Husam tarik balik janji laksana hudud sewaktu debat KJ kerana takut DAP

CG Sponsors




iswarahijau

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2007
Messages
6,060
Reaction score
44
Points
70
http://www.msomelayu.blogspot.com/
Kenapa Husam Ralatkan Jaminannya?

BELUM sampai 36 jam atau kalau tanam kacang belum sempat kulit arinya pecah, Naib Presiden Pas, Husam Musa telah memperbaiki kenyataannya berhubung perlaksanaan hukum hudud yang dibuat ketika berwacana bersama Khairy Jamaluddin dan Abdul Aziz Bari di Balai Islam malam Sabtu lalu.

Semasa respon kepada provokasi Khairy Jamaluddin yang ingin tahu apakah Pas akan laksanakan hudud kalau Pakatan Rakyat menang, Husam menegaskan Pas akan melaksanakan hukum hudud sekiranya Pakatan Rakyat memerintah.

"Iya kita akan laksanakan," begitulah jaminan Husam apabila diasak lebih dua kali oleh Khairy. Kurang diketahui pula MB Kelantan dalam penantian itu sedar atau tidak ketika beliau mengeluarkan kata-kata itu.

Tetapi hari ini Husam telah membuat pembetulan ke atas persetujuannya semalam. Katanya perlaksanaan itu akan ditangguhkan dan ia akan dimaklumkan kepada DAP dan Keadilan terlebih dulu.

Kononnya pemberitahuan itu kerana Pakatan Rakyat telah menandatangani dasar Pakatan itu Ogos lalu? Kata Husam pihaknya tidak akan membuat keputusan secara uniteral sebalik akan membuat secara multiultra. Barang kali baik juga kalau isi kandungan perjanjian itu didedahkan kepada umum untuk ketahui apakah semangat dan roh perjanjian itu.

Kenapa Husam nampak gelabah dengan jaminannya malam kelmarin itu? Mungkin dia tahu ia bakal menjadi isu dan polimek dalam Pakatan Rakyat seperti mana yang saya jangkakan sebelum ini. Dugaan ini ternyata benar apabila DAP sudah kelam kabut dengan kenyataan itu sehingga mahu rujuk kepada Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim. Media kroni pula sudah tentu sedang menyusun untuk mengeksploitasikan isu itu di Kuala Terengganu nanti. Justeru pada saya penegasan Husam malam itu kurang berhemah dan memakan diri!

Sebenarnya Husam tidak payah membuat pembetulan atas kenyataan itu. Kenyataan beliau malam tadi mendapat sambutan hangat dan itulah yang diharapkan. Langkah beliau membetulkan kenyataan itu menyebabkan ia akan mengelirukan penyokong Pas dan orang Islam sendiri serta mereka yang rindukan hudud. Pembetulan itu juga menjadikan orang akan pertikaikan pengakuan Husam itu sebagai bersifat politik semata-mata. Dengan kenyataan pembaikian itu Husam melakukan dua kali kesilapan dalam satu masa.

Apa yang beliau tegaskan kelmarin (ketika menegasnya siap dengan mengangkat telunjuk ke langit), sudah tepat dan satu kebenaran yang dibanggakan. Sebagai orang Islam, pemimpin parti Islam sewajarnya agenda melaksanakan hudud itu diletakkan di atas. Segala unsur dan usaha mengenepinya perlu ditentang habis-habisan. Hukum hudud tidak boleh dikorbankan atas maslahat politik atau ia ditangguhkan atas dasar menghromati orang lain.


Saya rasa orang Pas lain juga cukup senang dengan jaminan Husam itu. Golongan ulama yang selama ini berjuang bermati-matian untuk melaksanakan hudud merasakan mereka mendapat semangat baru apabila ia disanggupi sendiri oleh seorang pemimpin bertaraf Naib Presiden yang profesionalis dan dianggap bijak.

Ketika dipersoalkan oleh Khairy, Husam ada menjelaskan Kelantan merayakan hari memperingati hudud setiap tahun. Dengan penuh bangga beliau memaklumkan itu kepada audience. Tetapi sesudah sehari penegasan itu menerawang masuk ke rongga kepala rakan bukan Islam Husam semacam gelabah pula. Kenapa?

Sebagai pemimpin yang meletakkan taqwa sebagai syarat orang untuk menjadi Perdana Menteri, Husam tidak perlu takut sebenarnya. Beliau juga tidak perlu merasa malu dan gerun kalau tidak popular dari kalangan bukan Islam kerana menjadi juara hudud. Bila beliau mengubah dan meralatkan kenyataannya ini menyebabkan orang boleh mengatakan Husam tidak istiqamah dalam iltizamnya.

Sepatutnya ia tidak perlu dibimbangkan Husam, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah membela Husam mengenai kenyataannya tentang hudud itu. Kata Nik Aziz hudud bukan hak Pas tetapi hak Islam. Katanya fungsi atau martabat hudud sama dengan sembahyang, kalau sembahyang wajib boleh buat kenapa hudud yang juga wajib tidak boleh dibuat? Jadi apabila tuan guru sudah memberi isyarat dan beranalogi begitu nah, teruskan saja.

Tidak patut dan wajar kalau Husam bermain sorong tarik dengan hukum hudud dan qisas ataupun aspirasi Islam lainnya. Beliau juga sesungguhnya tidak perlu bimbang dengan penerimaan bukan Islam mengenai penegasannya itu. Bukankah beliau sendiri mengatakan bahawa kefahaman Islam dari kalangan bukan Islam termasuk DAP dan orang seperti Pengerusi Kelab Penyokong Pas dari kalangan orang Cina itu lebih baik berbanding dengan Umno atau Khairy Jamaluddin.

Jadi apa yang nak dibimbangkan lagi laksanakan Islam yang menjadi cita-cita dan matlamat perjuangan Pas
 
Sponsored Post

profesor

Active+ Member
Joined
May 7, 2007
Messages
3,446
Reaction score
265
Points
46
KJ yg keji tu konon nak provoke, sekali Dr Agus bagi soalan killer gelabah gak nak jawab.. :))
 

iswarahijau

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2007
Messages
6,060
Reaction score
44
Points
70
Perdebatan Khairy-Husam menyerlahkan suatu realiti yang perlu diterima oleh PAS dan UMNO, iaitu Sistem Pemerintahan Islam sukar dilaksanakan tanpa kerjasama PAS dan UMNO.

UMNO tidak pernah menentang konsep Negara Islam, termasuk perlaksanaan hudud. Namun, kepimpinan UMNO di peringkat awal perjuangan kemerdekaan telah meletakkan keutamaan-keutamaan tertentu di dalam membangunkan negara. Terlalu banyak perkara asas perlu disegerakan seperti membasmi kemiskinan dan buta huruf, membangunkan infra-struktur dan kemudahan awam dan sebagainya. Kerajaan Perikatan yang menggabungkan UMNO, MCA dan MIC juga perlu berdepan dengan pemberontakan bersenjata Parti Komunis Malaya yang mendapat sokongan Parti Komunis China.

Di dalam masa yang sama, Kerajaan pimpinan UMNO telah melaksanakan program-program asas Islam seperti pembinaan masjid dan surau, penubuhan Tabung Haji, mentadbir urusan penentuan puasa dan hari raya, pengurusan zakat dan lain-lain. Namun kaedah perlaksanaan Islam secara beransur-ansur telah ditolak oleh PAS. Malah PAS pernah mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC.

Hanya sekarang PAS mula pandai bekerjasama dengan parti 'orang kafir' sepereti DAP. Hanya setelah berkawan dengan DAP, PAS mula menggunakan istilah 'menangguhkan perlaksanaan hudud' dan sebagainya.

Di masa Tun Dr Mahathir dengan berani telah mengisytiharkan Malaysia IALAH SEBUAH NEGARA ISLAM, dan dipertegaskan semula oleh kenyataan-kenyataan Pak Lah dan Najib, PAS pula yang berundur ke belakang, dengan menggugurkan matlamat penubuhan NEGARA ISLAM, dan diganti dengan konsep NEGARA BERKEBAJIKAN.

Kedua-dua pihak, PAS dan UMNO, perlu sedar bahawa hanya dengan kerjasama PAS dan UMNO, matlamat kenegaraan Islam akan tercapai.
 

1305

Super Active Member
Joined
Sep 19, 2008
Messages
9,731
Reaction score
130
Points
73
ala... sedih dengar.. walaupun aku bukan org PAS mahupun PKR apatah lagi DAP.. aku sedih dengar berita ni..

dalam hal ni, aku sokong Dato' Hj. Zahid Hamidi,

"kalau hajat mereka begitu, saya doakan supaya hajat mereka itu tercapai tetapi hakikat politik tidak begitu."

ni kenyataan sokong dalam lembut.. ada tersirat dalam tersurat..
 

belakepare

Active+ Member
Joined
Apr 19, 2008
Messages
2,912
Reaction score
42
Points
30
inilah yg membezakan org yg berilmu dan tidak berilmu....dgn kata lain yg lebih mudah B O D O H ke tak...sb hukum hudud ni adalah dr allah bukan dr manusia...ini adalah wajub dilaksanakan...ini menunjukkan yg khairi lebih mementingkan parti dr agama...sb sebagai manusia yg beragama islam dia wajib tahu yg hudud ni wajib...

sepatutnya perkara ini tak perlu dibincangkan lg sb benda ni dah wajib mcm sembahyang takkan nak bincangkan ttg nak tunaikan ke tak...

perbincangan perlu utk memantapkan lg bukan untuk provoke...mangkuk kau khairi
 

baim

Active+ Member
Joined
Jan 22, 2007
Messages
3,214
Reaction score
18
Points
25
silap husam, kena provoke kaw kaw dgn kj.. yg dier layan si kj apsal..
 

nokaki

Active Member
Joined
May 26, 2008
Messages
2,159
Reaction score
2
Points
25
pas ckp xsrupa bikin
mngeluar hukum ikut versi mrk je:))
kalo join mrk btul
org lain auto jd salah :-?
xlbh isu agama je
xda modal lain
 

rocco

Fun Poster
Joined
Dec 16, 2006
Messages
763
Reaction score
5
Points
15
gabung jek la org melayu sume...pastu duk bncg elok2..dah gabung..dah kuat..takde sape nak pertikai tu pertikai ni lagi...
 

bugger_gawat

Fun Poster
Joined
Nov 24, 2008
Messages
115
Reaction score
48
Points
20
bro tak mau komen lebih2 yang kita perlu tau jangan kita tolak hukum allah swt...bala azab allah turun bukan kene kat orang yang buat jew kalau nak kene ...kena kat sume ..ingat lah janji allah tak pernah mungkir..janji manusia bleh duk ubah2...wslm
 
Sponsored Post
Top
Log in Register