BTC USD 54,162.4 Gold USD 2,497.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hutang isi rumah negara berjumlah RM1.53 trilion - PMX

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
53,687
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
53,687
Reaction score
6,407
Points
881
Awards
1
Hutang isi rumah negara berjumlah RM1.53 trilion

Kadar hutang isi rumah di negara ini, secara agregatnya menunjukkan trend peningkatan saban tahun sejak 2018, kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar. - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Kadar hutang isi rumah di negara ini, secara agregatnya berjumlah RM1.53 trilion pada akhir 2023, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Kewangan berkata, secara agregatnya kadar itu menunjukkan trend peningkatan saban tahun sejak 2018.

Bagi tempoh 2018 hingga 2023, beliau berkata, bahawa purata pertumbuhan tahunan hutang isi rumah adalah 5.1 peratus.

Jelasnya, pertumbuhan hutang isi rumah tahunan ini didorong terutama pinjaman perumahan dan kenderaan susulan daripada pelbagai insentif pemilikan rumah yang ditawarkan oleh kerajaan serta swasta.

Tambah beliau, peningkatan hutang itu juga didorong insentif cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bagi pembelian kenderaan bermotor antara 2020 dan 2022.


"Pada akhir 2023, secara agregat, hutang isi rumah berjumlah RM1.53 trilion.

"Mengikut jenis pembiayaan, bahagian terbesar hutang isi rumah ialah pinjaman perumahan, merangkumi 60.5 peratus daripada hutang isi rumah, diikuti oleh pinjaman kenderaan (13.2 peratus), pembiayaan peribadi (12.6 peratus).

"Ia termasuk pinjaman untuk tujuan-tujuan yang lain termasuk pembelian harta bukan kediaman, hutang kad kredit, sekuriti dan lain-lain.

"Secara agregatnya, jumlah hutang isi rumah bagi tahun sebelumnya adalah seperti berikut: 2022 (RM1.45 trilion), 2021 (RM1.38 trilion), 2020 (RM1.32 trilion), 2019 (RM1.25 trilion) dan 2018 (RM1.19 trilion).

"Nisbah hutang isi rumah berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada akhir 2023 pula meningkat sedikit kepada 84.2 peratus berbanding tahun 2018 (82 peratus)," katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan dikemukakan Pang Hok Liong (PH-Labis) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan hutang isi rumah agregat negara bagi 2018 hingga 2023.
 
Sponsored Post

klo x buat hutang mcm mana nak beli rumah ?
klo x beli rumah ? nanti cina je beli, orang melayu merempat dkt tepi jln..?

klo dh buat hutang, jgn bnyk complaint bayar je..
nnt kita dh mati, bg dkt anak2 suruh diorang jual mahal2..

the cycle continue..

17108201263230.jpg
 
klo x buat hutang mcm mana nak beli rumah ?
klo x beli rumah ? nanti cina je beli, orang melayu merempat dkt tepi jln..?

klo dh buat hutang, jgn bnyk complaint bayar je..
nnt kita dh mati, bg dkt anak2 suruh diorang jual mahal2..

the cycle continue..

17108201263230.jpg
Apa lah yg fikir berapa dah settle principal tu, bayar ikut schedule sudah lah.

Pelik org kita, expect nak dpt pembiayaan perumahan RM400K bayar ansuran 360 kali pun jumlah RM400K juga.
 
Apa lah yg fikir berapa dah settle principal tu, bayar ikut schedule sudah lah.

Pelik org kita, expect nak dpt pembiayaan perumahan RM400K bayar ansuran 360 kali pun jumlah RM400K juga.
Kalau ada pinjaman qardhul hassan beratur orang kita nak apply.
 
Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS)


Tabung pinjaman tanpa faedah (Qard Al-Hassan) selesai isu pembiayaan perumahan​

28/01/2018
5217
https://www.facebook.com/sharer.php...d-al-hassan-selesai-isu-pembiayaan-perumahan/


Kenyataan Media Penerangan. 169/40
11 JamadilAwal 1439 | 28 January 2018

TABUNG PINJAMAN TANPA FAEDAH (QARD AL-HASSAN) SELESAI ISU PEMBIAYAAN PERUMAHAN
Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat

1. Cadangan kerajaan supaya mengurangkan
IMG-20170501-WA0172-1024x681.jpg
kadar faedah perumahan perlu diteliti sebaiknya malah, PAS pernah menggesa supaya tabung pinjaman perumahan tanpa faedah di atas prinsip ‘Qard Al-Hassan’dikemukakan oleh pihak kerajaan.

2. Perumahan, khususnya perumahan mampu milik kepada golongan M40 dan B40 adalah antara golongan yang tersepit dengan isu pemilikan tempat tinggal yang kini dilihat masih belum mampu milik.

3. Sedang Ia merupakan keperluan paling asas kepada rakyat dan menjadi tanggungjawab kerajaan bagi menyediakan *polisi yang terbaik dan berpandukan prinsip syari’ah.*

4. Tabung pinjaman perumahan tanpa faedah ini akan berfungsi *meringankan beban para prospek pembeli rumah* sekaligus menyediakan ruang kemudahan bagi mereka memiliki unit kediaman kelak.

5. Walaupun ini bukanlah ‘solely factor’ terhadap isu lambakan perumahan hari ini, namun langkah yang lebih jitu dan strategik dalam menangani hal ini perlu digerakkan dengan kerjasama kerajaan negeri dan pusat.

6. Kita perlu memahami bahawa lebih separuh daripada 89.1 peratus hutang isi rumah kepada KDNK pada 2015 adalah disebabkan pembiayaan kepada perumahan dan harta tanah. Ia menjadi faktor terbesar yang perlu mendapat perhatian oleh pihak kerajaan.

7. Selain berdepan masalah bekalan rumah yang berstatus “mampu milik”, masalah *harga rumah yang tinggi dan tidak sepadan dengan kedudukan semasa gaji* golongan sasar di samping ruang pembiayaan perumahan yang menekan menjadi faktor utama menyumbang kepada masalah perumahan di negara ini.

8. Justeru, PAS konsisten dan sekali lagi menggesa kerajaan supaya turut mempertimbangkan langkah *menyediakan tabung pembiayaan perumahan berkonsepkan ‘Qard Al-Hassan’ (tanpa faedah) sebagai salah satu langkah memudahkan pembeli memperoleh rumah kediaman.
Sejahtera Bersama Islam
Sekian
 
1.Bila jadi pembangkang, hasut mcm2. Nak buat itu nak buat ini. Bila jadi kerajaan bangang nk mampus, siapa saya?

Jawapan :

2. Bila pembangkang berapi2 bagi cadangan cara Islam. Itu cara Islam ini cara Islam. Bila jadi kerajaan satu apa idea yg berapi2 tu, bukan takat x dilaksana, nk propose utk jadi dasar kerajaan pun telur bini kedua pegang di rumah. Siapa saya?

Jawapan :
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register