Hukum kutu wang pos/SUMBANG MENYUMBANG dari sudut fiqh Islam

Recommended Brokers

Poll : CariGold new board 2019

  • Fonts terlampau besar, boleh kecilkan sedikit

    Votes: 24 22.4%
  • Warna terlampau terang

    Votes: 8 7.5%
  • Sidebar besar agak mengganggu

    Votes: 44 41.1%
  • Sangat berminat dengan theme baru ini

    Votes: 29 27.1%
  • Serius, tak minat langsung

    Votes: 34 31.8%

Latest Threads

cybermaster

Permanently Banned
Joined
Jun 13, 2007
Messages
1,712
Reaction score
10
Points
0
Location
c:/windows
MAJLIS PERUNDINGAN DAN PENYELIDIKAN HUKUM (mpph)
dewan ulama pas pusat

program kutu wang pos: Pandangan dari sudut fiqh islam

program kutu secara wang pos sudah agak menular dan popular pada masa ini. Mereka yang berhadapan dengan masalah kewangan melihat program ini dapat membantu mereka menyelesaikan kemelut kewangan mereka.

Bagi pihak yang berwang pula, berhasrat untuk membantu sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang berada dalam kesusahan dengan menamakan mereka sebagai penerima wang pos berkenaan.

Persoalannya, adakah program ini berjalan tanpa terdapat apa-apa unsur haram sehingga program ini benar-benar menjamin kebaikan sebagaimana yang dijanjikan. Tetapi jika program ini mengandungi unsur-unsur haram, maka kegelapan dan kerugian sepastinya akan menemui peserta-pesertanya atau sebahagian daripada peserta-pesertanya.

unsur-unsur haram yang dapat dikesan

setelah meneliti perjalanan beberapa bentuk program wang pos, didapati ianya mengandungi beberapa unsur haram. Antaranya:

1. Unsur gharar

jika dikaji berkenaan program ini didapati asas kepada pembinaan dan perjalannya adalah 'auto placement' yang menjadikan orang bawah atau peserta baru mangsa yang tidak mendapat apa-apa pulangan apabila program 'auto placement' ini berhenti berpusing.

Oleh itu, setiap yang menjadi peserta yang peringkat awalnya mengharapkan pulangan apabila sampai gilirannya kehilangan wang apabila program ini terhenti.

Setiap sesuatu pastinya ada permulaan dan pastinya juga ada titik penamatnya. Pada waktu tersebut, pastinya sesiapa yang masih berada di bawah akan menjadi mangsa apabila wangnya diperolehi oleh orang atasan sedangkan orang bawahannya belum wujud.

Gharar yang terdapat disini ialah gharar fil husul (tidak tentu dapat) dan gharar fil miqdar (tidak tentu kadar).

2. Riba

program ini sebenarnya bersifat 'money game' yang mendedahkan pesertanya kepada riba. Ini kerana, setiap yang menyertai program ini atau sebahagiannya berhasrat mendapatkan pulangan.

Jika ia menaja dengan mengeluarkan wang sebanyak rm100, maka ia mengharapkan pulangan lebih.

Jika ia benar-benar mendapat pulangan yang lebih banyak, maka ia adalah riba kerana tiada transaksi perniagaan atau khidmat di dalam program ini.

3. Judi

dalam program ini terdapat unsur judi kerana sepastinya ada pihak yang mendapat untung dan ada pihak yang pasti mengalami kerugian.

Untung dan rugi ini boleh berlaku apabila program ini berhenti. Jika ia berlaku, maka mereka yang berada di line atas akan mendapat keuntungan manakala mereka yang berada di line bawah mendapat kerugian.

beberapa jawapan kepada kekeliruan

mereka yang menyertai program ini melihat ianya adalah harus dari sudut syariat dengan alasan-alasan berikut:

1. Sumbangan atas alasan hibah

antara alasan yang sangat luas dijadikan hujah membolehkan ialah sumbangan setiap peserta adalah hibah.

Sebenarnya alasan ini adalah alasan yang tidak boleh diterima syariat kerana hibah tidak mensyaratkan keuntungan dan tidak mensyaratkan pulangan.

Tetapi program ini jelas berbentuk permainan wang (money game) dalam bentuk pusingan 'auto placement'.

Justeru itu, hibah bersyarat jika tidak kena caranya boleh menjerumuskan kepada riba sebagaimana sabda nabi s.a.w. :

كل قرض جرى نفعا فهو ربا

maksudnya: "setiap pinjaman yang mensyaratkan manfaat adalah riba".

dalam masa yang sama bayaran yang dianggap hibah tersebut adalah dalam bentuk tetap dan dijanjikan pulangan sebagaimana dalam iklan yang disiarkan.

Maka setiap transaksi syariat bukan dilihat kepada lafaz dan binaan kalimah tetapi ia melihat kepada hakikat dan perjalanannya.

Kaedah fiqh menyebut:

العبرة في العقود للمقاصد والمعاني لا للألفاظ والمباني

maksudnya: "yang diambil kira pada akad transaksi ialah maksud dan makna, bukan lafaz dan susunan kalimat".

2. Sumbangan mestilah ikhlas membantu.

alasan kedua yang biasa digunakan ialah sumbangan itu ikhlas membantu sahabat-sahabat seagama yang susah.

Menurut syariat, apabila sesuatu transaksi di dapati haram, maka ikhlas tidak akan merubahnya menjadi halal. Sebagaimana tiga orang berjudi dan setiap seseorang mempertaruhkan wang rm 10. Sekalipun setiap seseorang berniat derma ikhlas untuk si pemenang ia tetap haram kerana ia adalah judi dan ikhlas tersebut tidak boleh mengharuskan perkara yang haram.

Ikhlas atau lebih tepat tidak dipaksa adalah syarat sah jual beli dan segala jenis transaksi yang harus. Firman allah swt :

إلا أن تكون تجارة عن تراض منكم

maksudnya: "melainkan ia adalah perniagaan yang berlaku secara reda meredai antara kamu".

Ayat ini menunjukkan reda dan ikhlas menyertai perniagaan yang halal, bukan menjadi syarat sah kepada transaksi yang haram.

3. Kias kepada belanja kawan makan atau minum di kedai.

kias adalah adalah kias yang salah kerana ia mempunyai perbezaan yang sangat ketara. Antaranya, belanja kawan di kedai makan tidak melibatkan pusingan wang. Dalam program ini ia melibatkan wang dengan wang yang sepastinya mendedahkan kepada riba. Tambahan pula setiap pesertanya disyaratkan menaja dan ditaja.

penutup dan kesimpulan

sememangnya setiap transaksi hukum asalnya adalah harus sehinggalah ia dicemari oleh unsur-unsur haram.

Setelah diteliti program wang pos ini, didapati program ini adalah haram disebabkan unsur-unsur yang disenaraikan di atas.

Justeru itu, umat islam digesa supaya tidak terlibat dengan program ini kerana ia membazirkan wang disamping keharaman yang disebutkan.
 
Sponsored Post

nicky81

Active+ Member
Joined
Nov 3, 2006
Messages
3,724
Reaction score
1
Points
0
Location
Bangi
hukum tersebut tergunapakai utk kutu yang guna system online transaction/ATM online or e-currencies and system yg berlevel-level.
 
maliq7776

Super Active Member
Joined
Mar 8, 2008
Messages
7,837
Reaction score
72
Points
0
kepada yang baru dalam dunia internet. bacala hukum ini berulang kali supaya anda tidak termakan duit haram.
 
sosazr

Active Member
Joined
Aug 2, 2008
Messages
1,423
Reaction score
0
Points
0
Tapi sistem macam ni la yang orang sekarang kejar-kejarkan...sekali kerja harap dapat pulangan sepanjang hayat.

Ustaz nawawi (UIA) berkata maka kita seharusnya menerima wang ke atas apa yang kita kerjakan. kalau kita dah berhenti bekerja tapi masih ada wang yang masuk, itu dah lain macam jerk...
 
fms

Legendary Member
Joined
Feb 10, 2007
Messages
19,745
Reaction score
187
Points
63
Tapi sistem macam ni la yang orang sekarang kejar-kejarkan...sekali kerja harap dapat pulangan sepanjang hayat.

Ustaz nawawi (UIA) berkata maka kita seharusnya menerima wang ke atas apa yang kita kerjakan. kalau kita dah berhenti bekerja tapi masih ada wang yang masuk, itu dah lain macam jerk...
camne ngan pencen??
x keje duit masih dpt gak..hehe..

mmg duit kutu yg langsung xde produk patut diharamkan..
 
tuksidang

Permanently Banned
Joined
Jul 26, 2008
Messages
4,972
Reaction score
461
Points
0
Majlis Perundingan Dan Penyelidikan Hukum (MPPH), Dewan Ulama PAS Pusat
Fri | Jul 25, 08 | 7:05:40 pm MYT

Program kutu secara wang pos sudah agak menular dan popular pada masa ini. Mereka yang berhadapan dengan masalah kewangan melihat program ini dapat membantu menyelesaikan kemelut kewangan mereka.

Bagi pihak yang berwang pula, berhasrat untuk membantu sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang berada dalam kesusahan dengan menamakan mereka sebagai penerima wang pos berkenaan.

Persoalannya, adakah program ini berjalan tanpa terdapat apa-apa unsur haram sehingga program ini benar-benar menjamin kebaikan sebagaimana yang dijanjikan. Tetapi jika program ini mengandungi unsur-unsur haram, maka kegelapan dan kerugian pastinya akan menemui peserta-pesertanya atau sebahagian daripada peserta-pesertanya.

Unsur-unsur haram yang dapat dikesan

Setelah meneliti perjalanan beberapa bentuk program wang pos, didapati ia mengandungi beberapa unsur haram. Antaranya:

1.�Unsur Gharar

Jika dikaji berkenaan program ini didapati asas kepada pembinaan dan perjalannya adalah 'auto placement' yang menjadikan orang bawah atau peserta baru mangsa yang tidak mendapat apa-apa pulangan apabila program 'auto placement' ini berhenti berpusing.

Oleh itu, setiap yang menjadi peserta yang peringkat awalnya mengharapkan pulangan apabila sampai gilirannya kehilangan wang apabila program ini terhenti.

Setiap sesuatu pastinya ada permulaan dan pastinya juga ada titik penamatnya. Pada waktu tersebut, pastinya sesiapa yang masih berada di bawah akan menjadi mangsa apabila wangnya diperolehi oleh orang atasan sedangkan orang bawahannya belum wujud.

Gharar yang terdapat disini ialah gharar fil husul (tidak tentu dapat) dan gharar fil miqdar (tidak tentu kadar).

2.�Riba

Program ini sebenarnya bersifat 'money game' yang mendedahkan pesertanya kepada riba. Ini kerana, setiap yang menyertai program ini atau sebahagiannya berhasrat mendapatkan pulangan.

Jika ia menaja dengan mengeluarkan wang sebanyak RM100, maka ia mengharapkan pulangan lebih.

Jika ia benar-benar mendapat pulangan yang lebih banyak, maka ia adalah riba kerana tiada transaksi perniagaan atau khidmat di dalam program ini.

3.�Judi

Dalam program ini terdapat unsur judi kerana sepastinya ada pihak yang mendapat untung dan ada pihak yang pasti mengalami kerugian.

Untung dan rugi ini boleh berlaku apabila program ini berhenti. Jika ia berlaku, maka mereka yang berada di line atas akan mendapat keuntungan manakala mereka yang berada di line bawah mendapat kerugian.�

Beberapa jawapan kepada kekeliruan

Mereka yang menyertai program ini melihat ia adalah harus dari sudut syariat dengan alasan-alasan berikut:

1.�Sumbangan atas alasan hibah

Antara alasan yang sangat luas dijadikan hujah membolehkan ialah sumbangan setiap peserta adalah hibah.

Sebenarnya alasan ini adalah alasan yang tidak boleh diterima syariat kerana hibah tidak mensyaratkan keuntungan dan tidak mensyaratkan pulangan.

Tetapi program ini jelas berbentuk permainan wang (money game) dalam bentuk pusingan 'auto placement'.

Justeru itu, hibah bersyarat jika tidak kena caranya boleh menjerumuskan kepada riba sebagaimana sabda Nabi�Muhammad s.a.w. yang maksudnya: "Setiap pinjaman yang mensyaratkan manfaat (faedah) adalah riba."

Pada masa yang sama bayaran yang dianggap hibah tersebut adalah dalam bentuk tetap dan dijanjikan pulangan sebagaimana dalam iklan yang disiarkan.

Maka setiap transaksi syariat bukan dilihat kepada lafaz dan binaan kalimah tetapi ia melihat kepada hakikat dan perjalanannya.

Kaedah fiqh menyebut yang bermaksudnya: "Yang diambil kira pada akad transaksi ialah maksud dan makna, bukan lafaz dan susunan kalimat."

2.�Sumbangan mestilah ikhlas membantu.

Alasan kedua yang biasa digunakan ialah sumbangan itu ikhlas membantu sahabat-sahabat seagama yang susah.

Menurut syariat, apabila sesuatu transaksi di dapati haram, maka ikhlas tidak akan merubahnya menjadi halal. Sebagaimana tiga orang berjudi dan setiap seseorang mempertaruhkan wang RM10. Sekalipun setiap seseorang berniat derma ikhlas untuk si pemenang ia tetap haram kerana ia adalah judi dan ikhlas tersebut tidak boleh mengharuskan perkara yang haram.

Ikhlas atau lebih tepat tidak dipaksa adalah syarat sah jual beli dan segala jenis transaksi yang harus. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa� ayat 29 yang maksudnya: "Melainkan ia adalah perniagaan yang berlaku secara reda meredai antara kamu."

Ayat ini menunjukkan reda dan ikhlas menyertai perniagaan yang halal, bukan menjadi syarat sah kepada transaksi yang haram.

3.�Kias kepada belanja kawan makan atau minum di kedai.

Kias tersebut adalah kias yang salah kerana ia mempunyai perbezaan yang sangat ketara. Antaranya, belanja kawan di kedai makan tidak melibatkan pusingan wang. Dalam program ini ia melibatkan wang dengan wang yang sepastinya mendedahkan kepada riba. Tambahan pula setiap pesertanya disyaratkan menaja dan ditaja.

Penutup dan kesimpulan

Sememangnya setiap transaksi hukum asalnya adalah harus sehinggalah ia dicemari oleh unsur-unsur haram.

Setelah diteliti program wang pos ini, didapati program ini adalah haram disebabkan unsur-unsur yang disenaraikan di atas.

Justeru itu, umat islam digesa supaya tidak terlibat dengan program ini kerana ia membazirkan wang disamping keharaman yang disebutkan.- tajdid _
Aku nak ulas selaku penganjur kutu wang pos.
Ni pandangan aku sebab aku terlibat dalam biz ni.
Bukan tgk , baca dari luar dah jatuhkan hukum.

Di pasaran terdapat 2 jenis kutu wang pos.
Yg konvensional (guna borang) dan yg auto guna online system.
Dan bila sebut kutu wang pos, ni lebih menjurus kepada konvensional.
Sebab tk der org yg nk joint kutu online guna wang pos.
Sistem online biasa menggunakan online bank transfer.
Pendekatan online lebih kepada mudah.
Jadi kalo guna wang pos, tk praktikal.

Sistem kutu wang pos konvensional tidak mungkin ada system autoplacement.
Auto placement ni melibatkan online sahaja.
Mcm mana nk susun org cara manual.
Satu kerja giler...
Kalo peserta sikit boleh la, kalo dah berpuluh ribu mcm mana?
Jadi unsur gharar dalam kutu wang pos tk tepat.

Berkenaan dengan unsur riba - mengharapkan pulangan dengan modal yg kecik ni pun satu perkara yg boleh di pertikaikan.
Kutu wang pos sama jer dengan biz yang lain.
Kena usaha untuk dapat pulangan.
Fotostat borang, edarkan, jumpa customer dan explain.
Anda bekerja untuk dapat keuntungan.
Yg duduk diam biasanya akan dapat habuk.
Saya tk pernah jumpa org yg joint kutu wang pos kaya dengan duduk diam.

Jadi bila anda bermodalkan wang, keringat, masa untuk berniaga...adakah itu riba?

Bila ada yg untung dan ada yg rugi - unsur judi, ni pun bg saya kurang tepat.
Biz mana2 pun ada risiko untung rugi.
Dan selagi anda berusaha, anda tk kan rugi.
Yg rugi org yg duduk diam menunggu hasil tanpa usaha.

Satu lagi, jika biz yg melibatkan networking (MLM, affilliate, kutu dsb), sudah pasti yg joint awal akan buat duit.
Yg joint lambat pasti akan rugi.
Bukan rugi sbb company tutup shj...
Tp rugi sbb ramai org da masuk..
Susah untuk anda wat market..
Sebab tu ada konsep PIONEER...
Masuk awal untung, masuk kemudian rugi..
Semua biz networking begitu..
 
Last edited:

BIGFISH80

Active Member
Joined
Sep 14, 2008
Messages
1,675
Reaction score
6
Points
0
Location
Malacca Island - George Town

cenggini tuk sidang,
gua agak menyokong pendapat tuk sidang...
kesimpulan skarang kita semua ni kena la jual goreng pisang atau apa2 yg tak melibatkan networking/mlm/bla2... so orang kita duk situ jelah...
bila time orang kafir nak datang serang, pakai pisang tu je lah nak balas peluru dia orang...
maka mati katak lah kita... Osama pun tak akan kaya kalau dia takder networking.... kalau kita masih di sini lagi... jangan bermimpilah kita nak fisabilillah... tunggu orang datang tembak jelah... TAK GITU???? :)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
mfadhlan

Active Member
Joined
Jan 4, 2008
Messages
1,917
Reaction score
6
Points
0
camne ngan pencen??
x keje duit masih dpt gak..hehe..

mmg duit kutu yg langsung xde produk patut diharamkan..
pencen tu wang ganjaran sb kje dlu...saguhati la.hehe

kutu2 ni mmg kn haramkn ...tp da msuk dlm fatwa ke?
xkn isu yoga je kn haram kot..:)
 
msazmer

Super Active Member
Joined
Feb 26, 2008
Messages
5,836
Reaction score
22
Points
0
Location
Gombak, Kuala Lumpur
brooo....kutu wang pos ni memang skim piramid ler....berapa orang kene cari orang untuk setiap level?
kita amik contoh, katakan orang yang baru join kene cari 5 orang di bawah dia..dan sistem tu diduplikasi oleh orang2 seterusnya..lebih kurang mcm ni la....

Level 1:5
Level 2:5 X 5 = 25
Level 3:5 X 5 X 5 = 125
Level 4:5 X 5 X 5 X 5 = 625
Level 5:5 X 5 X 5 X 5 X 5= 3,125
Level 6:5 X 5 X 5 5 X 5 X 5 = 15,625
Level 7:5 X 5 X 5 5 X 5 X 5 X 5 = 78,125
Level 8:5 X 5 X 5 5 X 5 X 5 X 5 X 5 = 390,625
Level 9:5 X 5 X 5 5 X 5 X 5 X 5 X 5 X 5 = 1,953,125
Level 10:5 X 5 X 5 5 X 5 X 5 X 5 X 5 X 5 X 5 = 9,765,625
Level 11:5 X 5 X 5 5 X 5 X 5 X 5 X 5 X 5 X 5 X 5 = 48,828,125 <-----48.8 juta orang!

level 11 cecah 48.8 juta orang...kalo orang tu dh sampai level ke 11 mane diorang nk cekau ahli tu?rakyat msia baru je lebih kurang 27 juta...sebab tu la benda ni jatuh hukum haram, sistem piramid sebab berunsurkan penindasan...takde produk yang diniagakan, kalo ada pun sebagai dummy je untk syarat supaya adanya proses jual beli...aku pernah buat benda ni since aku sekolah dulu, memang masyuk tapi aku stop buat serta merta sebab benda ni memang xkan boleh pegi jauh....
sekadar pandangan...
 
jebatderhaka77

Active+ Member
Joined
Jan 31, 2008
Messages
2,712

aku no komen pasal kutu wang pos ni. sebab yang arif sudah memberikan pendapat dan pandangan serta hukumnya mengikut kefahaman masing2.

cuma aku suka tengok org yg buat calculation seperti di atas, tlg beri saya satu contoh shj, tak payah dua, satu shj, yg pernah achieve seperti calculation di atas. tak kiralah kompeni mana pun atau skim piramid mana pun. on paper, yes, in reality#:-S#:-S#:-S
 
Sponsored Post
Top
Log in Register