BTC USD 56,871.4 Gold USD 1,771.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Husam Dakwa Syarikat Swasta Kaut Untung Balak Kelantan

imzza

Active+ Member
Messages
3,911
Joined
Apr 17, 2014
Messages
3,911
Reaction score
37
Points
45
1e9om8k21e.jpg
Ahli Dewan Undangan Negeri Salor Datuk Husam Musa mempersoalkan urus niaga tebangan balak oleh Kompleks Perkayuan Kelantan Berhad (KPK) yang memberi keuntungan sebanyak RM2.7 juta setahun kepada syarikat swasta, Souncern.

Bekas naib presiden PAS itu berkata, amat tidak munasabah apabila syarikat swasta terbabit mendapat keuntungan begitu besar sedangkan KPK sendiri hanya menerima bayaran sebanyak RM1,372.70 dalam tempoh 10 tahun.

Beliau mendakwa, keuntungan bersih yang patut diterima KPK ialah antara RM8 juta dan RM12 juta setahun dengan mengambil kira kawasan penebangan agensi itu yang mempunyai 8 hingga 12 tan balak seekar.

Katanya, jika mengikut harga pasaran, untung bersih bagi setiap tan balak tidak kurang daripada RM500 setan.

"Bagi tempoh 10 tahun (20,000 ekar) keuntungan yang patut dijana adalah antara RM80 juta dan RM 120 juta.

"Sedangkan mengikut kertas cadangan Souncern yang dibentangkan dalam mesyuarat lembaga pengarah KPK pada Disember 2014, bayaran bersih seekar yang akan dibayar kepada KPK hanya RM1,372.70 saja.

"Adakah munasabah kawasan KPK hanya mempunyai kurang 3 tan seekar," soal bekas exco kerajaan negeri Kelantan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Husam berkata, mengikut kertas cadangan Souncern tersebut, syarikat milik Sern Kou Berhad yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur itu mencadangkan KPK memeterai perjanjian untuk tempoh 10 tahun yang melibatkan kawasan 20,000 ekar.

Mengikut perjanjian itu, keuntungan yang dijanjikan bagi tempoh 10 tahun hanya RM27.4 juta.

"Berasaskan perkiraan ini, KPK akan mengalami kerugian keuntungan antara RM52 juta dan RM92 juta bagi tempoh 10 tahun. Ini tidak termasuk 30% keuntungan tambahan yang dijanjikan kerana diragui ia boleh terjadi atau tidak.

"Ini belum mengambil kira kemungkinan pengeluaran sebenar adalah lebih besar, kayu yang dikeluarkan bermutu tinggi dan harga kayu akan meningkat pada masa akan datang," katanya.

Sumber: TheMalaysianInsider
 
Sponsored Post

d_conan

CG Top Poster Club
Messages
24,174
Joined
Aug 24, 2011
Messages
24,174
Reaction score
866
Points
161
dan2 terlondeh habis.. wakakaka
 

anjetagren

Active Member
Messages
1,139
Joined
Dec 16, 2008
Messages
1,139
Reaction score
30
Points
30
lebai mana pandai berniaga...
asyik kena tipu jer...
jadilah lebai malang....
Cina gak pandai...
Melayu dr zaman ke zaman asyik kena tipu jer...
nak berniaga x pandai juallah kwsn balak, tanah ke Cina, dpt untung 1 juta pun syukurlah, tokey Cina dpt RM100 juta...haha
 

amins33

Super Active Member
Messages
5,481
Joined
Sep 8, 2008
Messages
5,481
Reaction score
5
Points
65
mane hilang duit tu sume?

kalau mcm ni,baik pajak tanah,dpt duit letak kt asb or tabung haji

lg untung maa
 

myroadtax.com

CG Top Poster Club
Messages
25,909
Paid Membership
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,909
Reaction score
585
Points
161
Kelantan banyak balak rupanya. Tetapi kalau yang mentadbir tak pandai bab perniagaan habis tergadai juga semua hasil bumi.

Takkan tak buat audit syarikat swasta tu?
 

papayaomela

Super Active Member
Messages
6,287
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,287
Reaction score
33
Points
70
Mungkin ini antara sebab Datuk Husam menyokong GHB
 

Lobey

Active+ Member
Messages
4,340
Joined
Feb 25, 2008
Messages
4,340
Reaction score
128
Points
43
walaupun KPK rugi, tapi org org nya poket sendat rasanya.
 

Jejaka Kedekut

Legendary Member
Messages
11,086
Joined
Nov 28, 2007
Messages
11,086
Reaction score
23
Points
115
apa susah.nak pru guna isu hudud.bukan aku tak kenal taktik geng serban.:))
 

kemolok

Super Active Member
Messages
6,131
Joined
Oct 10, 2007
Messages
6,131
Reaction score
25
Points
70
Tunggu nik amar jawab...
 

satsepit

Active+ Member
Messages
3,902
Joined
Dec 29, 2007
Messages
3,902
Reaction score
273
Points
51
Copy and Paste

TAHUKAH!! DATO HUSAM ADALAH IDOLA RAKYAT MALAYSIA?

Surat[2] saya kepada YB Dato Haji Husam Bin Haji Musa.

Assalamualaikum Wr Wb.

YB Dato Haji Husam Bin Haji Musa,
Ahli Dewan Undangan Negeri Salor,
Yang Di-Pertua Pas Kawasan Kubang Kerian.

YB Dato,

BOARD OF DIRECTOR (BOD) PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN (PKINK/SEDC)

Merujuk perkara diatas, YB Dato adalah BOD kepada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (2004-2013). YB Dato menjadi idola rakyat Malaysia dengan pelbagai idea diluar kotak. Sebagai contoh projek Depu(Surat[1]),Tunjong Development, Kambing Jamnapari, penemuan emas dan petroleum, Ekspo Cheng Ho,KGT, dan sebagainya.

YB Dato, disini saya ada [8] kemusykilan terhadap beberapa surat terbuka YB Dato kepada Menteri Besar Kelantan (Pengerusi PKINK sekarang) tentang perkara berbangkit(kes 2008) berkenaan Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) dalam keadaan YB Dato adalah BOD kepada PKINK (2004-2013).

1. Tahukah YB Dato, KPK bernaung dibawah PKINK yang YB Dato sebagai BOD nya?

2. Tahukah YB Dato, semasa YB Dato BOD PKINK lah YB Zulkifli Mamat dilantik pengerusi KPK?

3. Sedarkah YB Dato, Dato Che Abdullah Mat Nawi digugurkan daripada pengerusi PKINK (2007) atas alasan beliau hanya boleh membawa keuntungan kepada syarikat hanya RM2,000,000 (2juta) setahun, sedangkan YB Dato beranggapan keuntungan sepatutnya diperolehi adalah RM23,000,000 (23juta), lalu YB Dato membawa masuk Ramli Musa sebagai pengerusi baru?

4. Sedarkah YB Dato, keuntungan bagi tahun semasa KPK daripada tahun 2004-2013 semasa YB Dato sebagai BOD PKINK (2004-2013)?. Disini saya kepilkan:

Keuntungan bagi tahun semasa KPKSB:

- 2004 : RM 4,105,845
- 2005 : RM 2,819,791
- 2006 : RM 23,435
- 2007 : RM 539,988
- 2008 : RM 206,515
- 2009 : RM 2,063,047
- 2010 : RM 672,212
- 2011 : RM 289,029
- 2012 : RM 1,018,126
- 2013 : RM 1,430,376

5. Lupakah YB Dato, sebagai BOD PKINK (2004-2013) untuk menyemak laporan kewangan tahunan KPK dan dan tahun bilakah dari 2004-2014 berdasarkan laporan tahunan kewangan disebut tahun kegemilangan KPK?

6. YB Dato dimana RM 23,000,000 (23juta) keuntungan yang YB Dato yakinkan itu?

7. Cuba YB Dato senaraikan nama syarikat yang mahu membeli kayu pada harga RM 4,000 - 5,000 se-ekar? Dengan harga kos pengangkutan keluar hutan sebanyak RM 350 bagi satu tan tidak termasuk kos lori ke kilang dan pemprosesan kayu. Kalau ada yang mahu beli pada harga tersebut, sila YB Dato nyatakan syarikat mana?

8. Berkenaan saman 2.3 juta, saya musykil mengapa KPK tidak dapat membuktikan surat atau penjanjian kontra bayaran daripada syarikat MSY Wood Trading & Berjaya Timber Trading terhadap hutang AS Timber Trading. Kenapa YB Dato tidak mengenakan Surcharge keatas pengurusan KPK diatas kecuaian dokumentasi sedangkan kes ini berlaku dari tahun 2008 yang YB Dato sebagai BOD PKINK.

YB Dato:

1. Saya memohon YB Dato menjawab surat[1] berkenaan projek kelantan koridor depu terutama perkara pembelian anak pokok depu dan menjelaskan [8] kemusykilan saya terhadap surat-surat YB Dato.

2. Bilakah zaman kegemilangan KPK berdasarkan laporan kewangan tahunan nya terutama semasa YB Dato sebagai BOD PKINK 2004-2013?

3. Dimana yang YB Dato gembar gemburkan keuntungan 23 juta lalu menyingkirkan Dato Che Abdullah Mat Nawi sebagai pengerusi PKINK?

4. YB Dato, mengapa hari ini( selepas 2013) YB Dato menjadi hero mengemukakan persoalan dan surat terbuka kepada YAB Menteri Besar sedangkan semua perkara yang YB Dato bangkitkan berlaku semasa YB Dato sebagai BOD PKINK dan menjadi tanggungjawab YB Dato untuk selesaikan.

5. YB Dato mesti dedahkan kepada umum berapa kalikah YB Dato hadir mesyuarat BOD PKINK sepanjang 2004-2013 sehingga YB Dato seolah-olah tidak tahu perkara yang berlaku sepanjang masa itu.

6. Inikah idola rakyat malaysia? Saya memohon jawapan di page fb Dato Husam Musa dan menanti siri surat seterusnya.

Rakyat Kelantan,
Pendamba ketelusan,
Peminat ketelusan Dato Husam.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register