas kejap jek..macam taik ayam..
 

levitez

Legendary Member
Messages
14,102
Joined
May 28, 2007
Messages
14,102
Reaction score
15
Points
115
bunuh jer along2 neh...:eek:
apa kata...Angkatan Tentera Malaysia kasi sapu bersih ini Along...:))
kasi perang sama dia...:D
 

mimie813

Super Active Member
Messages
6,531
Joined
Nov 26, 2009
Messages
6,531
Reaction score
290
Points
81
jangan lah pinjam kat along nie.....
derang ni x de ati perut
 

smate

Active+ Member
Messages
4,795
Joined
Apr 21, 2007
Messages
4,795
Reaction score
19
Points
25
kerajaan takut ngan along ker?
 

estacoco

Super Active Member
Messages
7,570
Joined
May 5, 2008
Messages
7,570
Reaction score
28
Points
70
ade org kerajaan pun yg jaga along nih. aritu ade kuar kata nak siasat datuk mana ntah yg involve. kate je la siasat ke x taratau laa
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register