BTC USD 28,040.0 Gold USD 1,981.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hukum Sijil Simpanan Premium

anida80

Active+ Member
Messages
2,936
Joined
May 1, 2008
Messages
2,936
Reaction score
9
Points
25
Bentuknya: Seseorang membeli sijil berkenaan dalam harga tertentu (contoh
RM 100), kemudian dalam tempoh tertentu akan diadakan cabutan bertuah.
Sesiapa yang memenanginya akan menerima hadiah tertentu. Di samping
mendapat hadiah, dia juga tidak kehilangan duit yang simpan melalui
pembelian sijil. Jika dia tidak memenangi hadiah cabutan, dia akan mendapat
semula duit berkenaan tanpa lebih atau kurang.

Menurut fatwa Hai'ah Kibarul Ulamak Arab Saudi yang dinukilkan oleh majalah
al-Furqan, bahawa cabutan hadiah untuk sijil yang dikeluarkan oleh bank
adalah haram hukumnya. (Majalah al-Furqan, bil. 121, tahun 12, Muharam
1421-May 2000, hal. 14)

Fatwa ini berdasarkan kepada satu soalan yang terjemahannya adalah sebagai
berikut:
"Di tempat kami di Kuwait ini telah begitu berleluasa satu sistem di mana
ada bank-bank berasaskan riba menjual sijil dan ada cabutan bertuah. Di
mana harga sijil berkenaan sebagai contoh 50 Dinar. Sebahagiannya ada yang
membeli satu sijil sahaja atau ada yang membelinya hingga 10. Pada setiap
bulan terdapat satu cabutan bertuah ke atas sijil berkenaan. Siapa yang
menang akan mendapat hadiah berjumlah $1000 atau $100,000 atau $1,000,000.
Perlu diketahui bahawa selepas cabutan bertuah sijil ini akan dikembalikan
dengan jumlah wang asalnya."


Fatwa berkenaan menyatakan bahawa ia adalah haram, kerana sistem yang
diamalkan berbentuk perjudian / `yanasib'.


Menurutnya lagi, bentuk perjudian berkembang dari masa ke semasa. Akan
datang, akan muncul pula satu bentuk perjudian baru yang lain yang tiada
sebelum ini.


Fatwa ini juga memberi garis panduan untuk mengetahui secara mudah bentuk
perjudian. Katanya:
"...tetapi neraca untuk mengetahui bahawa sesuatu itu adalah judi ialah
dengan anda bertanya diri anda ketika cabutan hendak dibuat. Apakah anda
ada mengeluarkan apa-apa wang untuk tujuan berkenaan? Atau anda tidak
mengeluarkan sesen pun?"


Ini bermakna jika kita ada mengeluarkan wang untuk tujuan satu-satu
cabutan, bermakna itu adalah bentuk perjudian.


Fatwa berkenaan membuat satu andaian:
"Mungkin ada orang berkata: Demi Allah saya tidak mengeluarkan sesenpun
untuk cabutan berkenaan. Sijil ini yang berharga 50 Dinar akan dikembalikan
kepada saya sepenuhnya.


Kita jawab: Tidak, anda ada mengeluarkan wang sebanyak 50 Dinar untuk
tujuan cabutan berkenaan. Ia berkembang untuk kepentingan (keuntungan)
pemegangnya."


Ini bermakna, kita memang ada mengeluarkan wang untuk tujuan cabutan itu,
sekalipun ia dikembalikan sepenuhnya. Ketika cabutan dibuat wang berkenaan
tidak ada di dalam tangan kita, tetapi berada di tangan org (bank) yg
menganjurkan cabutan. Wang berkenaan berkembang (riba). Ia adalah untuk
kepentingan(keuntungan) bank berkenaan.


Apakah boleh kita diterima masuk untuk cabutan berkenaan jika kita tidak
memberikan wang kepada bank penganjur? Sudah tentu tidak boleh.


Manakala fatwa dari Lujnah al-Ifta' untuk Jam'iyah Ihya' al-Turath
al-Islami memberikan jawapan yang sama terhadap permasalahan sijil simpanan
ini. Hukumnya adalah haram kerana ia adalah salah satu bentuk perjudian.
Fatwa ini terdapat di dalam majalah yang sama. (Majalah al-Furqan, bil.
121, tahun 12, Muharam 1421-May 2000, hal. 14)


Fatwa ini menyatakan dua faktor mengapa ia diharamkan:
1. Menyimpan harta/wang di dalam bank riba. Ia adalah diharamkan kerana
dianggap sebagai membantu atas perkara maksiat. Riba adalah salah satu dari
dosa-dosa besar. Dalilnya ialah surah al-Baqarah: 278-279, al-Ma'idah: 3.
Juga hadis nabi riwayat Muslim yang menyatakan ALlah melaknat pemakan riba,
wakilnya, dua saksinya dan penulisnya.


2. Sistem ini termasuk di dalam bentuk perjudian dan mengadu nasib yang
diharamkan. Dalilnya, al-Ma'idah: 90-91.


Dari sudut lain pula dapat kita lihat terdapat unsur kemudaratan di
dalamnya. Kerana orang yang membeli sijil berkenaan tidak tahu apakah dia
dapat kembali wang berkenaan bersama faedah dan ganjaran yang besar ataupun tidak memperolei apa-apapun. Bank riba yang menyimpan wang kita itu
mendapat keuntungan. Adakalanya ganjaran diberikan kepada penyimpan dalam
bentuk riba, dan adakalanya ia diberi dalam bentuk hadiah yang besar.
Hadiah ini pula tidak semua org
memperolehinya. Bila seorang dua yang dapat, maka yg lain terhalang dari
menikmati keuntungan bank berkenaan.
 
Sponsored Post

anida80

Active+ Member
Messages
2,936
Joined
May 1, 2008
Messages
2,936
Reaction score
9
Points
25
daripada www.zaharuddin.net

Assalamualaikum,


Saya ingin bertanya pendapat saudara tentang Sijil Simpanan Premium BSN sama ada harus menyimpan di dalamnya dan juga bagaimana dividen tahunannya sama ada harus digunakan.


Terima kasih atas nasihat saudara.


JAWAPAN

wa'alaikumussalam,


Secara mudahnya, untuk saya membri sebarang komen, terlebih baik kita dapat memahami adakah BSN itu sendiri sebuah Bank Islam? dan adakah program sijil simpanan ini bertaut di bawah skim pelaburan Islam atau tidak?


Jika tidak ( pelaburan skim itu tidak dijalankan secara Islam, maka sudah tentu tanpa perlu berbincang panjang lagi berkenaan teori dan cara pelaksanaan sijil ini dan hadiahnya) ; maka hukumnya tentunya Haram sebagaimana ia pelaburannya.


JIka ia adalah pelaburan Islam, maka barulah releven perbincangan tentang samada terdapat unsur judi atau tidak di dalam skim dan cabutannya itu.


bagaimanapun, setelah merujuk di web BSN saya dapati mereka menyebut dgn jelas bahawa sandaran SSP adalah sebuah produk berasaskan prinsip islam bai' inah


ia seperti berikut ( petikan dari bsn web site):-


2 produk utama Sijil Simpanan Premium adalah:-
1. Skim Pembiayaan Peribadi-i: Sandaran SSP
2. Baucer Cenderahati Sijil Simpanan Premium

SKIM PEMBIAYAAN PERIBADI-i: SANDARAN SSP


Bagi pemilik Sijil Simpanan Premium yang berkelayakan, menerusi skim ini anda bukan sahaja masih layak menyertai cabutan SSP yang menawarkan hadiah-hadiah menarik malah anda juga boleh menikmati lebihan tunai di tangan.


Cara Bayaran
Arahan Tetap mana-mana akaun BSN; atau
Bayaran tunai/cek di kaunter BSN.

Kadar Keuntungan (asas tetap) dan Tempoh Bayaran
4.00% bagi tempoh 3 - 10 tahun.

Syarat Kelayakan
Warganegara Malaysia.
Berumur antara 18 - 62 tahun (tidak melebihi 65 tahun semasa pembiayaan tamat)
Pemilik Sijil Simpanan Premium (SSP).

Had Pembiayaan
Sehingga 95% dari nilai sijil.
Minimum pembiayaan RM 5,000;
RM 5,000 sehingga RM 20,000 bagi tempoh pembiayaan 3 - 5 tahun; atau
RM 20,500 dan ke atas bagi tempoh pembiayaan 3 - 10 tahun.

Penjamin
Tanpa penjamin.
Jaminan - cagaran Sijil Simpanan Premium.

Dokumen Diperlukan
Salinan Kad Pengenalan;
Sijil asal SSP beserta salinan; dan
Salinan mana-mana akaun BSN (jika berkenaan).


NOTA: Tertakluk kepada syarat dan terma semasa.


Faktor Ansuran Bulanan Pembiayaan Peribadi-i: Sandaran SSP


Tempoh Pembiayaan Kadar Keuntungan

( tahun ) 4.00%



3 - 31.1111

4 - 24.1667

5 - 20.0000

6 - 17.2222

7 - 15.2381

8 - 13.7500

9 - 12.5926

10 - 11.6667



* (Jadual sebagai rujukan)


Contoh Cara Pengiraan:-

Pembiayaan : RM 25,000.00

Tempoh : 6 tahun


Berdasarkan faktor = 17.2222


Oleh itu ansuran bulanan adalah

Faktor X setiap RM 1,000

= 17 X 25

= 430.555

= RM 431 sebulan (anggaran sahaja)


Tamat petikan


Bagaimanapun, saya tidak pasti bagaimana mereka boleh menjadikan produk ini sebagai sandaran. Maklumat yang disertakandi dalam web adalah tidak mencukupi. Adakah ianya bermaskud semua keseluruhan simpanan pelanggan yang terkumpul akan di gunakan untuk kelangsungan produk ini sebagai pelaburan ?. Jika ia benar, maka skim ini telah berjaya melepasi satu level shariah screening. dan ia boleh diterima Shariah di peringkat ini.


Peringkat kedua yang perlu disemak sesudah itu adalah.. unsur perjudian ..bagaimanapun, saya tidak dapat untuk mengkajinya kerana saya masih tidak berpuas hati dengan tahap pertama yang masih kabur.


Justeru, hasil yang mampu saya kongsikan di peringkat ini adalah ianya syubhah.


Oleh kerana itu, saya tidak akan sesekali menyarankan sesiapa jua untuk terlibat dengannya. Bagaimanapun sesiapa yang ingin terlibat, saya juga tiada banyak komen krn kekurangan info menghalang saya dari membuat keputusan pasti.


sila layari web saya di http://www.zaharuddin.com/ untuk pelbagai info lain.


sekian


ust zaharuddin
 
Last edited:

anida80

Active+ Member
Messages
2,936
Joined
May 1, 2008
Messages
2,936
Reaction score
9
Points
25
Keputusan Majlis Fatwa boleh diperolehi di http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=152

SIJIL SIMPANAN PREMIUM (SSP)

Dengan hormatnya kami merujuk kepada e-mel tuan bertarikh 03 April 2007 berhubung dengan perkara di atas.

Bank Simpanan Nasional (BSN) mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan tuan berhubung dengan perkara ini. Untuk makluman tuan, Mesyuarat Kajian Syariah, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri yang diadakan pada 09 Oktober 1991 telah mengambil keputusan SSP sebagai berikut :

" Bahawa Sijil Simpanan Premium yang dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional adalah harus menurut Syarak"

Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 03-21425258 ataupun melayari laman web kami di www.bsn.com.my sekiranya tuan memerlukan sebarang maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.

Dengan hormatnya,
BANK SIMPANAN NASIONAL


SYED JAMALUDIN SYED JAAFAR
Ketua Bahagian Khidmat Pelanggan
Jabatan Perbankan Cawangan
 
Sponsored Post

Top
Log in Register