BTC USD 64,854.7 Gold USD 2,329.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hutang isi rumah tertinggi Asia

real_rolls

Super Active Member
Messages
6,726
Joined
Jun 5, 2006
Messages
6,726
Reaction score
266
Points
81
KUALA LUMPUR 19 Okt. - Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) bimbang dengan peningkatan paras hutang isi rumah yang berjumlah 77 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lepas.

Dalam laporan tahunan 2009 Bank Negara Malaysia (BNM), hutang isi rumah dilaporkan meningkat kepada 76.6 peratus bagi tahun ini, yang tertinggi di Asia, daripada 63.9 peratus KDNK pada 2008.

''Nisbah Pinjaman-kepada-nilai (LTV) perlu dikurangkan untuk menangani kenaikan ini.

"Pada masa depan, sepatutnya terdapat lebih banyak pinjaman perniagaan berbanding pinjaman isi rumah. Lebih banyak pinjaman perniagaan akan menyumbang kepada pertumbuhan kita," kata Felo Penyelidikan Kanannya, Dr. Foong Kee-Kuan.

Kebimbangan itu dibangkitkan semasa taklimat media mengenai laporan Prospek Ekonomi Malaysia yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Memetik laporan Petunjuk Perbankan dan Monetari bank pusat itu, MIER berkata, pinjaman isi rumah pada April, Mei, Jun, Julai dan Ogos tahun ini masing-masing berada pada 10 peratus, 11.7 peratus, 12.5 peratus, 11.9 peratus dan 11.8 peratus.

"Paras hutang isi rumah kita membimbangkan dan tiada langkah-langkah disebut untuk menangani isu ini dalam Bajet 2011.

"Sekiranya senario ini berterusan bersama dengan pertumbuhan ekonomi yang perlahan, ia boleh menterjemahkan kepada pengangguran dan menyebabkan orang bermasalah untuk membayar pinjaman mereka," katanya.

Beliau berkata walaupun langkah mengurangkan LTV tidak memberi kesan yang baik bagi sektor perbankan kerana ia akan dicerminkan dalam pendapatan, peningkatan hutang isi rumah perlu ditangani untuk mengelak risiko di masa depan.

Dalam laporannya, MIER berkata ia menjangkakan OPR kukuh pada 2.75 peratus sehingga akhir tahun ini.

"Ini bersama dengan pengurangan dalam nisbah gadai janji LTV dan syarat-syarat kad kredit yang ketat akan menyelesaikan masalah hutang isi rumah yang semakin meningkat," jelasnya.

OPR dijangka berada dalam aliran tinggi kepada 3.25 peratus pada 2011. - BERNAMA
 
Sponsored Post

gov buat "dek" jer pasal benda nih. aritu pun ada pakar ekomoni bank mana tah kata situasi kat malaysia nih pelik. sesuatu barang kalu permintaan tinggi.. harga barang tu patut jadi murah..tapi kat malaysia terbalik.. permintaan tinggi.. harga barang akan naik!.

bukan jadi tinggi ke..kalau brg kurang permintaan harga jadi murah...

ada graf yg tunjuk kan kaitan antara supply & demand

kalo sy slah betulkan le..


 
Last edited:
gov buat "dek" jer pasal benda nih. aritu pun ada pakar ekomoni bank mana tah kata situasi kat malaysia nih pelik. sesuatu barang kalu permintaan tinggi.. harga barang tu patut jadi murah..tapi kat malaysia terbalik.. permintaan tinggi.. harga barang akan naik!.

permintaan tinggi, barang kurang ---> harga naik

permintaan rendah, barang banyak ---> harga turun

:D
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register