BTC USD 60,891.0 Gold USD 1,767.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

HUTAN SIMPAN Rimba Komuniti Shah Alam Diancam Kemusnahan

akecema

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
23,523
Reaction score
2,892
Points
206
Yg Berhormat Tuan Hee Loy Sian..

Semalam Yg Berhormat memberitahu kepada media yang Kompatmen 35 yang diviralkan sebagai hutan simpan diBukit Cerakah itu sebenarnya sudah dinyahwartakan.

Ini kenyataan Yg Berhormat kepada Astro Awani semalam, 24hb September 2031 👇🏽👇🏽

"Ia telah dinyahwartakan bagi tujuan pemberimilikan oleh kerajaan negeri pada tahun 2006 melalui PW1443. “

**************

KENYATAAN YG BERHORMAT DIATAS ITU SALAH !!

PW1443 ialah nombor survey sahaja dan bukannya notis gazet !! Siapa yang menasihati Yg Berhormat dalam hal Bukit Cerakah nie ?

Dimana notis gazet penyahwartaan itu Yg Berhormat ? Ingat, tiada notis gazet bermakna tiada penyahwartaan !!

****************

Yang Berhormat Tuan Hee Loy Sian sendiri mengaku yang proses penyahwartaan banyak kawasan berhutan diSelangor tidak dijalankan dengan sempurna. Cuba teliti balik minit Mesyuarat Pendengaran Awam MBSA Yg Berhormat.

Kami berharap faktor umur tidak mengelabukan ingatan Yg Berhormat. Kami juga amat berharap Yg Berhormat tidak mengelirukan pihak media dengan sengaja.

*****************

Sejak Yg Berhormat Tuan Hee Loy Sian menjadi Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli ; kami mendapati seolah-olah skrip kesukaan Yg Berhormat ialah untuk membaling tuduhan penyahwartaan, kelulusan pembangunan dan perlombongan pada pentakbiran yang lalu setiap kali rakyat protes untuk menyelamatkan saki-baki khazanah alam Negeri Selangor.

Apa gunanya rakyat mengundi gabungan parti PH untuk mentakbir Selangor jika Yg Berhormat sering mengunakan alasan kesalahan pentakbiran yang lalu sahaja tanpa membaiki kesalahan yang telah dilakukan sebelum ini.

Jangan buat tak tahu jea Yg Berhormat, rakyat sekarang dengan tahap kesabaran yang sangat rendah boleh menendang keluar parti-parti yang mengunakan alasan “ ini salah pentakbiran yang lalu “ setiap kali KAMU diminta untuk ber-tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

 
Sponsored Post

yussv

Active Member
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Oct 18, 2008
Messages
1,974
Reaction score
366
Points
51
saya tak faham soalan tuan.
tapi nampak jelas kegagalan kerajaan PH selangor dalam menjaga rezab hutan simpan.
Ohh..maksudnya sbb politik la benda2 ni jd ye..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register