Hukuman "sebat" untuk menteri besar ns

CG Sponsors




shane

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,005
Reaction score
208
Points
133
HUKUMAN "SEBAT" UNTUK MENTERI BESAR NS - FAIZ ABDULLAH








Seremban - Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang diketuai oleh penyelarasnya Badrul Hisham Shaharin telah 'menyebat' patung Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohd Hasan; di khalayak ramai di hadapan ibu pejabat KeADILan Negeri Sembilan.

Turut hadir di dalam upacara 'menyebat' patung Mohd Hasan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pemuda KeADILan Negeri Sembilan, Norazizi Abdul Aziz; Pengerusi Parti Sosialis Malaysia, Bahagian Seremban, S.Sivamani dan Timbalan Ketua Pemuda KeADILan, Cabang Rembau, Sani Mohd Shah.

Sebelum upacara 'sebatan' dimulakan, Badrul Hisham mengecam pihak polis diatas kegagalan mereka untuk bertindak dalam tuduhan Mohd Hasan membawa keluar wang sejumlah RM10 juta ke London pada tahun 2008.

Menurut Badrul Hisham didapati maklumat yang menunjukkan Mohamad Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan telah dikaitan dengan Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd (salah satu lesen perniagaan pengurupan wang yang dibatalkan) dalam mengirim sejumlah wang yang bernilai RM10 juta ke London pada tahun 2008.

" Pada 3hb Disember 2008, saya membuat laporan polis di Bahagian Siasatan Jenayah, Bukit Aman.Selepas itu saya telah menghubungi pihak polis sebanyak tiga kali berhubung perkembagan siasatan laporan saya tesebut.

" Namun sehingga ke hari ini pihak polis gagal gagal memberi maklum balas atau mengambil sebarang tindakan berhubung siasatan keatas tuduhan memindahkan wang sejumlah RM10 juta ke London oleh Mohd Hasan", kata Badrul Hisham.

Badrul Hisham, yang juga merupakan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN berkata bahawa upacara sebatan ini adalah sebagai penghantar mesej kepada pihak berkuasa agar segera berubah dalam cara mengendalikan sebarang kes atau isu besar yang membabitkan kepentingan rakyat.Setiap kali wang Negara dihantar keluar Negara secara haram dalam jumlah yang besar, ia melibatkan ekonomi Negara. Melibatkan periuk nasi rakyat. kecuali mereka yang rapat dengan rejim pemerintah.

" Saya mewakili aspirasi anak muda Malaysia amat kesal dengan sikap lepas tangan pihak berkuasa dan diatas nama 'mahkamah rakyat' kami pengistiharkan Mohd Hasan sebagai pengkhianat negara dan seterusnya menjatuhkan hukuman sebatan di khalayak ramai.

" Sebatan ini adalah simbolik sebagai hukuman kepada Mohd Hasan atas tuduhan mengkhianati ekonomi negara dengan memindahkan wang sejumlah RM10 juta ke London pada 2008", tegas Badrul Hisham.

Terlebih dahulu Mohd Taufek yang merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat menjelaskan bahawa beliau bersama-sama dengan delegasi PAS Negeri Sembilan yang diketuai oleh Pesuruhjayanya Zulkefly Mohamad Omar telah menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), cawangan Negeri Sembilan pada 7hb Disember 2008 berhubung tuduhan Mohd Hasan memindahkan wang RM10 juta ke London.

" Walaubagaimanapun sehingga ke hari ini SPRM masih tidak mengambil sebarang tindakan berhubung laporan tuduhan tersebut.

" Kami Adun Pakatan Rakyat juga telah membangkitkan persoalan tuduhan ini di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.Walaubagaimanapun Mohd Hasan enggan menjawab persoalan tersebut.Sebaliknya memberitahu kami, beliau hanya akan menjawab kepada pihak berkuasa", kata Mohd Taufek.

Mohd Taufek berkata trend memindahkan wang ke luar negara dengan jumlah nilai yang besar atau berjuta-juta ini amat membimbangkan.Jika situasi ini tidak dikawal, adalah dibimbangi keutuhan sistem kewangan dan ekonomi negara akan terancam akibat pengaliran keluar mata wang ke negara asing dalam nilai yang amat besar.
sumber

Ingatkan apa tadi, masa mula baca tajuk asal!!!
 
Last edited:
Sponsored Post

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
tak tau pun kes ni. senyap truss
 

shane

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,005
Reaction score
208
Points
133
tak tau pun kes ni. senyap truss
Mungkin sebab bukan Mat Hasan saja, bahkan Rosmah menerima wang di Dubai melalui Money Changer yg sama, begitu juga beberapa VVIP lain melibatkan berjuta2 RM. Money Changer pun dah kena tarik lesen. Tapi mereka yg langgar undang2 pemindahan wang ni belum kena apa2 tindakan...... ada lesen BESAR!!!! :):):)
 

aidil08

Active Member
Joined
Feb 28, 2006
Messages
1,648
Reaction score
5
Points
25
yang buat tak kena
yang suabahat buat yang kena
camne tu?
 

S.Y.E.D

Banned
Joined
Jun 6, 2008
Messages
18,685
Reaction score
588
Points
161
BERAPE USD KENA bayar nih..ekekeke
 

Sue

Active+ Member
Joined
Dec 10, 2007
Messages
2,810
Reaction score
13
Points
25
Pemimpin korup pasti berkurap..........
 

papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,244
Reaction score
26
Points
70
standard polis di Malaysia. Apabila kes melibatkan pemimpin UMNO/BN diperam masuk bawah tilam. kalau kes melibatkan pemimpin dari PR, diwar2kan sampai heboh satu Malaya. Inilah pendakwaan terpilih dari pihak polis dimana dalangnya adalah UMNO. Apa nak jadi Malaysia ni selagi UMNO berkuasa. Marilah kita sama2 rakyat Malaysia yg cintakan keadilan menjatuhkan UMNO dalam PRU akan datang.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register