Hukuman jel bekas Exco kekal

CG Sponsors




irsaffy

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
Hukuman jel bekas Exco kekal

2010/01/22


PUTRAJAYA: Bekas anggota Exco kerajaan negeri Perak, Datuk Azman Mahalan akan menjalani hukuman penjara dua tahun selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan semula sabitan terhadap satu daripada dua tuduhan rasuah.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Suriyadi Halim Omar, Datuk Hasan Lah dan Datuk Ahmad Maarop membenarkan rayuan pendakwa untuk mensabitkan Azman, 68, yang ketika itu Ketua Umno Bahagian Tapah, atas tuduhan pertama memberi suapan RM2,000 kepada seorang kontraktor, Mohd Kamal Rabaii.

Suapan itu sebagai dorongan tidak menerima tawaran penyelesaian daripada Pazli Abdullah Sani supaya, Pazli yang ketika itu Ketua Pemuda Umno Bahagian Tapah, kekal muflis dan tidak layak bertanding menentang Azman bagi jawatan Ketua Umno Bahagian Tapah pada 22 April 2001.

Dia melakukan kesalahan itu di rumahnya di No 29, Jalan Lengkok Pasar, Rapat Setia, Ipoh, antara jam 6 petang dan 7 malam, 6 April 2001. Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi membebas dan melepaskan Azman atas tuduhan kedua memberi rasuah RM5,000 kepada Mohd Kamal untuk tujuan sama di tempat yang sama antara jam 8.30 malam dan 11 malam, 9 April, 2001. - Bernama
 
Top
Log in Register