Hukum berkabung contohnya dengan memakai pakaian dengan warna tertentu atas kematian.

CG Sponsors




Eshoppe

Fun Poster
Joined
Jul 27, 2009
Messages
242
Reaction score
11
Points
15
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Perkembangan semasa mendorong saya mencari maklumat tentang hukum berkabung. Ya, hukum berkabung contohnya dengan memakai pakaian dengan warna tertentu atas kematian orang tertentu. Semoga Allah SWT memberikan kita semua hidayahnya;

Dari al-ahkam.net

Soalan:

Ashabul fadhilah hafizukumullah..

Soalan saya:

1. Apakah hukum menetapkan pakaian tertetntu seperti baju hitam/songkok berlilit dll sbg tanda berkabung atas kematian seseorang?

2. Apakah tindakan yang munasabah bagi saya penjawat awam yang diwajibkan memakai pakaian sedemikian atas kematian pembesar negeri saya?

Jazakumullahu khairal jazak..

jawapan:

Amalan perkabungan hanya khas bagi wanita sahaja, sebagaimana difahami dalam hadis di bawah:

Maksudnya: Tidak halal bagi seseorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat berkabung atas kematian seseorang, kecuali ke atas suami selama empat bulan sepuluh malam.
Direkod oleh Bukhari (no: 5334), dan Muslim (no: 1487).

Manakala kaum lelaki, tidak disyariatkan berkabung atas kematian. Perkara ini disepakati oleh ulama. Kita boleh lihat dalam kitab-kitab feqah klasik dan moden yang membahaskan hukum berkabung, ulama hanya membahaskan tentang perkabungan wanita.

Cuma, ada segelintir ulama yang mengisyaratkan kepada keharusan berkabung bagi lelaki, dalam tempoh tiga hari sahaja. Contohnya dalam kitab al-Inshaf 6/279 dan Matolib Uli al-Nuha 1/924.

Itupun, hanya bagi individu yang ditimpa musibah kematian dari kalangan saudara maranya sahaja.

Manakala, adat berkabung atas kematian pemimpin, dengan cara seperti merendahkan bendera, memakai pakaian serba hitam, songkok berlilit dan seumpamanya, ia satu perkara yang tidak ada asas dalam syarak dan tidak didapati sumbernya dalam agama, dan perbuatan salaf. Malahan, ketika wafat pemimpin paling agung, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, sahabat tidak melakukan perkabungan seumpama ini.

Ini menunjukkan ia tidak syar'ie. Dan lebih dibimbangi amalan umpama ini diceduk daripada adat masyarakat bukan Islam. Sedangkan kita dilarang meniru adat mereka.

Fatwa Shaikh Muhammad Bin Soleh al-Uthaimin rahimahullah:

Soalan :

Apakah boleh memakai pakaian hitam untuk berkabung di atas kematian seseorang khususnya apabila orang tersebut suami ?

Jawapan :

Memakai pakaian hitam ketika terjadi musibah merupakan syi’ar yang bathil yang tidak ada asalnya dalam Islam. Seseorang ketika terjadi musibah hendaklah melakukan apa yang disyariatkan. Dia boleh mengucapkan :

Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun. Allahuma jurnii fii musiibatii wakhluflii khairan minha..

Ertinya : “Sesungguhnya kami adalah milik ALLAH dan benar-benar kepada-Nya kami akan kembali. Ya, ALLAH berilah aku balasan (pahala) di dalam musibahku dan berilah aku ganti yang lebih baik dari musibah tersebut. ”

Bila dia mengucapkan kalimat itu dengan rasa iman dan mengharapkan pahala maka ALLAH Ta’ala akan memberinya balasan atas musibah yang menimpa dan akan mengganti musibah tersebut dengan hal yang lebih baik darinya.

Sungguh pernah terjadi pada Ummu Salamah Radhiallahu Ta’ala ‘anha ketika beliau mendapatkan kematian Abu Salamah Radhiallahu Ta’ala ‘anhu yang merupakan suaminya sendiri yang juga merupakan anak pakciknya dan orang yang dicintainya. Lalu Ummu Salamah mengucapkan doa tersebut, beliau mengatakan : “Saya berkata dalam hati, apa ada orang yang lebih baik dari Abu Salamah.”

Setelah selesai masa iddahnya, beliau dipinang oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam adalah orang yang lebih baik baginya daripada Abu Salamah Radhiallahu Ta’ala ‘anhu. Demikianlah, setiap orang yang mengucapkan kalimat tersebut dengan iman dan mengharapkan pahala, maka ALLAH Ta’ala akan memberi pahala atas musibahnya dan menggantinya dengan hal yang lebih baik darinya.

Adapun memakai pakaian tertentu seperti pakaian hitam dan sejenisnya, maka ini tidak ada asalnya dan merupakan perkara yang bathil dan tercela. ( Fatawa Nur’alad Darb Karya Asy-Syaikh Ibnu Utsaimin hal. 76).

-Allahu a’lam bishshawab-

Dinukil untuk http://najiyah1400h.wordpress.com dari : Fatwa-fatwa Ulama Ahlus Sunnah Seputar Pernikahan, Hubungan Suami Istri dan Perceraian. Penerjemah: Abu Abdirrahman bin Munir, Muraja’ah : Al-ustadz Abu Muhammad Abdul Mu’thi, Lc. Penerbit : Qaulan Karima, Purwokerto. Cet. pertama. Hal. 290-291.
 
Sponsored Post

zaberi

Active Member
Joined
Jan 15, 2008
Messages
2,087
Reaction score
35
Points
30
maklumat yang sangat menarik.
apa lagi. amik mc jer la hari tersebut. takyah nak terjebak...

atau kalau kena kabung sebulan, pandai2 ler cilok. selemah2 iman adalah menolak dengan hati akan kemungkaran. wallahualam....
 

faizal_fx

Active Member
Joined
Oct 22, 2009
Messages
1,979
Reaction score
291
Points
41
kat bandar JB rini, penuh dengan lelaki melayu bersongkok hitam ada lilit putih..
 

kunta25

Fun Poster
Joined
Aug 14, 2009
Messages
555
Reaction score
9
Points
15
Kat JayBee ni dh mcm2 hal berlaku semua takut nk kuar umah..semata2 nk pakai songkok lilit putih n letak lilit putih kt lengan kiri...mcm2 khabar2 angin ade yg kene penampar lah n kene saman rm200 lah tu pun kalu ic 01..kalu ic belah luar 0x: x=2-9 kono rm 300..ni dah stok mendera ni ape cite..tapi tu tap dh dinafikan x buat denda lak...so leh percaye ke tak ni.
 

fazarudin

Legendary Member
Joined
Jan 2, 2006
Messages
10,985
Reaction score
258
Points
136
kalau ikut zaman raja2 melayu dulu pun ade jugak berkabung... so , apa yg berlaku skang nih ikut adat jer... org melayu banyak adatnye...jangan sampai syirik sudeyyy
 

[email protected]

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jul 16, 2009
Messages
20,561
Reaction score
570
Points
166
Kat JayBee ni dh mcm2 hal berlaku semua takut nk kuar umah..semata2 nk pakai songkok lilit putih n letak lilit putih kt lengan kiri...mcm2 khabar2 angin ade yg kene penampar lah n kene saman rm200 lah tu pun kalu ic 01..kalu ic belah luar 0x: x=2-9 kono rm 300..ni dah stok mendera ni ape cite..tapi tu tap dh dinafikan x buat denda lak...so leh percaye ke tak ni.
ini isu lama masa kwn sekolah2 dlu dh mmg ader perkara nie..bkn kerana mangkat sultan yg bru nie nk dikuatkuasakn..jgn jadikan isu sudahla....klu xnk berkabung pn xper....janji tau untuk menghormati org yg telah pergi meninggalkn kita....itu sudah dikira cukup la....
 

[email protected]

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jul 16, 2009
Messages
20,561
Reaction score
570
Points
166
Cuba skg nie korg interview mana2 mufti tanya dia psl berkabung dn live kat tv....korg tgk dia ckp aper....so....
 

redside07

Active Member
Joined
Jul 21, 2010
Messages
1,080
Reaction score
5
Points
25
Melayu kn suka ikut2...poco2 la, apa la...ni sekarang gaya berkabungnya lebih kebaratan.

kat ofis skrg aku sorang pakai baju cerah...yg lain pakai gelap boleh nak sound2 aku.

*****...kurang2 aku tutup aurat.daripada pakai baju gelap tp sendat, tudung singkat, kain terbelah??

melayu memang suka besarkan yg kecil, dan ketepikan yg besar.

sembahyang terawih dikejar2, sembahyang fardu ntah kemana
 
Last edited:
Sponsored Post
Top
Log in Register