BTC USD 39,814.2 Gold USD 1,827.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

HUJAN Tutup mulut, pekak telinga

notrexdame

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 26, 2008
Messages
76,139
Reaction score
63
Points
525
Tidak mahu perkara remeh menjadi wabak dan melukakan banyak pihak

TIADA perubahan terhadap prinsip yang dibawakan Hujan, sebaliknya mereka melihat peluang memacu nama menembusi pasaran arus perdana sebagai satu pencapaian yang mengangkat nama kumpulan itu ke satu tahap baru lebih membanggakan.

Antara tuntutan pasaran arus perdana dan kebebasan memperjuangkan muzik yang memperkenalkan nama Hujan kepada khalayak, kumpulan yang ditubuhkan pada 2006 ini hanya mahu menjadi diri sendiri.



Biar ada beranggapan mereka syok sendiri namun hakikat yang tidak mampu ditolak, muzik Hujan diterima baik oleh komposer dan pemuzik yang seronok melayan sentuhan kumpulan yang digelar The Strokes Malaysia itu.

"Kami rasa sama saja," kata Mohammed Noh Salleh atau Noh mengenai perbezaan melayarkan karya mereka menembusi pasaran arus perdana.

Akur terlalu banyak perkara remeh yang digembar-gemburkan dan akhirnya merebak menjadi wabak, satu pegangan Hujan - pekakkan saja telinga dan menutup mulut daripada terus berbicara yang sudahnya melukakan banyak pihak lain.






"Kami cuba untuk tidak menjawab segala tuduhan terhadap Hujan. Kami berada di sini untuk berkongsi muzik yang membentuk identiti Hujan dan bukan melayan politik dalam arus perdana.

"Perkara kecil dan remeh temeh buat apa nak melayan. Hujan berterima kasih kepada peminat setia yang ikhlas menerima kami ketika bergelumang dengan kelompok indie, malah masih terus bersama apabila kami membolos arus perdana," katanya.

Lumrah hidup, tidak semua perubahan disenangi dan Hujan juga tidak terlepas berdepan masalah itu. Terang Noh tanpa berselindung, ada di antara peminat mereka mencemuh apabila lagu Hujan seperti Pagi Yang Gelap dan Bila Aku Sudah Tiada mendapat tempat di stesen radio.

Sepatutnya kata Noh, sebagai penggemar mereka seharusnya berbangga apabila Hujan mampu melakar pencapaian baru dalam kerjaya mereka.

"Itu yang membuat kami berasa pelik. Masakan mereka tidak nampak usaha kami untuk menonjolkan muzik yang dibawakan Hujan.

"Hujan mahu membuka mata khalayak yang kita juga mampu melakukan sesuatu yang baru untuk penggemar muzik, bahkan karya kita juga setanding produk luar," katanya.

Bagi Mohammad Hezry atau AG yang bertindak sebagai gitaris Hujan, semua yang mereka lakukan ini lahir daripada keikhlasan untuk memacu mutu dalam industri muzik tempatan.

Mereka langsung tidak menyimpan niat untuk menyaingi band luar terutama dari Indonesia kerana apa yang penting bagi Hujan adalah memperkasakan karya anak tempatan.

Katanya, seperti band lain yang cuba mencari tapak dalam industri seni Hujan juga tidak terlepas daripada kritikan dan hentaman sesetengah pihak.

Pernah lagu mereka ditolak dengan alasan ciptaan Hujan tidak mencapai standard untuk siaran radio. Hanya selepas menjayakan satu konsert, baru kepercayaan itu datang.

"Tidak mengapa kerana Hujan sendiri tidak terdesak untuk mencipta populariti. Tak mengapa kalau ada yang menolak lagu Hujan kerana kami pun tidak mengharap semua pihak akan memutarkan lagu kami.

"Hujan tidak pernah berniat mencari glamor. Cuma apabila diterima umum, Hujan melihat semua ini sebagai satu tanggungjawab untuk memperluaskan lagi karya kami supaya mencapai khalayak lebih besar," katanya.

Hujan yang melonjak dengan lagu Pagi Yang Gelap juga dianggotai Azham Ahmad (Ambobzeela/ dram) dan Azhar atau Jaja (bass).

Pun begitu, ada juga perasaan terkilan dengan ketidakadilan yang berlaku kerana kata Noh, Hujan berusaha keras untuk membawa karya mereka kepada khalayak.

"Tapi inilah yang dikatakan cabaran. Jika kami melalui semuanya dengan mudah, mungkin Hujan tidak akan sematang hari ini," katanya.

Bukan bermusim, sebaliknya evolusi

ANDAI ada yang melihat kebangkitan mereka sebagai 'kegilaan' bermusim, Hujan pula menyifatkan pencapaian yang dicipta bersama Meet Uncle Hussain, Estranged dan Bittersweet sebagai evolusi kepada muzik tempatan.

Evolusi yang menjadi titik permulaan kepada band baru untuk bertapak lebih meluas, malah mampu memberi kesan kepada industri hiburan untuk terus berkembang dan bergerak seiring dengan perubahan.

"Kami percaya apa yang berlaku ini sebagai pencetus kepada band lain untuk keluar dan memperkenalkan muzik mereka kepada khalayak.

"Kami yakin perlahan-lahan mereka juga mereka akan membesar supaya perkembangan muzik tempatan tidak pupus ditelan masa," kata Noh.

Satu permintaan Noh, khalayak di luar harus memahami siapa Hujan dan tidak memperlekehkan mereka hanya kerana sudah berada dalam kelompok arus perdana.

Katanya kecewa disebabkan kegagalan memahami konsep muzik yang dibawakan, Hujan pernah disalah anggap oleh stesen televisyen yang menuduh mereka bongkak dan besar kepala apabila enggan bekerjasama untuk satu program.

"Jangan membuta tuli meminta kami melakukan sesuatu yang jauh daripada perjuangan Hujan. Kami cuma menjadi diri sendiri dan prinsip Hujan juga perlu dihormati.

"Apakah kerana memasuki arus perdana kami perlu menurut serta melakukan perkara yang bertentangan dengan imej Hujan? Itu sangat tidak adil.

"Memang glamor penting, tetapi kami tidak mahu terlalu mengejar. Biarlah tidak popular tetapi khalayak memandang serius perjuangan yang kami sedang bawa," kata Noh mempertahankan apa yang dilakukan Hujan.

INFO: Kenali Hujan



Ditubuhkan awal 2006, Hujan diasaskan sendiri oleh Noh yang dulunya dikenali sebagai pejuang hip hop. Kumpulan ini digelar The Strokes Malaysia oleh peminat yang menggunakan nama Rangers atau Rantai.


Mengklasifikasikan muzik mereka sebagai rock alternatif, Hujan tidak melihat penggunaan bahasa Melayu sebagai halangan untuk muzik mereka berkembang.


Hujan sendiri sudah menjadi satu jenama yang cukup

laris di kalangan peminat kerana keupayaan pihak pengurusan atau kru mereka memperkembangkan produk berkaitan nama kumpulan ini.


Mereka pernah membuat persembahan di United Kingdom ketika menjayakan Jelajah Hujan Ke UK untuk mempromosikan dua EP yang diterbitkan iaitu 1,2,3, Go! dan Check Check Rock Rock.


Mereka turut menjual baju-T dan lencana istimewa Hujan ketika membuat persembahan di Oxford Bar (Manchester), Zanzibar (Liverpool), Sheffield dan Cardiff.

P/S: Jgn banjir sudah :eek::eek::eek:
 
Sponsored Post

muorian

Active+ Member
Joined
Apr 27, 2007
Messages
3,796
Reaction score
57
Points
40
apasal deorg iri hati sgt ngan group ni pon x tau la.. aku suka gak lagu2 dia
 

badrush

Super Active Member
Joined
Sep 4, 2008
Messages
5,520
Reaction score
19
Points
65
biasalah...ramai yg jeles ngn band indie ni...lg2 artis baru..padahal hujan ni dh lama giler dlm dunia muzik..cuma tak glamer jer...
 

notrexdame

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 26, 2008
Messages
76,139
Reaction score
63
Points
525
biasalah...ramai yg jeles ngn band indie ni...lg2 artis baru..padahal hujan ni dh lama giler dlm dunia muzik..cuma tak glamer jer...

btol tue..:)paid:)paid
 

dragger

Super Active Member
Joined
Aug 29, 2008
Messages
8,548
Reaction score
35
Points
70
caya lah sbb blh perform kt UK
 

epbx

Super Active Member
Joined
Jun 9, 2008
Messages
7,015
Reaction score
6
Points
65
no komen.......
 

Ran

Active+ Member
Joined
Oct 23, 2007
Messages
4,979
Reaction score
63
Points
40
dikenali sbgai the strokes msia??..huhu..yg tu aku xstuju...jauh lbih hbat the strokes tu lg..hehe..jauh lagi tu..
 

panglima_ayam

Active+ Member
Joined
Mar 12, 2008
Messages
4,106
Reaction score
23
Points
25
aku paling meluat dengar lagu ni tah apa 2 merapu
 

z3t_ex

Active+ Member
Joined
Feb 27, 2008
Messages
3,601
Reaction score
32
Points
30
grup sasuka penah dgr?
tu kt suria.fm,
kn ade carta indie..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register