BTC USD 63,264.0 Gold USD 4,330.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hutan berbukit 10 hektar terbakar

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,505
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,505
Reaction score
38,198
Points
2,836
abkocamero1.transformed_0.jpg


abkocamero2.transformed_0.jpg

IPOH: Satu kawasan hutan berbukit seluas 10 hektar di Kilometer 45, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, berdekatan Kampung Raja, terbakar sejak petang tadi

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Datuk Yahya Madis, berkata anggota Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai dikejarkan ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada jam 1.47 tengah hari

Katanya, setibanya anggota di sana mereka mendapati kebakaran membabitkan kawasan bukit setinggi 165 meter

"Anggota berdepan kesukaran untuk memadamkan kebakaran berikutan ketinggian kawasan bukit dan permukaannya yang bercerun

"Operasi pemadaman dilakukan dengan bantuan tujuh penduduk Orang Asli," katanya ketika dihubungi, di sini, sebentar tadi
 
Tiada Kebakaran Dikesan Pada Kawasan Hutan Terbakar Di Simpang Pulai

IPOH, 1 Mac - Tiada sebarang kebakaran dikesan pagi ini di hutan seluas 10.11 hektar di Kilometer 45, Jalan Simpang Pulai berhampiran Kampung Raja, Cameron Highlands, kira-kira 70 kilometer dari sini yang terbakar tengah hari semalam

Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Ruhisha Harris berkata pihaknya masih memantau rapi keadaan kawasan kebakaran itu walaupun tiada lagi kesan kebakaran sebagaimana dilaporkan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai Rozmi Che Hamat yang melakukan pemantauan bersama penduduk Orang Asli Kampung Pos Raya, 10 pagi tadi di lokasi kebakaran

"Cuma asap dan tunggul serta saki baki bara yang tinggal," katanya ketika dihubungi di sini Selasa

Ruhisha berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu kira-kira pukul 1.47 tengah hari semalam sebelum sepasukan 12 anggota serta empat pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai bergegas ke lokasi kejadian

Beliau berkata operasi memadam kebakaran itu yang dihentikan sementara pukul 10 malam tadi itu turut dibantu oleh tujuh penduduk Orang Asli di kawasan berkenaan

"Anggota menghadapi kesukaran untuk memadamkan kebakaran kerana ia merupakan kawasan berbukit dan agak curam

"Selain itu, (liputan) talian telefon dan girn (Rangkaian Trunk Radio Bersepadu Kerajaan) iaitu alat komunikasi juga terhad di kawasan tersebut," katanya

Ruhisha berkata punca kebakaran masih disiasat
 
panas sekarang ni..tambah2 tempat yg bertanah gambut.mmg mudah terbakar
 
Kebakaran Hutan Di Simpang Pulai Telah Padam

FW459626_PK11_290216_KEBAKARAN-scr.JPG

IPOH, 1 Mac - Kebakaran hutan di Kilometer 45, Jalan Simpang Pulai berhampiran Kampung Raja, Cameron Highlands, kira-kira 70 kilometer dari sini yang berlaku tengah hari semalam telah berjaya dipadamkan

Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Ruhisha Harris hari ini berkata pihaknya bagaimanapun masih memantau rapi keadaan kawasan kebakaran itu yang melibatkan hutan seluas 10.11 hektar

Beliau berkata pemantauan lokasi kebakaran dilakukan oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai Rozmi Che Hamat dengan bantuan masyarakat Orang Asli Kampung Pos Raya

"Cuma asap dan tunggul serta saki baki bara yang tinggal," katanya ketika dihubungi di sini

Ruhisha berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu kira-kira pukul 1.47 tengah hari semalam dan sepasukan 12 anggota serta empat pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai bergegas ke lokasi kejadian

Beliau berkata operasi memadam kebakaran itu yang turut dibantu oleh masyarakat Orang Asli di kawasan berkenaan dihentikan sementara pukul 10 malam tadi

"Anggota bomba menghadapi kesukaran untuk memadamkan kebakaran kerana ia merupakan kawasan berbukit dan agak curam

"Selain itu, (liputan) talian telefon dan girn (Rangkaian Trunk Radio Bersepadu Kerajaan) iaitu alat komunikasi juga terhad di kawasan tersebut," katanya

Ruhisha berkata punca kebakaran masih disiasat
 
terbakar sana terbakar sini
kena bagi kesedaran di semua peringkat masyarakat
jangan main api
 
Back
Top
Log in Register