BTC USD 56,861.5 Gold USD 1,771.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Husam Dakwa Syarikat Swasta Kaut Untung Balak Kelantan

Sponsored Post

wan632

Active Member
Messages
2,487
Joined
Oct 29, 2011
Messages
2,487
Reaction score
86
Points
30
Selangor bukit pun makin hilang daa.. dari tak percaya cerr tengok rawang..
 

akecema

CG Top Poster Club
Messages
23,893
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
23,893
Reaction score
3,018
Points
206
bila bercerai talak tiga....sembur minyak wangi pun kata busuk tuan....masa dok sedap kentut pun wangi....:D:D:D

masa bersama boleh merasa sama2
so kene sembunyikan la
skrg dah xmerasa so marah la, kene la londehkan

org ckp
aku thorlong ko
ko thorlong aku
 

akecema

CG Top Poster Club
Messages
23,893
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
23,893
Reaction score
3,018
Points
206
Selangor bukit pun makin hilang daa.. dari tak percaya cerr tengok rawang..

skrg merasa keuntungan lagi
tggu le bercerai nnt
start la melondeh
 

gudboy

Legendary Member
Messages
11,539
Joined
Dec 24, 2009
Messages
11,539
Reaction score
4
Points
115
macam biasa tidak akan menjawap kecuali surat layang macai nik yoya.
bukan kali pertama strategi surat layang d guna macai nik yoya :))
sama ja strategy macam isu balak yg d rampas sebelom nih.
husam sudah tegor dari tahon sudah.bazir masa ja husam hang tegor.

Perbezaan KPK Dulu Dan Kini
Kini:
Satu
- Semua pekerja diberhentikan kecuali 7 orang.
- Operasi kilang ditutup sepenuhnya dan disewakan kepada pihak lain (Tidak ada lagi aktiviti hiliran)
Dua
- Semua aktiviti tebangan diswastakan secara keseluruhan (2,000 ekar setahun x 10 tahun)
- Bayaran balak dikira berdasarkan jumlah ekar keluasan dan bukan jumlah sebenar pengeluaran/tan balak dikeluarkan (Ini pelik)
- Tiada penilai dilantik (Ini pelik)
Tiga
- 20,000 ekar kawasan diluluskan untuk tebangan bagi menjana dana Rumah Rakyat. Hasil gagal diperolehi.
Sepatutnya KPK memperolehi hasil dan keuntungan yang lebih besar. Misteri?
Tiada laporan kegagalan dan tiada audit khas atas kegagalan itu.
# Nota untuk mudahkan mana-mana pihak yang masih keliru isu pokok dan cuba mengelirukan.

Husam Musa
17 Zulhijjah 1436/1 Oktober 2015
 

kemolok

Super Active Member
Messages
6,131
Joined
Oct 10, 2007
Messages
6,131
Reaction score
25
Points
70
Jawab pakai surat layang je...
 

satsepit

Active+ Member
Messages
3,902
Joined
Dec 29, 2007
Messages
3,902
Reaction score
273
Points
51
Minta kosi pandangan hok ore post ko fb husam



(Siri dedah 1/101)

PROJEK JATUHKAN KELANTAN SELEPAS KEDAH

Pada tahun 2013, kerajaan Kedah yang sebelum ini diperintah oleh PAS di bawah Menteri Besarnya Dato Seri Ustaz Azizan Razak berjaya dijatuhkan oleh musuh-musuh politiknya. Ramai sedia maklum kejatuhan Kedah bukan kerana Umno semakin diterima rakyat, tetapi kerana pertembungan dalaman yang berlaku dalam PAS ketika itu. Antara karektor utama kejatuhan PAS kedah waktu itu adalah bekas TPJ PAS sendiri waktu itu iaitu Phahrol Razi Zawawi yang kini menubuhkan Pasma dan terbaru bersama parti Amanah.

Kebelakangan ini pula, kerajaan Kelantan sedang diserang hebat oleh orang-orang dalam PAS sendiri. Bekas TPJ Kelantan, Husam Musa adalah watak utama yang sedang giat menabur fitnah dan persepsi buruk terhadap pimpinan negeri waktu ini. Modus operandinya saling tidak tumpah sebagaimana yang dilakukan penyangak-penyangak di Kedah dahulu.

Sewaktu kejatuhan Kedah, Phahrol Razi memainkan isu pengurusan tanah yang tidak adil. Beliau mengadu domba kepada rakyat dan ahli bawahan PAS kononnya MB terlibat dengan salahlaku urustadbir. Tidak cukup dengan itu, beliau juga menggunakan mahasiswa seperti Syukri Razab dan adiknya pelajar KUIN untuk membangkitkan isu-isu buruk bagi menjatuhkan imej kerajaan negeri. Bukan setakat itu sahaja, malah kebanyakan ulama dan guru-guru agama turut diperdayakan dengan menceritakan hal-hal buruk bagi mencetuskan kebencian terhadap batang tubuh MB.

Tetapi sewaktu pertemuan AJK PAS Pusat bersama Jawatankuasa Perhubungan Negeri, Phahrol Razi hanya membangkitkan isu Ustaz Azizan dikatakan 'cengil' (garang) sahaja, tanpa menyebutkan isu-isu yang dibangkitkan sebelum ini. Selepas Kedah jatuh, semua isu-isu tersebut selesai begitu sahaja seolah-olah puashati kerajaan Kedah kembali ditadbir Umno BN.

Apabila dikaji, perkara ini berlaku selepas MB menolak permohonan hak milik tanah di Sungai Petani oleh tauke-tauke besar cina Pulau Pinang. Tanah yang mereka mohon itu berkeluasan ribuan hektar. Perkara yang sama berlaku kepada Tan Sri Khalid Ibrahim. Selepas Tan Sri menolak permohonan beli tanah Felcra di Rawang, PJ 14 dan lain-lain daripada syarikat proksi yang dibelakangnya adalah Singapura, begitu juga keengganan memberikan 2.5billion saham air Splash kepada PKR dan DAP, maka akibatnya TSKI difitnah oleh media-media pro DAP sehingga membawa kepada beliau dipecat.

Nampaknya Husam Musa juga sedang mengorak langkah jahat untuk menjatuhkan negeri serambi Mekah. Isu-isu yang dibangkitkan banyak berkait dengan isu balak. Menerusi surat terbuka beliau, isu-isu yang ditimbulkan bermula sewaktu beliau menjadi ahli Lembaga Pengarah Balak Negeri. Waktu itu juga, Tok Guru Nik Aziz masih sebagai MB dan Husam masih menjadi orang kepercayaan Tok Guru. Tok Guru hanya kenal Husam sebenar lebih kurang setahun sebelum pemergiannya.

Kenapa Husam menimbulkan semua perkara ini sekarang? Kalau benar ada salahlaku sepatutnya ia mesti diselesaikan sewaktu dia berkuasa?

Kenapa pula mengambil jalan terbuka untuk menegur? Sepatutnya beliau bersemuka dengan pentadbiran negeri. Semua ini jelas mempamerkan niat buruk Husam Musa. Walaupun dalam keadaan tidak sihat, dendamnya masih membara untuk melihat Kelantan tersungkur sebagaimana Kedah.

FB: Anak Muda Benci Politik Hipokrit
 

woksir

Fun Poster
Messages
903
Joined
Jan 22, 2008
Messages
903
Reaction score
0
Points
10
Takpo lah.... kan Husam ni penyelesaian kewangan Kelantan pd masa tu:eek:

...sek2 ulamak ni tahu baco hadis jah.... sapa keno tipu pun OK lagi...

yg penting Bersangka baik:)):)):))
 
Sponsored Post
Top
Log in Register