strom
Legendary Member

- Messages
- 17,846
- Joined
- Jul 18, 2011
- Messages
- 17,846
- Reaction score
- 4,717
- Points
- 191
Riau: Masalah pembakaran terbuka dan jerebu yang melanda sebahagian besar Sumatera disebabkan hukuman terhadap pesalah sangat ringan dan gagal membuat mereka serik.
Ketua Polis Riau Brig Jen Dolly Bambang Hermawan berkata, secara purata denda bagi kesalahan melakukan pembakaran terbuka hanya penjara tiga bulan sehingga lima bulan.
"Pihak mahkamah tidak mengambil kira kebakaran hutan menyebabkan masalah besar.
"Ramai orang sakit dan penerbangan terganggu," katanya kepada media semalam.
Dolly Bambang berkata, mahkamah bukan saja berlembut terhadap kes individu, malah keadaan sama berlaku ke atas syarikat besar.
Antara kes utama, katanya ialah pembakaran terbuka membabitkan syarikat Adei Plantation and Industry.
Bulan lalu Hakim Mahkamah Daerah Pelalawan memutuskan pengurus besar syarikat berkenaan dipenjara setahun dan denda Rp2 juta (RM535) kerana disabitkan kesalahan berkenaan.
Pendakwa mencadangkan kepada hakim supaya tertuduh dipenjara lima tahun. - Agensi
http://www.hmetro.com.my/node/1626