Hukuman Lebih Berat Untuk Pemandu Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah & Melulu

CG Sponsors

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
12,706
Reaction score
2,444
Points
236
24.01.2020 - Kuala Lumpur, Kementerian Pengangkutan sedia mengkaji dan memperketatkan undang-undang berkaitan kesalahan memandu kenderaan dalam keadaan mabuk, kata timbalan menterinya, Kamarudin Jaffar.

Katanya langkah itu dilihat perlu dilakukan berikutan kekerapan berlakunya nahas membabitkan pemandu mabuk sejak kebelakangan ini.

"Secara umumnya, kementerian pasti akan memberi lebih perhatian kepada kelakuan pemandu, melibatkan pemandu mabuk alkohol dan dadah.

"... dan kita sedia pertimbangkan untuk mengkaji semula undang-undang membabitkan pemandu ini, dan isu ini telah banyak dibangkitkan (oleh pelbagai pihak)," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa kemalangan di Jalan Kebun pagi semalam, Muhammad Anas Mokti.

Muhammad Anas sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Kelang. Dia mengalami kecederaan parah selepas motosikal Honda EX5, yang dinaiki bersama rakannya, Muhammad Hazid Mohd Kamil, terbabas ke dalam longkang, apabila dirempuh dari arah hadapan oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Kedua-dua mereka berusia 27 tahun.

Turut dirempuh kenderaan sama pada kejadian 7.20 pagi itu, seorang lagi penunggang motosikal Muhammad Zulfakkar Borhan, 29, yang meninggal dunia di tempat kejadian.

Mengulas lanjut mengenai nahas itu, Kamaruddin berkata pihaknya memandang serius kejadian berkenaan dan tindakan sewajarnya akan dikenakan ke atas pemandu tersebut.

"Untuk kes ini, tidak wujud isu pemandu mabuk kerana saringan awal polis menunjukkan kandungan alkohol pemandu itu berada pada tahap terkawal.

"(Namun) Apa yang boleh kita katakan, pemandu ini memandu dalam keadaan berbahaya dan kita akan memastikan bahawa (kes) pelanggaran seperti ini, diberi perhatian serius supaya dapat memberi pengajaran serta amaran kepada semua pengguna, agar lebih berhati-hati dan berdisplin ketika di jalan raya," katanya.

Sementara itu, Kamarudin berkata HTAR turut memberi jaminan akan memberikan rawatan sewajarnya kepada Muhammad Anas yang kini stabil, walaupun patah tulang pinggul dan peha kanan akibat kemalangan tersebut.

Kakak Muhammad Anas, Latifah Mokti, 49, yang ditemui pemberita kemudiannya berkata, beliau terkejut apabila dimaklumkan kejadian yang menimpa adik bongsunya itu.

Katanya Muhammad Anas dan dua lagi mangsa merupakan rakan sekerja dan sentiasa ke tempat kerja - di sebuah kilang dekat Kelang - bersama-sama menaiki motosikal.

"Kawan Anas (Muhammad Anas) menelefon saya kira-kira pukul 8 pagi dan beritahu yang Anas kemalangan. Saya yang ketika itu berada di rumah terkejut mendengar berita tersebut dan bergegas ke HTAR...sepanjang lima tahun Anas membonceng motosikal ditunggang Hazid (Muhammad Hazid) untuk ke kilang (tempat kerja), ini kali pertama mereka kemalangan.

"Bagaimanapun kami sekeluarga bersyukur kerana Anas yang merupakan anak bongsu dari enam beradik ini terselamat," katanya.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/508342
 
Hukuman Lebih Berat Untuk Pemandu Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

29.01.2020 - Putrajaya, Kabinet pada Rabu bersetuju untuk meminda undang-undang bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah; serta pemandu yang memandu secara berbahaya hingga mengakibatkan maut.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata tiga seksyen di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu Seksyen 41, 44 dan 45 akan dikaji semula bagi memperketatkan undang-undang sedia ada dengan hukuman yang lebih berat.

Loke berkata kementeriannya akan memulakan perbincangan dengan pihak berkepentingan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Peguam Negara dan agensi berkaitan untuk membolehkan pindaan itu dibawa ke Parlimen seawal Julai.

Mengenai Seksyen 45 berhubung kepekatan alkohol pemandu yang dicadangkan dipinda, Loke berkata undang-undang di Malaysia buat masa ini mengenakan had alkohol pemandu 80 miligram alkohol bagi setiap 100 mililiter darah berbanding piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50 miligram alkohol bagi setiap 100 mililiter darah.

"Peruntukan sekarang ini kurang ketat berbanding piawaian antarabangsa, WHO," katanya dalam sidang media pasca Kabinet di kementeriannya di sini pada Rabu.

Turut akan dipinda ialah Seksyen 41 mengenai pemanduan secara melulu dan berbahaya sehingga mengakibatkan kematian yang kini sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun; dan denda minimum RM5,000 dan maksimum RM20,000.

Pindaan Seksyen 44 pula mengenai pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk dan pengaruh dadah yang kini jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang tiga tahun atau tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak kurang RM8,000 dan tidak melebihi RM20,000.

Mengulas cadangan kerajaan Taiwan untuk mengenakan hukuman mati ke atas pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan maut, Loke berkata Malaysia tidak perlu mengikut undang-undang negara lain.

"Kita ada undang-undang sendiri, tidak semestinya perlu ikut undang-undang negara lain.

"Itu yang kita akan bincang berdasarkan piawaian antarabangsa dan hukuman yang lebih berat dan ketat akan dikenakan tapi apakah jenis hukuman itu, perlu kita dapatkan dahulu input daripada pelbagai pihak," katanya.

Berita asal http://www.astroawani.com/berita-malaysia/hukuman-lebih-berat-untuk-pemandu-bawah-pengaruh-alkohol-dadah-229324

Kerajaan Setuju Secara Prinsip Pinda Undang - Undang Berkaitan Pemandu Mabuk

29.01.2020 - Kuala Lumpur, Kerajaan bersetuju secara berprinsip untuk meminda undang-undang sedia ada berkenaan pemanduan di bawah pengaruh alkohol dan dadah, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Loke berkata persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat kabinet hari ini.

"Undang-undang ini akan kita lihat kembali untuk ketatkan. Kita akan bincang dengan pihak berkepentingan dan pihak berkuasa yang terlibat.

"Perbincangan akan mengambil masa beberapa bulan dan kita jangka akan dapat bawa pindaan untuk ketatkan undang-undang (pemanduan) di bawah pengaruh alkohol dan dadah ini ketika sidang Parlimen pada Jun atau Julai (tahun ini)," katanya ketika sidang media di Kementerian Pengangkutan di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata antara peruntukan yang bakal dikaji semula ialah Seksyen 41, 44 dan 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Seksyen 41 adalah berkaitan kesalahan menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.

Seksyen 44 dan 45 pula antara lain berkenaan memandu di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah, sehingga menyebabkan kematian atau kecederaan.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/508813

CORETAN PEGUAM

Saya tertarik untuk membuat coretan mengenai kes kes pemandu mabuk yang terlibat di dalam kemalangan yang sering dipaparkan di media sosial.

Apabila satu pihak yang dikaitkan dengan bangsa terbabit di dalam kemalangan maka akan ada di antara komen komen awal netizen menyatakan pemandu mabuk.

Mungkin betul dan mungkin salah komen berkenaan.

Di dalam akta jelas disebut bahawa cara menentukan seseorang itu mabuk adalah melalui penggunaan alatan dan instrumen bagi mendapatkan nafas, darah atau air kencingnya.

Keedah kaedah ini tentu sekali perlu dibuat dan diawasi oleh pakar pakar seperti pegawai polis atau doktor.

Air kencing dan darah perlu di hantar ke Jabatan Kimia bagi mengesahkan kandungan alkohol di dalam darah atau air kencing pemandu.

Mana mungkin dengan melihat satu pihak telah melanggar satu pihak lain, netizen yang tidak berada di tempat kejadian dan jika ada sekalipun, tanpa menggunakan peralatan dan instrumen yang betul, terus boleh membuat kesimpulan bahawa pemandu telah memandu dalam keadaan mabuk.

Mengikut undang undang, pemandu perlu dibawa ke balai polis atau hospital bagi tujuan membuat ujian nafas, darah atau air kencing dan bukan ditentukan oleh netizen di tempat kemalangan.

Pengalaman saya di mahkamah menyatakan bahawa banyak sebab pemandu gagal mengawal kenderaan antaranya mengantuk, micro sleep, blackout, memandu terlalu laju atau sebab lain yang bukan hanya kerana mabuk atau di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

Bagi saya adalah tidak bijak untuk kita terus membuat kesimpulan tanpa kita berpeluang mendapatkan hasil ujian nafas, darah atau air kencing dan mengutuk pihak berkenaan secara ‘berjemaah’ atau berkumpulan.

Mengenai hukuman ke atas pesalah yang mabuk, saya terangkan di bawah.

Jika hukuman ini kurang sesuai atau terlalu ringgan, maklum dan adulah kepada ahli parlimen masing masing kerana mereka mampu untuk bertindak dan meminda undang undang yang sedia ada.

Tidak perlu membuat komen melampau di laman sosial sedangkan ruang dan peluang telah ada untuk netizen memberi pandangan. Tidak salah untuk netizen membuat petisyen jika perlu.

Akta Pengangkutan Jalan 1987

Memandu semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah

44. (1) Mana-mana orang yang, semasa memandu sesuatu kenderaan motor di jalan atau tempat awam lain:

(a) berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah, setakat yang menyebabkan tidak berdaya mengawal kenderaan itu dengan sepatutnya; atau

(b) mempunyai sebegitu banyak alkohol dalam badannya sehingga kadar alkohol di dalam nafas, darah atau air kencingnya melebihi had yang ditetapkan,

dan menyebabkan kematian atau kecederaan kepada mana-mana orang melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, hendaklah dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada (3) tiga tahun dan tidak lebih daripada (10) sepuluh tahun dan didenda tidak kurang daripada (8) lapan ribu ringgit dan tidak lebih daripada (20) dua puluh ribu ringgit.

Sekian.

Bila Menteri Kesihatan kata dia tak ada kuasa untuk kawal pemandu mabuk. Betul lah tu. Sebab tu tugas JPJ melalui Kementerian Pengangkutan. Sebab tu Menteri Pengangkutan kata akan kaji akta sedia ada. Yelah, kau ingat buat akta ni semalaman? Kena bawak ke Parlimen dulu. Undi cukup 3 kali bahas baru boleh jadi akta. Sebab akta ni untuk pinda hukuman. Bukan peraturan macam Child Seat, seatbelt tu semua peraturan yang hanya kuar saman.

Harini, Menteri Pelancongan kata Jangan Diskriminasi Pelancong China. Betul lah, tak kan sebagai Menteri Pelancongan kau nak kata jangan layan pelancong China. China tu pulak besar. Menteri Pelancongan tak ada kuasa pun nak sekat ke kawal orang. Ko bayangkan Menteri Pelancongan kata suruh boikot pelancong China. Ko nak mampos effect dia cemana? Menteri Kesihatan pulak? Buat operasi kat airport dan pintu masuk, tempatkan pegawai dan sistem kesan haba badan apa semua tu. Itu tugas dia. Siapa patut buat kawalan, Menteri Dalam.Negeri. sebab tu Menteri KDN tunggu nasihat dari Menteri Kesihatan macam mana nak buat.Adakah dah sampai tahap tutup pintu masuk? Itu yang sekarang Menteri Kesihatan sedang berbincang dengan KDN situasi sekarang.

Itu lah prosedurnya. Bukan sembrono. Itulah fungsi Kabinet.

Facebook.

Pemuda Bersatu Sokong Kaji Hukuman Lebih Tegas Memandu Mabuk

25.01.2020 - Kuala Lumpur, Pemuda Bersatu (Armada) menyokong rancangan Kementerian Pengangkutan untuk mengkaji semula undang-undang mengenai kesalahan memandu dalam keadaan mabuk.

Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata isu itu bukan berkaitan agama atau bangsa, tetapi soal keselamatan dan kedaulatan undang-undang.

"Kesalahan anda (memandu dalam keadaan mabuk) boleh menyebabkan kematian. Nyawa yang tak bersalah hilang kerana kesilapan bodoh seperti ini," katanya dalam kenyataan di Facebook.

Khamis lalu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata undang-undang mengenai kesalahan memandu dalam keadaan mabuk akan dikaji semula dan dibangkitkan dalam kabinet minggu depan.

Ia susulan kemalangan yang melibatkan pemandu mabuk awal hari itu, yang membunuh seorang penunggang motosikal dan mencederakan dua yang lain.

Pada masa ini memandu mabuk boleh dihukum mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan, yang membawa hukuman penjara antara tiga hingga sepuluh tahun, dan denda antara RM8,000 dan RM20,000.

Individu yang dalam keadaan mabuk yang tidak memandu namun berada di tempat duduk pemandu kenderaan juga boleh dikenakan denda mengikut Seksyen 45 Akta yang sama, dengan denda sehingga RM1,000 dan sehingga penjara tiga bulan untuk kesalahan pertama.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/508406

Polis Juga Gesa Hukuman Lebih Berat Berkaitan Pemandu Mabuk

25.01.2020 - Kuala Lumpur, Hukuman lebih berat perlu dikenakan kepada mana-mana individu yang didapati memandu di bawah pengaruh alkohol, kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Azisman Alias.

Azisman berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan perbincangan berhubung perkara itu dengan Kementerian Pengangkutan serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam masa terdekat.

“Perbincangan dari sudut perundangan akan dibuat dan saya percaya masyarakat juga mengalu-alukan perkara ini,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman semalam ketika mengulas tentang peningkatan kes kemalangan maut melibatkan individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol.

Mengikut undang-undang sedia ada individu yang memandu dalam keadaan mabuk boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 45A (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan.

Bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian pula, pesalah boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 43, Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 dan penjara tidak lebih 12 bulan.

Azisman berkata polis sentiasa memantau tentang perkara itu kerana ia bukan sahaja membahayakan nyawa pemandu itu sendiri tetapi juga pengguna jalan raya yang lain.

Sementara itu, Skuad 42 dari Unit Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di seluruh kontinjen akan melaksanakan operasi besar-besaran bagi membanteras aktiviti samseng jalanan atau ‘Mat Rempit’.

“Untuk menangani samseng jalanan ini, kita akan dakwa mereka di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman lebih berat iaitu penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun serta didenda maksimum sehingga RM15,000,” katanya.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/508375

Peruntukan Undang - Undang Memandu Di Bawah Pengaruh Alkohol Mungkin Di Kaji Semula

25.01.2020 - Kuala Lumpur, Kemarahan masyarakat terhadap kes kemalangan yang disebabkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol kian membara sejak kebelakangan ini. Apatah lagi sejak kebelakangan ini, media massa kerap melaporkan kes kemalangan angkara pemandu mabuk.

Antara terbaru, seorang penunggang motosikal maut akibat dilanggar oleh pemandu pikap trak yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol. Kejadian tersebut berlaku kelmarin di Klang, Selangor, turut mendapat perhatian Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Menerusi entri terbaharunya dalam laman Facebook rasminya, Loke berkata, Kementerian Pengangkutan memandang serius kejadian kemalangan yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol.

“Proses untuk mengkaji semula peruntukan undang-undang sedia ada berkenaan kesalahan tersebut akan dibincangkan minggu depan. Kajian semula undang-undang berkenaan perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat pasca Kabinet Kementerian Pengangkutan nanti,” ujar Loke.

Pada ketika ini, Seksyen 41 Akta 333 telah memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang telah didapati bersalah menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau merbahaya hendaklah dihukum penjara untuk tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun dan dikenakan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM20,000.

Malah mereka yang disabitkan di bawah Seksyen 41 juga akan hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tempoh tidak kurang tiga tahun dan lima tahun bagi Seksyen 44.

Di bawah peruntukan Seksyen 44, mana-mana orang yang menyebabkan kematian atau kecederaan akibat berada di bawah pengaruh alkohol, apabila disabitkan, hendaklah dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada tiga tahun dan tidak lebih 10 tahun, dan denda tidak kurang RM8,000 dan tidak lebih RM20,000. Selain itu, lesen memandu pesalah dan yang sedang dalam proses pertuduhan juga, akan digantung berkuatkuasa dari tarikh pertuduhan dibacakan pertama kali.

Pada Mac 2019, isu ini juga pernah diperhujahkan di Dewan Rakyat, di mana Loke sendiri berkata, kementeriannya akan meneliti dan mengkaji cadangan untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 sedia ada. Tambah beliau lagi, langkah itu selaras cadangan meningkatkan hukuman terhadap pesalah jalan raya sehingga menyebabkan kematian, terutamanya yang memandu di bawah pengaruh alkohol. Walau bagaimana pun, sudah hampir setahun, masih tiada kata putus mengenainya.

Sumber asal https://paultan.org/2020/01/24/kerajaan-pandang-serius-kemalangan-pemandu-mabuk/

Sponsored Post

cari_makan

Active+ Member
Joined
Sep 27, 2006
Messages
4,155
Reaction score
61
Points
30
haram jer terus arak ni. Errmm ada mana2 agama yg dlm kitab mereka membenarkan or menggalakkan minum arak tak?
Jika ada agama apa?
Harap bukan muslim boleh tolong jawab mengikut agama masing2.
 
syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
9,309
Reaction score
2,046
Points
141
Kena ketatkan....wajib....arak ni lebih kepada mudharat....bukannya kita racist, ni bukan isu apa2....tapi mmg kita semua tahu arak ni lebih kepada mudharat.... Xde faedah pn arak ni...
 
Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
12,706
Reaction score
2,444
Points
236
haram jer terus arak ni. Errmm ada mana2 agama yg dlm kitab mereka membenarkan or menggalakkan minum arak tak?
Jika ada agama apa?
Harap bukan muslim boleh tolong jawab mengikut agama masing2.
dah banyak kali saya jawab soalan2 camgini, nanti cari la dalam CG :D .. memang mana2 agama tidak galakkan dan haramkan arak, tapi ada kategori bangsa yang mahu minum, kategorinya berbeza .. kalau minum tu cari tempat sesuai dan jangan merayau / memandu .. jangan buat hal dengan orang lain, kita bukan duduk sorang dalam Malaysia ..

Kena ketatkan....wajib....arak ni lebih kepada mudharat....bukannya kita racist, ni bukan isu apa2....tapi mmg kita semua tahu arak ni lebih kepada mudharat.... Xde faedah pn arak ni...
betul bro, tinggikan hukuman dari 10thn kepada 20 thn, denda dari 10k kepada 20k dan wajibkan pampasan kepada mangsa / keluarga mangsa jika tidak naikkan lagi tahap hukuman dan gantung lesen lebih 5 tahun, kita tak mahu 1 tahun atau 3 tahun yang ada sekarang .. kalau kes berat, terus buang lesen je, orang macam ni xlayak duduk atas jalan lagi dah .. kalau boleh naikkan harga arak macam kita buat untuk rokok sebelum ni ..

kita harus hormati dan jaga perasaan orang-orang lain dalam negara kita, hanya baru-baru ni kes sebegini meningkat, dulu2 mana ada .. kerajaan nak keuntungan melalui cukai rokok & arak, jadi rakyat pun akan terikut-ikut dengan benda2 murah dalam pasaran, kelekaan penguatkuasa bawa rokok / arak murahan mudaratkan lagi keadaan .. hiburan sebegini bukannya keperluan tapi kehendak, jadi kalau boleh yang minum / merokok tu kurangkanlah (pernah saya nasihat rakan2 saya secara peribadi kat luar) .. saya pun dah menurun benda2 macam ni sebab tumpukan perhatian pada kerja2 yang lebih berfaedah .. dah berusia baru akan teringat, otak muda2 susah nak tegur .. nanti diorang akan lompat balik kat kita

:)
 
pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
7,100
Reaction score
344
Points
81
Kalau ayat baru nak pertimbang, baru nak kaji tu, faham2 saja lah.
Sayang betul pihak berkuasa dengan pemandu mabuk ni ek..
 
kiddd2

CG Top Poster Club
Joined
Jun 7, 2011
Messages
22,363
Reaction score
2,542
Points
191
car seat kejap je kaji..

pemandu mabuk buat2 xnampak je..

ke menteri pon suka mabuk2 sambil drive??
 
syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
9,309
Reaction score
2,046
Points
141
utk muslim mmg kita tahu arak sgt2 dilarang.....utk non-muslim pulak, nk minum tu boleh minum... Bukan tak boleh...cuma peraturan tu kena ketat....minum boleh...tp ikut peraturannya...tempat mcm mana yg boleh...keadaan mcm mana yg dibolehkan...

Peraturan kena ketat...

Arak dadah rokok semua tu utk hilang stress...betul...tp pada masa boleh rosakkan otak..rosakkan kesihatan badan..

Padahal ada cara hilangkan stress yg lain yang lebih selamat...contoh, exercise, jogging, bersukan, main game, karaoke, jalan2 bercuti, jalan2 di taman....sangat banyak cara hilangkan stress dengan cara yang selamat...

Tapi kenapa still pilih cara yang tak sihat?

Tapi apa-apa pun, semuanya terpulang pada masing-masing... ada juga yang minum sebab mmg budaya macam tu...so yang tu terpulanglah....cuma janganlah memudharatkan orang lain...hormati org lain ...
 
Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
12,706
Reaction score
2,444
Points
236
Polis Juga Gesa Hukuman Lebih Berat Berkaitan Pemandu Mabuk

25.01.2020 - Kuala Lumpur, Hukuman lebih berat perlu dikenakan kepada mana-mana individu yang didapati memandu di bawah pengaruh alkohol, kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Azisman Alias.

Azisman berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan perbincangan berhubung perkara itu dengan Kementerian Pengangkutan serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam masa terdekat.

“Perbincangan dari sudut perundangan akan dibuat dan saya percaya masyarakat juga mengalu-alukan perkara ini,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman semalam ketika mengulas tentang peningkatan kes kemalangan maut melibatkan individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol.

Mengikut undang-undang sedia ada individu yang memandu dalam keadaan mabuk boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 45A (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan.

Bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian pula, pesalah boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 43, Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 dan penjara tidak lebih 12 bulan.

Azisman berkata polis sentiasa memantau tentang perkara itu kerana ia bukan sahaja membahayakan nyawa pemandu itu sendiri tetapi juga pengguna jalan raya yang lain.

Sementara itu, Skuad 42 dari Unit Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di seluruh kontinjen akan melaksanakan operasi besar-besaran bagi membanteras aktiviti samseng jalanan atau ‘Mat Rempit’.

“Untuk menangani samseng jalanan ini, kita akan dakwa mereka di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman lebih berat iaitu penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun serta didenda maksimum sehingga RM15,000,” katanya.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/508375
 
notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
7,921
Reaction score
455
Points
96
kita yam seng dulu.. semoga anda menjadi makin bertambah kaya
 
Sponsored Post
Top
Log in Register