Husam: Saya kata Dr M hilang kepercayaan rakyat, bukan tak relevan

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,880
Reaction score
11,095
Points
1,906
1600823110943.png


Husam: Saya kata Dr M hilang kepercayaan rakyat, bukan tak relevan
Diterbitkan Hari ini 8:59 am


Bekas naib presiden Amanah, Husam Musa menafikan dia beranggapan Dr Mahathir Mohamad sudah tidak relevan untuk menerajui negara ini.

Sebalik Husam menegaskan bahawa anggota Parlimen Langkawi itu sudah hilang kepercayaan rakyat untuk menjadi perdana menteri sekali lagi.

"Saya tak pernah kata dia tak relevan, itu dibuat tajuk oleh orang lain. Saya kata Tun telah hilang kepercayaan, bukan tak relevan. Rakyat hilang kepercayaan.

"Saya tak nak besarkan, nanti orang kata Husam bergaduh dengan Tun. Kita kena kenang jasa Tun, kalau kita jadi kerajaan kita boleh angkat tun sebagai tokoh negara, itu melebihi ikon parti, sekarang tun jadi ikon parti.

"Kalau kita letakkan dia sebagai ikon nasional itu lebih penghormatan. Pengaruhnya ada, tapi kepercayaan tidak ada. Kena faham apa yang saya sebut," katanya dalam sesi dialog anjuran Amanah Lembah Pantai di Kuala Lumpur, malam tadi.

Pada 16 Sept lalu, Husam dilapor berkata bahawa populariti Mahathir yang kini merudum akan menjejaskan peluang Pakatan Harapan (PH) untuk memenangi PRU15.

Husam dalam forum Sinar Harian berkata atas sebab itu, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang diasaskan Dr Mahathir tidak sewajarnya bertanding di kerusi yang sebelum ini diwakili Bersatu.

Bekas exco kerajaan Kelantan berkata antara asas kejayaan PH menumbangkan BN pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) adalah dengan mandat dan perjanjian yang ditandatangani antara Dr Mahathir dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

"Konteks mandat rakyat itu adalah pergiliran perdana menteri, dan saya tidak ingin membesarkan siapa layak siapa yang dapat sokongan. Dalam konteks mandat rakyat itulah antara sebab mengapa rakyat mengundi kita pada PRU14 lalu," katanya.

Anggota Dewan Negara berkata demikian ketika menjawab pertanyaan mengenai konflik yang melanda PH dalam isu calon perdana menteri.

Husam turut mengingatkan bahawa Dr Mahathir telah menandatangani perjanjian sebelum PRU yang menyatakan Anwar akan menggantikan tempatnya sebagai perdana menteri.

"Ini ada dalam perjanjian. saya pun tak berapa minat (bahaskan), Anwar ke Tun (Mahathir) ke, asalkan kita dapat jadi kerajaan yang kuat, siapa pun tak apa. Tapi perjanjiannya macam itu. Dah berjanji, (secara) bertulis dan diumumkan kepada pengundi-pengundi.

"Kalau kertas (perjanjian) itu tiada dan pengumuman tak dibuat, kita masuk (bertanding) macam PN masuk siapa yang jadi perdana menteri dapatkan tandatangan, dan kita tak boleh menang. Apabila dah tandatangan dan berjanji, kemudian kata tak setuju, selepas dia jadi perdana menteri dan (sekarang) sudah tak jadi perdana menteri, saya kira ini sedikit-sebanyak melukakan hati penyokong-penyokong.

"Penyokong yang beri undi itu sesetengah berharap Anwar jadi perdana menteri dengan pakatan itu. Dengan perjanjian itu, dengan struktur sususan itu.

"Tak baguslah kalau kita membiarkan rasa tak puas hati ini tanpa diubat, ia boleh merosakkan PH dan dengan itu kita tak boleh jadi kerajaan semula, ini lagi teruk," katanya.

 
Sponsored Post

asdf

Fun Poster
Joined
Nov 16, 2019
Messages
255
Reaction score
31
Points
30
Amanah ini next pru mmg kojol. Harap dap kasi kerusi cina je kat depa.
 

asdf

Fun Poster
Joined
Nov 16, 2019
Messages
255
Reaction score
31
Points
30
Sedar tak korang, bangkai mana pon ahli politik tu, tetap akan ada tempat dalam arena politik. Sbb apa? Sebab ada org berduit yg akan menyokongnya utk kepentingan mereka.

Tu sebab, muka baru sudah nak naik. Mahu atau tak, muka3 baru kena mula dari parti yg lemah mcm amanah. Baru cepat naik pangkat, cepat masuk tv, org kenal, nak langkah cpt.

Nak masuk parti3 kuat mcm pkr, ppbm, umno, susah sikit naik, nak langkah banyak kepala otai mmg idak la.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register