Husam sah letak jawatan (Naib Presiden AMANAH), kata Khalid

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,595
Reaction score
11,042
Points
1,906
'Masih dalam perbincangan' - Khalid Samad komen isu peletakan jawatan Husam Musa

September 14, 2020 09:41 MYT
'Masih dalam perbincangan' - Khalid Samad komen isu peletakan jawatan Husam Musa

Husam Musa sah mengemukakan permohonan meletakkan jawatan tertinggi dalam kepimpinan Amanah pada minggu lalu. -Gambar fail

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) mengesahkan Datuk Husam Musa telah menyatakan hasrat untuk meletak jawatan selaku Naib Presiden.

Bagaimanapun Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abd Samad berkata perkara tersebut masih belum diputuskan lagi oleh kepimpinan tertinggi parti tersebut.

“Itu masih dalam perbincangan.
"Sama ada kita (kepimpinan Amanah) hendak terima ataupun tidak, kita akan keluarkan kenyataan.


“Memang beliau (Husam) ada menyatakan hasratnya untuk nak tumpu Kelantan. Tapi beliau tidak keluar parti.

“Dia hanya nak tumpu Kelantan kerana beliau hendak tentukan Kelantan ini ada anak sulung (kerusi Parlimen sulung Amanah di Kelantan).

“Dalam minggu depan Insya-Allah saya akan keluarkan kenyataan sebab kita masih dalam perbincangan kerana belum diputuskan lagi,” ujarnya ketika dihubungi Astro AWANI.

Jelas Khalid, proses rundingan dan perbincangan masih lagi berlangsung ketika ini.

Sementara itu, Naib Presiden Amanah Datuk Seri Mujahid Yusof ketika dihubungi Astro AWANI berkata Husam masih kekal sebagai ahli Amanah dan diberi mandat sebagai penasihat di Kelantan selain menganggotai jawatankuasa strategi lain.

“Kita lantik beliau jadi pengerusi lain… untuk beliau tumpu kepada Kelantan.

“Bukan bermakna apabila beliau meletakkan jawatan itu, dia terus meninggalkan parti. Tidak. Dia hendak beri penumpuan kepada Kelantan,” kata Mujahid.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sebab-sebab lain peletakan jawatan tersebut.

Sementara itu, Setiausaha Agung Amanah, Dr Hatta Ramli enggan mengulas lanjut berkenaan perkara tersebut selain hanya menyatakan bahawa pihaknya akan mengeluarkan kenyataan bertulis dalam masa terdekat.

Astro AWANI cuba mendapatkan penjelasan daripada Husam, namun belum berhasil.

Husam pada minggu lalu dilapor telah menyerahkan peletakan jawatan kepada kepimpinan Amanah selepas menyertai parti itu sejak Ogos 2016.

Bekas Naib Presiden Pas itu dipecat keanggotannya dalam Pas pada April 2016 kerana lantang mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan wujud kerjasama PAS-UMNO.

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,595
Reaction score
11,042
Points
1,906
Bendahara Nusantara
2j ·

HUSAM Musa melepaskan jawatan sebagai naib presiden Amanah dan pengerusi Pakatan Harapan Kelantan sebagai tanda protes terhadap kepimpinan presiden parti Mohamad Sabu, kata sumber.
Beberapa sumber dalaman parti memberitahu The Malaysian Insight, Husam menyerahkan surat perletakan jawatannya dua minggu lalu.

P.S: Keputusan yang tepat! PAN nak runding semula ke?

1600048848409.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,595
Reaction score
11,042
Points
1,906
Zubaidi Sudin sedang bersama Noraini Abu Samah dan 22 yang lain.
1j ·

LEPASNI DEPA NAFI LAGI DAN KATA DHM NAK BEREHAT SBB COVID-19 KOT???😜😅

Bukankah saya dah bg hint lebih awal sejak 1 September 2020? Link : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=964991007338617&id=100014831801916

Saya kemudiannya sokong kenyataan bro Ibrahim Mat Isa pd 4 September 2020.

Tapi dlm Amanah ni, depa pasti lah akan nafi pd ahli bukan? Klau tarak TAUFAN dlm tu takkan le pokok besar tercabut?😁

Lepas ni apa? Berjaya pujuk DHM U-terng dan nafi?? Kita tunggu je lah. 😅
- Zus Din


14 September 2020
*******************
BACA BERITA NI....

Husam letak jawatan naib presiden Amanah, kata sumber

HUSAM Musa melepaskan jawatan sebagai naib presiden Amanah dan pengerusi Pakatan Harapan Kelantan sebagai tanda protes terhadap kepimpinan presiden parti Mohamad Sabu, kata sumber.

Beberapa sumber dalaman parti memberitahu The Malaysian Insight, Husam menyerahkan surat perletakan jawatannya dua minggu lalu.

“Husam cuma melepaskan jawatan lantikannya dalam parti saja.

“Jawatan yang beliau menang iaitu ketua Amanah Kota Bharu, tak letak jawatan.

“Surat (perletakan jawatan) dihantar dua minggu lalu tetapi pejabat Amanah masih mendiamkan diri,” kata sumber.

Husam yang dua kali dihubungi oleh The Malaysian Insight enggan memberikan sebarang komen.

Seorang sumber mendedahkan Husam tidak puas hati dengan kepimpinan Mohamad, atau lebih dikenali dengan nama Mat Sabu, atas beberapa sebab.

“Mat Sabu ini dilihat tak sepenuh hati dengan Dr Mahathir Mohamad dan juga tidak pada Anwar.

“Macam pagi ini beliau (sokong) Anwar petangnya pula (sokong) Dr Mahathir. Malamnya pula sokong Anwar dan tiba-tiba esok pagi pergi balik kepada Dr Mahathir.

“Jadi sangat lemah, tidak ada pendirian. Beliau nak pujuk Anwar, pada masa sama nak ikut Dr Mahathir,” katanya.

Sumber menjelaskan walaupun Husam dilihat antara penyokong Anwar, beliau sebenarnya lebih dekat dengan Dr Mahathir.

Husam adalah antara penggerak kempen Deklarasi Rakyat, kata sumber, yang dijalankan oleh Dr Mahathir selepas beliau keluar Umno pada awal 2016 dan sebelum menubuhkan Bersatu.

Husam ketika itu mempengerusikan gerakan Deklarasi Rakyat di Kelantan untuk menjatuhkan Najib Razak sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.

“Husam ada akses terus dengan Dr Mahathir, sebulan sekali beliau akan berjumpa dengan Dr Mahathir.

“Tapi dari segi sikap politik beliau dicop sebagai pro Anwar,” katanya.

Husam menyertai Amanah selepas dipecat dari PAS pada Mei 2016. Sebaik menyertai Amanah, Husam dilantik sebagai naib presiden dan pengerusi PH Kelantan.

Pada pemilihan Amanah 2019, senator itu tidak bertanding mengekalkan jawatannya namun beliau tetap dilantik sebagai naib presiden bagi tempoh 2019-2022.

Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah yang terpilih dalam pemilihan itu turut mengekalkan Mohamad sebagai presiden parti.

Husam bukanlah pemimpin parti Amanah pertama yang letak dengan alasan tidak puas hati kepada pucuk pimpinan.

Pada Julai lepas, Ahli Dewan Undangan Negeri Adun Serom, Faizul Amri Adnan melepaskan jawatan sebagai pengerusi jawatan pendidikan dan ahli jawatankuasa Amanah Johor.

Faizul berkata keputusannya itu kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti di peringkat negeri dan konflik dalam parti setiap peringkat.

“Mat Sabu diktator”

Dalam pada itu, seorang sumber berkata Husam tidak puas hati dengan cara Mohamad yang disifatkan “diktator” dalam memimpin parti.

Beberapa keputusan penting parti katanya tidak dirujuk terlebih dahulu dengan pemimpin lain.

Mohamad juga tidak mengendahkan desakan Husam yang mahu mesyuarat biro politik diadakan bagi membincang strategi parti, tambahnya.

Mohamad sebaliknya dilihat lebih senang merujuk kepada DAP untuk berkongsi masalah dan membuat keputusan parti, katanya.

“Banyak keputusan politik dibuat Mat Sabu secara ‘one man show’.

“Sejak Amanah ditubuhkan tidak ada pun mesyuarat biro politik. Yang dipanggil mesyuarat Amanah pusat itu macam mesyuarat parti kawasan… bincang hal seperti duit ada berapa, aktiviti, program, itu saja.

“Husam juga melihat Mat Sabu bukan pemimpin strategis tapi hanya ikut arus dan keadaan.

“Mat Sabu merasakan pengundi Cina adalah segalanya sebab itu apabila ada pergolakan berlaku dalam Amanah beliau tak rujuk dekat kawan dalam parti tapi rujuk pada DAP, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Anthony Loke,” katanya.

Sumber juga mendakwa Mohamad pernah memaksa AJK pusat Amanah untuk memilih Anwar sebagai pengerusi PH biarpun tiga perempat pimpinan bersetuju Dr Mahathir memegang jawatan itu.

“Tapi masa itu dihalang oleh Khalid Samad. Beliau pemimpin yang berani melawan Mat Sabu.

“Berbanding dengan Salehuddin Ayub yang lebih nak jaga hubungan mungkin sebab beliau pegang kedudukan nombor dua dalam parti,” katanya, apabila ditanya bagaimana reaksi pemimpin lain.

Sumber itu juga berkata banyak lagi keputusan Mohamad yang tidak dipersetujui oleh Husam, antaranya pelantikan setiausaha politik beliau yang kini dikaitkan dengan siasatan rasuah.

Seorang lagi sumber dalam Amanah turut mengesahkan alasan peletakan jawatan Husam.

Sumber bagaimanapun menafikan Amanah kini berpecah kepada dua kem iaitu pro Anwar Ibrahim dan Dr Mahathir.

“Akar umbi banyak ikut konsensus parti, tidak ada pro Anwar dan pro Dr Mahathir.

“Buat masa ini kita bersama Anwar dan tidak bergaduh dengan Pejuang,” katanya, merujuk parti baharu Parti Pejuang Tanah Air yang ditubuhkan oleh Dr Mahathir. – 14 September, 2020.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/272437


1600049015126.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,595
Reaction score
11,042
Points
1,906
content dlm Malaysian Insight

1600049214563.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,595
Reaction score
11,042
Points
1,906
Namun dinafikan oleh Husam sendiri seperti mana yg dilaporkan oleh Malaysian Gazette



Husam nafi lepas jawatan dalam Amanah
By
admin
-
14 September 2020

MGF03112019_CERAMAH-KELOMPOK-PH10-681x454.jpg

Husam Musa

KUALA LUMPUR – Datuk Husam Musa menafikan khabar angin bahawa beliau telah melepaskan jawatannya sebagai Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) dan Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan.
Melalui sebuah portal, Husam telah telah menolak laporan The Malaysian Insight.


“Tidak betul,” katanya pada FMT.
Sebelum ini, Husam didakwa melepaskan jawatan sebagai Naib Presiden Amanah kerana dikatakan tidak senang terhadap kepimpinan Mohamad Sabu.

Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan itu dikatakan telah menyerahkan surat peletakan jawatannya dua minggu lalu.

Menurut sumber kepada sebuah portal, Husam mendakwa Mohamad atau Mat Sabu dilihat tidak sepenuh hati dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga tidak pada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
”Macam pagi ini beliau (sokong) Anwar petangnya pula (sokong) Dr Mahathir. Malamnya pula sokong Anwar dan tiba-tiba esok pagi pergi balik kepada Dr Mahathir,” menurut sumber yang dipetik oleh portal berkenaan.

Mat Sabu disifatkan sangat lemah sehingga tidak ada pendirian.
”Beliau nak pujuk Anwar, pada masa sama nak ikut Dr Mahathir,” kata sumber itu lagi.

Malah, katanya, sejak parti itu ditubuhkan, tiada pun mesyuarat biro politik.

”Yang dipanggil mesyuarat Amanah pusat itu macam mesyuarat parti kawasan… bincang hal seperti duit ada berapa, aktiviti, program, itu saja.

“Husam juga melihat Mat Sabu bukan pemimpin strategis tapi hanya ikut arus dan keadaan.

”Mat Sabu merasakan pengundi Cina adalah segalanya sebab itu apabila ada pergolakan berlaku dalam Amanah beliau tak rujuk dekat kawan dalam parti tapi rujuk pada DAP, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Anthony Loke,” ujarnya. – MalaysiaGazette

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,595
Reaction score
11,042
Points
1,906
Husam nafi keluar Amanah kerana selisih pendapat dengan Mat Sabu

September 14, 2020 9:38 AM

husam-musa-fmt-280419-1.jpg

Naib Presiden Amanah Husam Musa berkata, laporan mengenai beliau meletakkan jawatan adalah ‘tidak betul’.

PETALING JAYA: Naib Presiden Amanah, Husam Musa menafikan laporan yang mendakwa beliau meletakkan jawatan dan juga jawatan sebagai pengerusi Pakatan Harapan Kelantan sebagai protes terhadap presiden parti itu, Mohamad Sabu.

Dalam pesanan teks kepada FMT, Husam menolak kandungan laporan The Malaysian Insight, dengan berkata, ia “tidak betul”.

Laporan itu yang memetik sumber yang mendakwa Husam menyerahkan surat peletakan jawatan 2 minggu lepas.

Menurut sumber itu, Husam tidak berpuas hati dengan kepemimpinan Mohamad, terutama kerana tidak memberikan arahan yang jelas sama ada menyokong bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad atau Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Husam menyertai Amanah berikutan pemecatannya dari PAS pada 2016. Beliau dilantik sebagai naib presiden.

 

akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
20,928
Reaction score
1,913
Points
206
coup d'etat in the making ke?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,595
Reaction score
11,042
Points
1,906
pelik, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abd Samad dah sahkan perletakan jawatan DHM.

tapi DHM bagitau FMT yg dia belum meletak jawatan

ke DHM mmg letak jawatan, cuma sebab perletakan jawatan tu yg menjadi isu
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,595
Reaction score
11,042
Points
1,906
Malaysiakini (BM Version)
10m ·
Sebuah portal berita pagi ini mendakwa peletakan jawatan Husam dalam Amanah dan sebagai pengerusi PH Kelantan mempunyai kaitan dengan Mat Sabu.

1600049919120.png


Husam nafi bertelagah dengan Mat Sabu


Diterbitkan Hari ini 9:38 am

Naib Presiden Amanah, Husam Musa hari ini menafikan pergeserannya dengan presiden parti, Mohamad Sabu.

Ini selepas sebuah portal berita menerbitkan satu artikel pagi ini yang mendakwa peletakan jawatannya dalam parti itu dan sebagai pengerusi Pakatan Harapan Kelantan mempunyai kaitan dengan Mat Sabu.
"Itu tidak benar. Saya menafikan kandungan artikel itu," katanya kepada Malaysiakini melalui kiriman teks.

Ketika diminta menjelaskan lebih lanjut apakah beliau meletakkan jawatan sebagai naib presiden Amanah kerana bertelagah dengan Mat Sabu, Husam berkata: "Ini rekaan".

Awal pagi ini, The Malaysian Insight menerbitkan artikel dengan memetik sumber yang mengatakan Husam meletakkan kedua-dua jawatan berkenaan, tetapi kekal memegang jawatan sebagai ketua Amanah Kota Bharu.

Sumber itu mendakwa Husam telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada parti itu dua minggu lalu.
Senator itu juga berkata hubungannya dengan Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu masih baik.

"Tidak ada masalah," katanya.
Dua minggu lalu, khabar angin serupa juga muncul mengenai Husam yang didakwa keluar Amanah untuk menyertai PKR.
Husam juga menafikan dakwaan berkenaan apabila dihubungi Malaysiakini ketika itu.


 

akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
20,928
Reaction score
1,913
Points
206
pelik, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abd Samad dah sahkan perletakan jawatan DHM.

tapi DHM bagitau FMT yg dia belum meletak jawatan

ke DHM mmg letak jawatan, cuma sebab perletakan jawatan tu yg menjadi isu
lain2 sbb 'dipaksa' letak jawatan
 
Sponsored Post
Top
Log in Register