BTC USD 62,154.0 Gold USD 2,319.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

HUTANG NEGARA: SETIAP RAKYAT TANGGUNG RM14,000 – harakah daily

Sponsored Post

HUTANG NEGARA: SETIAP RAKYAT TANGGUNG RM14,000 – harakah daily

PAS merasa kesal terhadap pendedahan Ketua Audit Negara, Ambrin Buang bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun.

Hutang kerajaan di dalam negara (domestic debt) pada tahun lalu adalah RM348.60 bilion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan.

“Ini bermakna setiap rakyat Malaysia seramai 26 juta menanggung hutang sebanyak RM14,000 setiap orang,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
PAS, katanya menganggap bahawa hutang yang meningkat dengan mendadak kerana ketirisan dan rasuah.

Menurutnya, pendedahan Ketua Setiausaha Negara, mengatakan bahawa negara kerugian akibat rasuah setiap tahun RM10 bilion.

Laporan Ketua Audit Negara 2009, ujarnya mendedahkan berlaku penyelewengan mengagihkan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada murid tidak layak kerana maklumat pendapatan mereka meragukan.
 
Peringatan Kepada Umat Islam Yg Mencintai Islam...Hayatila Kata2 Jib Sebagai PM Yg Menentang Penubuhan Negara Islam Ni...Sad But True!
Kenyatan biadap Chua ini disambut Najib dengan kenyataan berikut:

“Dr Chua betul dalam memperingatkan anda bahawa mereka (PAS) tidak menyerah dalam pendirian negara Islam mereka. Dan, saya pasti jika ia dilaksanakan, ia akan mengubah cara hidup anda dan memberi kesan ke atas masyarakat Cina."

Tidak cukup dengan itu, Najib turut menyokong kenyataan yang dibuat Karpal Singh suatu ketika yg menolak undang Islam (hudud):

“Itu sebab Karpal berkata ‘melangkah mayat saya’. Saya tidak bersetuju dengan Karpal dalam kebanyakan masa, tetapi kali ini, beliau betul,
Apa Punya Manusia Jib Ni.Bersama sama MCA Menentang Penubuhan Negara Islam PAS

Jelas Terbukti Amco TENTANG HUDUD ALLAH!!!:(scam

Khairy: BN mungkin hilang 50 kerusi...

http://www.malaysiakini.com/news/145844

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, sebanyak 50 kerusi parlimen BN yang sedia ada berada dalam bahaya sekiraya Umno masih lagi berkhayal boleh menang dalam pilihan raya tanpa sokongan bukan Melayu.

Katanya, sekiranya tidak ada usaha untuk mengamalkan kepimpinan yang inklusif lagi moderat, kepimpinan Melayu Umno akan hilang pada pilihan raya akan datang "bagai pintu tak berpasak, perahu tak berkemudi."

"Kita harus belajar dari keputusan pilihanraya umum yang lalu di mana jelas kita hampir kalah sebab hilang sokongan bukan Melayu," katanya yang juga ahli parlimen Rembau.

Ketika berucap dalam mesyuarat agung 2010 pergerakan itu, Khairy berkata, keadaan itu bermakna, untuk menang mestilah dengan sokongan dari semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

"Kalau kita mengharapkan undi orang Melayu semata-mata, kita harus ingat bahawa hanya 73 kerusi parlimen sahaja yang mempunyai majoriti dominan Melayu 70 peratus ke atas. Inilah hakikat dan realitinya," katanya.



kahkahkah

sekiranya apa yg dikatakan oleh KJ ni benar...maka ada logiknya kata2

Chua Soi Lek dlm AGM MCA tempoh hari..

kurang percaya??

mari kita congak...

07b6f30a.jpg


amco bertanding sebanyak 117 kerusi...dan sekiranya 73 kerusi yg mejoriti melayu masih dipegang oleh amco...maka secara logiknya

117-73=44

jadi 44 buah kerusi tersebut akan dimenangi oleh PAS sebab 44 kerusi tersebut tidak mempunyai undi mejoriti melayu 70% kerana undi bkn melayu merupakan undi penentu...

PAS pertandingkan sebanyak 67 kerusi dan PAS menang sebanyak 23 kerusi...jadi

67-23=44

secara logiknya 44 kerusi yg amco kalah tadi telah pon terkalih kepada PAS...disebabkan tu la PAS hanya pertandingkan cuma 67 buah kerusi saja...LOGIK!!!

kerusi selebihnya yakni 6 buah kerusi tu akan dimenangi oleh PKR...sebab kawasan amco mana pulak DAP nak bertanding...dah tentu la PKR...

so sekarang bila PR menang kedudukan kerusi adalah seperti berikut:

PAS = 67
PKR = 37
DAP = 28

kedudukan PAS yg kini menjadi teraju PR disokong sendiri oleh

Presiden MCA, Chua Soi Lek:

“Kami merasakan jika Pakatan berkuasa, PAS akan berada di tempat kapten...PAS tidak akan melupakan dasar autokratik Islam dan jangan terkejut jika PAS memperoleh kuasa, ia akan kembali keterbelakang,” - Chua Soi Lek

disambut Najib dengan kenyataan berikut:

“Dr Chua betul dalam memperingatkan anda bahawa mereka (PAS) tidak menyerah dalam pendirian negara Islam mereka. Dan, saya pasti jika ia dilaksanakan, ia akan mengubah cara hidup anda dan memberi kesan ke atas masyarakat Cina."

Najib turut menyokong kenyataan yang dibuat Karpal Singh suatu ketika yg menolak undang Islam (hudud):

“Itu sebab Karpal berkata ‘melangkah mayat saya’. Saya tidak bersetuju dengan Karpal dalam kebanyakan masa, tetapi kali ini, beliau betul,
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register