Hukum pemimpin Islam merasmikan pecah tanah bina kuil dan bantuan bina berhala

CG Sponsors




Tamindari

Active Member
Joined
Nov 17, 2009
Messages
2,075
Reaction score
87
Points
30
Hai orang-orang beriman janganlah kamu jadikan bapa-bapa dan saudara-saudaramu pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan pemimpin pemimpinmu, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. Surah At taubah ayat 23

Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali. surah Ali Imran ayat 28

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. surah Al Baqarah 120.

Surah An Nur

55. Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.

Beribu-ribu tahun sejak dari zaman nabi Adam sehingga nabi Muhammad tidak mengunakan sistem demokrasi.

sahabat2 nabi Muhammad s.a.w juga tidak mengunakan pilihanraya sistem demokrasi cuma meminta pandangan manakala keputusan dibuat tidak terikat mejoriti atau minoriti. boleh ikut mejoriti dan juga boleh sebaliknya pendangan minoriti. Bagi orang beriman jika cadangan ditolak ucap Alhamdulillah. jika cadangan diterima diterima ucap 'Astakfirlah' dikhuatiri cadangan yg diberikan mendatangkan mudaharat.

sistem pemerintahan beraja telah lama digunakan seperti firaun, namrud dan raja2 yg kita lihat sehingga ke hari ini. jika raja seorang yg adil maka rakyat beruntung tetapi jika zalim maka rakyat sengsara dan sukar untuk mengantikan raja malahan hanya keturunan sahaja yg akan menaiki taktha. jika kebetulan penganti elok tak apa juga tetapi jika sebaliknya rugilah rakyat.

sistem komunis, ditektor juga digunakan dibeberapa negara. sistem ini ditentukan dikalangan orang dalam sahaja manakala rakyat tidak berpeluang membuat pilihan. sistem ini dari segi ideologi banyak bertentangan dengan akidah Islam namun banyak nagera-negara mencapai kemajuan kebendaan seperti rusia suatu ketika dahulu, china, korea utara dan lain-lain.

suatu hari nanti akan muncul imam mahadi dan nabi Isa tentunya mereka dipilih bukan melalui sistem demokrasi.

sehinggalah abad 1900 baru bermula sistem demokrasi yang diperkenalkan oleh barat yang mana suara ramai adalah penentu pemilihan ketua. jika suara ramai pilih A maka A lah yg menang walupun si A bertentangan dengan Allah dan rasul.

demokrasi juga telah menunjukkan beberapa negara telah membangun dari segi fizikal seperti usa, england, japun, malaysia dan banyak lagi tetapi tidak sesuai memajukan akidah.tolaransi berlebihan berlaku disebabkan mahu memancing undi sudah tidak mengenal betul atau salah di sisi Allah dan Rasul.

sistem khalifah digunakan oleh kebanyakkan Nabi dan Rasul serta diikuti oleh para sahabat-sahabat. Asas perinsip sistem ini adalah takwa bukan mejoriti atau minoriti asalkan takwa walaupun minoriti maka dia dipilih dan diangkat.

Di antara sistem-sistem pemerintahan yang diamalkan sesebuah negara di antaranya adalah:

1. Sistem khalifah
2. sistem monarki
3. sistem kominis
4. sistem demokrasi

kalau ada lagi sistem yang lain sila maklumkan
 
Last edited:
Sponsored Post

Tamindari

Active Member
Joined
Nov 17, 2009
Messages
2,075
Reaction score
87
Points
30
Surah Anbiya:

52 Ketika dia berkata kepada bapanya dan kaumnya: Apakah hakikatnya patung-patung ini yang kamu bersungguh-sungguh memujanya?

53 Mereka menjawab: Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya.

54 Dia berkata: Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata.

55 Mereka bertanya: Adakah engkau membawa kepada kami sesuatu yang benar (sebagai seorang Rasul) atau engkau dari orang-orang yang bermain-main sahaja?

56 Dia menjawab: (Bukan bermain-main) bahkan (untuk menegaskan bahawa) Tuhan kamu ialah Tuhan yang mentadbirkan langit dan bumi, Dialah yang menciptanya dan aku adalah dari orang-orang yang boleh memberi keterangan mengesahkan yang demikian itu.

57 Dan demi Allah, aku akan jalankan rancangan terhadap berhala-berhala kamu, sesudah kamu pergi meninggalkan (rumah berhala ini).

58 Lalu dia memecahkan semuanya berketul-ketul, kecuali sebuah berhala mereka yang besar (dibiarkannya), supaya mereka kembali kepadanya.

59 (Setelah melihat kejadian itu) mereka bertanya: Siapakah yang melakukan perbuatan yang demikian terhadap tuhan-tuhan kami? Sesungguhnya adalah dia dari orang-orang yang zalim.

60 (Setengah dari) mereka berkata: Kami ada mendengar seorang anak muda bernama Ibrahim, mencacinya.

61 (Ketua-ketua) mereka berkata: Jika demikian, bawalah dia di hadapan orang ramai supaya mereka menyaksikan (tindakan mengenainya).

62 (Setelah dia dibawa ke situ) mereka bertanya: Engkaukah yang melakukan demikian kepada tuhan-tuhan kami, hai Ibrahim?

63 Dia menjawab: (Tidak) bahkan yang melakukannya ialah (berhala) yang besar di antara mereka ini! Maka bertanyalah kamu kepada mereka kalau-kalau mereka dapat berkata-kata.

64 Maka mereka (penyembah berhala) kembali kepada diri mereka (memikirkan hal itu) lalu berkata (sesama sendiri): Sesungguhnya kamulah sendiri orang-orang yang zalim.

65 Kemudian mereka terbalik fikirannya kepada kesesatan, lalu berkata: Sesungguhnya engkau (hai Ibrahim), telah sedia mengetahui bahawa berhala-berhala itu tidak dapat berkata-kata (maka betapa engkau menyuruh kami bertanya kepadanya)?

66 Nabi Ibrahim berkata: Jika demikian, patutkah kamu menyembah yang lain dari Allah sesuatu yang tidak dapat mendatangkan faedah sedikitpun kepada kamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kamu?

67 Jijik perasaanku terhadap kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah! Maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal fikiran kamu?

68 (Setelah tidak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: Bakarlah dia dan belalah tuhan-tuhan kamu, jika betul kamu mahu bertindak membelanya!

69 Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!.


Dalam Islam

pemimpin tidak melobi diri sendiri untuk dilantik.

malahan lebih gembira jika orang lain yg lebih layak memegang amanah yg dilantik.

Jika pemerintahan sekarang ini di diperintah oleh orang islam atas fomat demokrasi maka mendapat kemenangan kerana undi mejoriti bagaimana suatu masa nanti mejoriti rakyat cenderung mahu lebih dangdut, rock boleh gelek2 lebih sikit, islam2 jugak katanya, mereka mahu pemimpin islam juga tetapi yg boleh memberi lebih hiburan pusat2 karoke, pusat judi sikit2 maka mereka akan memilih pemimpin yg berideologi sedemikian dengan itu tewaslah laungan ISLAM SEJATI YANG DIGEMBAR GEMBURKAN. Bukankah kekuatan demokrasi macam plastik, pemimpin ditentukan oleh selera rakyat bukan mengikut garis panduan Al Quran dan sunah. Rakyak yg kafir juga ada kuasa mencorakkan kepimpinan.

Perkara sebegini tidak pernah dibuat oleh Rasulullah.s.a.w. dan sahabat-sahabat.

Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan-amalan soleh diantara kamu, bahawa Dia bersungguh-sungguh akan MENJADIKAN MEREKA BERKUASA DIMUKA BUMI,sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa.Dan sungguh Dia akan mengukuhkan bagi mereka agama(Islam) yang diredhaiNya bagi mereka.Dan dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka sesudah dalam ketakutan menjadi aman tenteram.VMereka tetap mengibadahi Aku tanpa memperskutukan sesuatu apapun dengan Aku.Dan barangsiapa tetap ingkar setelah (mengetahui janji) itu,maka mereka itulah orang-orang yang fasik'. (an-nur 55)


Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): "Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku", Al Israa 8 0

Dan katakanlah:" Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap". Al Isra 81

Mengambil contoh di Negara mengamalkan system beraja secara mutlak seperti Brunei, Arab Saudi dan negara beraja yg ditadbir oleh raja islam yg tidak zalim boleh dikatakan mereka lebih kuat dan tegas jika dibandingkan sistem demokrasi walaupun sistem beraja juga bukan yg terbaik jika dibandingkan sistem syura. Mereka lebih tegas dan berani arak, judi, disco dll tidak boleh dijual serta di buka.

cuba pemimpin fomat demokrasi umumkan sekarang malaysia tidak boleh menjual arak, kelab malam tidak boleh dibuka semua rakyat mesti patuh ini adalah larangan dari Allah. Perdana menteri, Menteri besar, Ketua menteri seluruh negara dan negeri juga umumkan tidak boleh jual arak walau sedikit semua rakyat mesti patuh. berhala tidak boleh didirikan sebab ia perkara sia-sia malah ia jadi bahan bakar api neraka. semua rakyat mesti patuh. BERANI KER? TAKUT KALAH DALAM PILIHANRAYA AKAN DATANG KAN!!...BETUL TAK?
 
Last edited:

Tamindari

Active Member
Joined
Nov 17, 2009
Messages
2,075
Reaction score
87
Points
30
dalam sistem demokrasi

keciwa jika tidak dicalonkan.

melobi diri lebih baik dari calon lawan.

mencari-cari kesalahan dan kelemahan calon lawan agar kalah malah ada yg sanggup mengada adakan cerita.
 

TokCu

Legendary Member
Joined
Jul 25, 2011
Messages
11,155
Reaction score
538
Points
161
tak pernah dengar pulak ada dakwaan politik demokrasi itu merosakkan akidah

cuma demokrasi yang diamalkan sekarang tidak menepati dengan sistem pemerintahan Islam
 

Tamindari

Active Member
Joined
Nov 17, 2009
Messages
2,075
Reaction score
87
Points
30
sesiapa yg berpegang dengan kebenaran dan bertegas maka jika kebanyakkan manusia mahu sebaliknya maka mereka akan kalah oleh yg demikian jika hendak menang kenalah ikut rentak pengundi walaupun bertentangan dengan Allah dan rasul.

amat sukar untuk bertegas dengan kebenaran berpegang pada yg benar dengan sistem demokrasi.
 

Tamindari

Active Member
Joined
Nov 17, 2009
Messages
2,075
Reaction score
87
Points
30
belum ada dalam sejarah tamadun manusia sejak dari zaman nabi adam sehingga sekarang Iman dan Islam ditegakkan melalui demokrasi malah melalui demokrasi boleh merosakkan iman. jika parti politik berjaya maka ia merupakan sejarah alam yg pertama.

faktanya mudah saja secara logik jika penduduk malaysia mejoritinya islam dan bersemangat islam ala pas maka mudahlah pas dapat kuasa. kebetulan rakyat kelantan buat masa ini masih bersemangat islam ala pas maka bolehlah pas mengekalkan kuasa. bagi negeri2 lain2 yang mana terbahagi beberapa kumpulan etnik dan fahaman ada islam ala pas, islam ala umno, dap, mic, mca sudah tentu mereka akan memilih mengikut semangat ideologi masing2. semua menagih simpati termasuk untuk minta di undi. jika tidak mencapai mejoriti dalam undian maka ia gagal untuk berkuasa. cara ini belum pernah berjaya untuk membina Iman dan islam dalam sejarah tamadun manusia dari nabi adam sehingga kini. atau mungkin parti politik slogan islam cuba mahu mempelopori mana tau kalau2 berjaya. Dalam mencapai agenda, parti politik slogan islam juga terikut2 rentak manusia2 yg. rosak akhlaknya memburuk2kan pihak lawan agar pihak lawan kalah.

Hai orang-orang beriman janganlah kamu jadikan bapa-bapa dan saudara-saudaramu pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan pemimpin pemimpinmu, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. Surah At taubah ayat 23

Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali. surah Ali Imran ayat 28

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. surah Al Baqarah 120.

cuba saring berapa peratus parti politik slogan islam berpegang dengan ayat di atas dan berapa peratus melangar ayat di atas.

sistem demokrasi merosakkan iman orang islam... sistem ini perlu dihapuskan.. gantikan sistem syura berpaksikan iman dan takwa... sesiapa sahaja yang beriman dan tinggi takwa kepada Allah diutamakan dipilih menjadi pemimpin... cina, india, melayu, iban dll jika beriman kepada Allah dan tinggi takwa maka pilihlah untuk menjadi pemimpin... tiada undi untuk memilih org kafir... org islam yg guna sistem undi juga akan terikut2 rentak org kafir. Dalam system syura tidak tertakluk mejoriti atau minority keputusan Amir yg beriman dan bertakwa membuat keputusan muktamat ia merupakan Ilham dari Allah dengan meletakkan kepentingan agama di hadapan.
 

nameless

Super Active Member
Joined
Nov 30, 2007
Messages
7,361
Reaction score
70
Points
80
aku ade penah dgr, dia ckp demokrasi ni mmg x elok...
sbb pemilihan yg tidak telus...
ikut majoriti...
cth, ade 10 org nk lantik sorg ketua, kalo 7 org tu 1 kepala ngan yg x elok ny perangai, maka salah seorg akn dilantik jd ketua wpun org ln tau diorg ni x brape baik...
 

frossonice

Active+ Member
Joined
Oct 5, 2010
Messages
3,459
Reaction score
19
Points
25
Sistem Khalifah itu adalah contoh terbaik demokrasi. Demokrasi bermaksud Kuasa + Rakyat. Sistem Khalifah juga adalah kuasa rakyat melalui musyuwarah dan persefahaman sesama rakyat. Semua usaha pentadbiran kerajaan adalah kebaikan dan keredhaan Allah.

Sistem Khalifah sekiranya dibuat perbandingan dengan sistem pentadbiran moden, ianya sepatutnya dibandingkan dengan sistem Republik, atau kerajaan berpusat, atau kerajaan bersifat federal dengan kuasa teragih, bukan demokrasi. Demokrasi cuma konsep.

Jadi konsep pemilihan Khalifah adalah sama dengan konsep demokrasi, dan sebaliknya. Demokrasi pula dibandingkan dengan monarki, diktator atau junta contohnya, bukan dengan sistem Khalifah.

Itu menurut pemahaman aku yang sikit ni.

Contoh; Amerika Syarikat adalah sebuah Republik dengan sistem pemerintahan teragih. Manakala Indonesia adalah sebuah Republik dengan sistem pemerintahan sepusat (centralise). Namun begitu, kedua-duanya menggunakan kaedah demokrasi untuk memilih pemimpin/pentadbir.
 
Last edited:
Sponsored Post
Top
Log in Register