Husam sah letak jawatan (Naib Presiden AMANAH), kata Khalid

CG Sponsors

pelitaminyak

Active Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
2,407
Reaction score
620
Points
81
Akuvtak paham macam mana sumbu boleh jimat minyak? Husam tahu tak apa itu sumbu? How the combustion engine works? Tong kosong je Husam ni
Itu dia je yg tahu, bijak pandai dlm amanah tu ..........
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,223
Reaction score
11,132
Points
1,906
Husam sepatutnya dilantik Presiden Amanah

20 September 2020

MGF03092018_Angkat-Sumpah-Dewan-Negara_06-681x454.jpg

Husam Musa

KUALA LUMPUR – Datuk Husam Musa sepatutnya dilantik sebagai Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) kerana pemikiran beliau jauh lebih kehadapan berbanding pemimpin-pemimpin tertinggi yang lain.
Penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff tidak menafikan jawatan Presiden Amanah dipilih dalam kalangan mereka yang menang dalam Jawatankuasa Pimpinan Nasional dan Husam pula tidak bertanding di dalam pemilihan Jawatankuasa Pimpinan Nasional yang lalu.

”Tetapi perlembagaan parti ini adalah buatan manusia yang bukan tidak boleh diubah jika ada kemahuan,” katanya.
Kamarul mengulas ucapan Husam dalam Mesyuarat Tahunan Amanah Kubang Kerian yang menunjukkan bahawa pemikiran beliau adalah jauh lebih terkehadapan berbanding pemimpin-pemimpin tertinggi Amanah yang lain melalui beberapa pendedahan ke atas apa yang telah dan yang patut berlaku.

Antara perkara yang telah didedahkan oleh Husam mengenai tindakannya yang memaklumkan kepada pimpinan tertinggi Amanah pada bulan April 2019 dan pada bulan Julai 2019 bahawa Kerajaan Pakatan Harapan akan tumbang tetapi langsung tidak diambil berat oleh pimpinan tertinggi parti sehinggalah kerajaan itu benar-benar tumbang.

”Saya telah memberikan pandangan saya kepada pimpinan tertinggi Amanah bahawa Kerajaan PH akan tumbang seawal bulan April 2019. Boleh tanyalah pimpinan, saya tak boleh namakan dia pada pagi ini.
”Bulan Julai 2019, sekali lagi saya jumpa merekan saya nyatakan pandangan saya bahawa kerajaan tuan-tuan akan tumbang, tolonglah sebagai menteri tuan-tuan buat sesuatu yang rakyat suka macam tindakan Erdogan di Turki dan jangan tersalah langkah macam Morsi di Mesir.

”Bulan Julai 2019, kali yang kedua. Kemudian kerajaan tumbang sungguh. Saya beritahu bulan April 2019 lagi, kerajaan tumbang bulan Mac 2020, hampir setahun, kalau nak buat persiapan sempat. Tapi pada masa itu orang tak percaya pandangan saya. Orang anggap ini mustahil,” ujar Husam dalam mesyuarat tersebut.

Kamarul berkata: ”Kita tunggu dan lihat sahaja komen pimpinan tertinggi Amanah mengenainya, jika ada”. – MalaysiaGazette

biomedik2

Active+ Member
Joined
Jan 19, 2020
Messages
3,744
Reaction score
1,164
Points
111
Husam sepatutnya dilantik Presiden Amanah

20 September 2020

View attachment 286247

Husam pro Anwar. Sabu pro Tun
 
miehensem

Legendary Member
Joined
Dec 22, 2007
Messages
15,732
Reaction score
1,517
Points
191

ini saya sokong.. husam lebih layak berbanding abg mat..
 
pelitaminyak

Active Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
2,407
Reaction score
620
Points
81
ini saya sokong.. husam lebih layak berbanding abg mat..
Pengaruh mat sabu lebih byk, tapi semua pengaruh tu datang dari pas, bila dah keluar ........... Hilang sikit2 pengaruh tu, sama juga dgn mahathir, sudah hilang pengaruh
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,223
Reaction score
11,132
Points
1,906
Tuntutan saman fitnah itu mengenai artikel di Harakahdaily pada 14 September lalu yang menyentuh mengenai peletakan jawatan Husam Musa sebagai naib presiden Amanah.

1606723299499.png

Mohamad Sabu saman Harakahdaily, pemimpin PAS Selangor

Diterbitkan Hari ini 3:18 pm

Presiden Amanah Mohamad Sabu memfailkan saman terhadap pemimpin PAS Selangor dan organ parti itu, Harakahdaily mengenai artikel yang dimuat naik dalam talian.
Peguam Mohamad, Tetuan Amin Amirul & Partners, mengemukakan writ saman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Oktober.

Kertas kausa itu menamakan Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir, portal dalam talian Harakahdaily dan ketua editor akhbar Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob, dan Galeri Media Serbanika Sdn Bhd, sebagai defendan.

Roslan juga sering menjadi penulis Harakahdaily, sementara Galeri Media Serbanika adalah pengendali portal Harakahdaily dan akhbar cetak Harakah.

Tuntutan saman fitnah itu adalah mengenai artikel dalam talian yang dimuat naik di Harakahdaily pada 14 September lalu.
Artikel itu antara lain menyentuh mengenai peletakan jawatan Husam Musa sebagai naib presiden Amanah.

Artikel itu juga merujuk kepada laporan berita dalam talian yang lain mengenai perkara berkenaan.

Pada 14 September, Husam dilaporkan menafikan dakwaan laporan berita bahawa yang mengatakan dia berselisih dengan Mohamad berhubung dengan peletakan jawatannya sebagai naib presiden parti.
Menurut salinan tuntutan saman yang dilihat oleh Malaysiakini, Mohamad menuntut ganti rugi am, berat dan teladan, dan faedah 5 peratus atas ganti rugi yang dikira dari tarikh writ hingga pembayaran akhir.
Mohamad yang juga merupakan Ahli Parlimen Kota Raja dan bekas menteri pertahanan itu mendesak permohonan maaf dan menarik balik laporan berkenaan.

Permohonan maaf itu diminta dibuat di portal Harakahdaily dan akhbar cetak Harakah, dalam masa 14 hari dari tarikh penghakiman.

Plaintif juga menuntut injunksi untuk mengelakkan para defendan daripada terus mengeluarkan kenyataan fitnah tersebut, sama ada secara lisan, atau melalui media cetak atau dalam talian.
Mohamad juga menuntut kos dan apa-apa pelepasan lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Menurut Pernyataan Tuntutan, penggugat mendakwa bahawa defendan menerbitkan pernyataan fitnah yang disengajakan dengan sengaja, tanpa menggunakan usul periksa dan dengan niat jahat untuk tujuan sensasi artikel dalam talian.

Mohamad mendakwa ini dilakukan untuk menarik lebih ramai pengunjung ke portal Harakahdaily untuk mendapatkan keuntungan kewangan.

Plaintif juga mendakwa bahawa laporan itu diterbitkan Harakahdaily untuk kepentingan politik PAS, yang merupakan sebahagian daripada pentadbiran PN.

Mohamad mendakwa bahawa defendan gagal mematuhi surat tuntutan yang dikeluarkan kepada mereka pada 24 September, untuk menarik balik dakwaan dalam laporan itu, meminta maaf dan membayar ganti rugi kepadanya.

Ketika dihubungi hari ini, seorang wakil dari firma undang-undang Tetuan Amin Amirul & Partners mengesahkan bahawa kertas kausa berkenaan telah disampaikan kepada semua defendan.

Wakil itu menambah bahawa berikutan pengurusan kes e-semakan (dalam talian) saman oleh Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, mahkamah telah menetapkan 7 Januari tahun depan untuk pengurusan kes selanjutnya.

Sponsored Post
Top
Log in Register