Hutang negara naik mendadak, kini RM740 bilion

Recommended Brokers


Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
149,312
Reaction score
20,666
Points
1,661
Najib Razak
10 mins ·

Hari ini, Menteri Kewayangan umum kerajaan PH telah berjaya menerbitkan bon samurai sebanyak RM7.3 bilion.

Pada permulaannya, mereka kata bon samurai ini akan digunakan untuk membayar balik "pinjaman yang mahal yang ditinggalkan oleh kerajaan BN".

Kini, saya tengok mereka tidak akan berbuat demikian.

Kata Menteri Kewayangan hari ini, hasil pinjaman RM7.3 bilion bon samurai ini akan digunakan untuk "perbelanjaan pembangunan yang antara lain meliputi pembinaan sekolah, hospital, jalan raya dan infrastruktur utiliti."

Bukan lagi untuk membayar balik hutang,

Sekali lagi Rakyat Malaysia ditipu.

Maka, hutang rasmi negara bertambah lagi hari ini.

Tambah lagi RM7.3 bilion ke atas RM761.5 bilion pada akhir Februari.

Hari ini sudah naik ke RM768.8 bilion.

Jika PH tak jarah RM82 bilion dari Petronas pada tahun 2018, hutang rasmi sudah meningkat ke RM850.8 bilion berbandng RM686 bilion pada akhir 2017 masa BN.

Dulu kerajaan BN sering ke luar negara untuk membawa balik pelaburan luar.

Kini kerajaan PH lebih suka melawat ke luar negara untuk membawa balik hutang.

 

jaws_am

Super Active Member
Joined
May 29, 2008
Messages
9,978
Reaction score
1,439
Points
141
asset dijual tapi hutang bertambah...tak rase pelik ke
asset apa yg dijual ?
hutang apa yg bertambah ?

kena fahami perbezaan dlu..
bru boleh ckp pelik ke x..
 

jaws_am

Super Active Member
Joined
May 29, 2008
Messages
9,978
Reaction score
1,439
Points
141
katanya bon samurai utk setel hutang 1mdb ?

aku x ingat spe yg kata..
rasanya tun m..
 

kasturi

Legendary Member
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,270
Points
196
katanya bon samurai utk setel hutang 1mdb ?

aku x ingat spe yg kata..
rasanya tun m..
aku jangkakan hutang negara makin bertambh. Sbb: kerajaan skrg xde displin byr hutang yg ada. termakan hasutan pihak pembangkang. terdesak nk sokongan rakyat. sepatutnya jumlah bayar hutang dan pembangunan perlu lebih byk berbanding belanja pengurusan.

sekadar pendapat. kita tunggu dan lihat


Guna bahasa mudah jelaskan hutang negara
14 Mac 2019

PARLIMEN | Kedudukan hutang yang ditanggung negara sekarang perlu dijelaskan dengan bahasa yang mudah difahami, terutama dalam kalangan orang kampung, kata Anggota Parlimen Jeli Mustapa Mohamed.

Katanya antara aspek yang perlu ditekankan ialah jumlah sebenar serta definisi mengenainya.

Setakat ini kata bekas menteri kanan itu penjelasan dibuat kerajaan PH belum ada kepastian yang difahami oleh orang bawahan dan pada masa sama ia menjadi tumpuan perbahasan setiap kali Dewan Rakyat bersidang.

“Penjelasan perlu diberikan menggunakan bahasa yang mudah difahami orang kampung dan komunikasi difahami semua pihak serta jangan tinggi bahasanya.

"Semua rakyat negara ini perlu faham kenapa kerajaan tidak mampu menyediakan peruntukan secukupnya.

"Jangan biarkan rakyat membuat andaian dan tuduhan yang melulu," katanya dipetik BH Online semasa membahaskan usul menjunjung titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini semalam.



proses pembetulan bayar hutang mmg perit. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.....
 

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
149,312
Reaction score
20,666
Points
1,661
Najib Razak
1 hr ·

Bulan ini sudah pinjam RM7.3 bilion bon samurai.

Menteri Kewayangan mahu pinjam lagi.

Untuk buat apa kali ini?

Ysuku terbang?

Hutang rasmi negara sudah naik RM82.8 bilion kepada RM768.8 bilion sehingga Mac ini berbanding RM686 bilion pada akhir tahun 2017 di bawah BN.

Kadar kenaikan hutang di bawah PH adalah jauh lebih tinggi berbanding kerajaan BN dahulu.

 

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
149,312
Reaction score
20,666
Points
1,661
Najib Razak
7 hrs ·

Bila digelar penipu, mereka cepat cepat membantah.

Tetapi, apabila fakta dipetik dari data rasmi kerajaan yang membuktikan kejatuhan rizab Malaysia sebanyak US$10 bilion dan hutang negara telah bertambah RM55 bilion tahun lepas, mereka diam.

Langsung tak berani lawan.

Hakikatnya, mereka takut untuk menjawab kerana rakyat akan tahu keadaan sebenar di bawah PH.

Ya, hutang kerajaan bertambah RM55 bilion tahun lepas.

Tahun ini pula naik lagi RM27.8 bilion untuk 3 bulan pertama dengan RM20.5 bilion bon pinjaman kerajaan baru dan RM7.3 bilion bon Samurai.

Itupun belum ambil kira RM82 bilion dividen Petronas dan dividen RM1.5 bilion yang Khazanah terpaksa bayar walaupun telah rugi besar pada tahun lepas.

Sementara itu, satu sen dari Tabung Harapan RM202 juta belum digunakan untuk membayar balik hutang.

Bon Samurai pun bukan untuk bayar hutang seperti dijanjikan. Tetapi tambah hutang.

https://www.facebook.com/najibrazak/videos/794827064206669/
 

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
149,312
Reaction score
20,666
Points
1,661
Najib Razak
28 mins ·

Saya baca komen-komen untuk video perbahasan saya di Dewan Rakyat tadi di mana saya menyoal mengapa hutang negara naik dengan kadar yang jauh lebih tinggi berbanding di bawah kerajaan PH.

Ada seorang yang jawab: "Hutang negara naik kerana PH perlu bayar hutang yang BN tinggalkan."

Ya, "Kita naikkan hutang dengan lebih banyak lagi untuk membayar hutang."

Ini memang jawapan logik tahap menteri PH ni.

Ada juga yang jawab hutang naik lebih tinggi kerana perlu bayarkan balik input GST RM19.3 bilion yang BN "rompak."

Sebenarnya, saya sudah jawab isu ini beberapa kali termasuk menggunakan laporan bulan Disember 2018 dari Jabatan Audit Negara di bawah kerajaan PH mengenai input GST tidak dibayar ini untuk membuktikan bahawa kebanyakkan dari tunggakan ini adalah disebabkan oleh kerajaan PH yang tiba-tiba memansuhkan GST.

Boleh baca di sini:

Tak apa. Saya bagi satu lagi bukti dari laporan kewangan hasil dan perbelanjaan bulanan kerajaan dari BNM.
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=58&pg=255&ac=1&bb=cgo

GST hanya dimansuhkan pada 1 Jun 2018, bermakna kerajaan PH masih mengutip GST untuk bulan Mei.

Apabila ada kutipan GST, tentu ada tuntutan bayaran balik input GST.

Secara kebiasaan, tuntutan input GST untuk bulan April akan dibayar balik pada bulan Mei manakala tuntutan untuk Mei akan dibayar balik pada bulan Jun.

Oleh kerana kerajaan menggunakan sistem perakaunan "cash accounting", bayaran balik tuntutan input GST juga diklasifikasikan sebagai perbelanjaan juga.

Jika kita lihat laporan BNM yang saya lampirkan di sini, perbelanjaan untuk bulan Jun 2018 di bawah kerajaan PH hanya RM9.8 biilion sahaja,

Ianya sangat rendah berbanding bulan-bulan yang lain.

Untuk membayar gaji penjawat awam sebulan sudah sekitar RM8 bilion sebulan, tidak termasuk sewa dan kos operasi bulanan yang lain.

Ini satu lagi bukti bahawa kerajaan PH tidak membayar balik tuntutan GST untuk April dan Mei selepas mereka memansuhkan GST.

Untuk menutup kegagalan mereka untuk bulan Jun, itulah sebab Menteri Kewayangan tiba-tiba mengumumkan pada bulan Ogos lalu bahawa BN telah merompak RM19.3 bilion wang GST.

Dan itulah sebab tidak ada seorang didakwa oleh kerajaan kerana telah rompak sebanyak RM19.3 bilion walaupun laporan polis sudah dibuat oleh BN.

Adakah ianya logik bahawa tidak ada sebarang dakwaan sejak 8 bulan dahulu jika ianya benar ada orang rompak RM19.3?

Untuk menutup dan menyelesaikan kegagalan mereka juga, Menteri Kewayangan sedang menjarah wang dari Petronas untuk membayar balik tuntutan GST RM19.3 bilion ini.

Kerajaan mana juga yang meninggalkan rizab tunai RM170 bilion untuk PH jarah bagi membayar balik tuntutan GST ini?

Mereka yang masih mempertahankan wayang "rompakan RM19.3 bilion" dari Menteri Kewayangan kita harus menerima kebenaran bahawa mereka telah sekali lagi kena tipu.

 
Sponsored Post
Top
Log in Register