Hujan lebat di Pantai Timur hingga Sabtu, Musim Tengkujuh dah sampai..

CG Sponsors




azrine

Legendary Member
Joined
Jul 22, 2008
Messages
14,535
Reaction score
560
Points
166

KUALA LUMPUR 20 Nov. — Hujan sederhana dan kadangkala lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga petang Sabtu dan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan tebing sungai.

Jabatan Meteorologi telah menaik taraf amaran hujan lebat daripada peringkat kuning kepada jingga bagi ketiga-tiga negeri itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, jabatan itu berkata kawasan yang terlibat di Kelantan termasuk daerah Kota Baharu, Tumpat, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Jeli dan Kuala Krai.

Di Terengganu, kawasan terlibat termasuk daerah Kuala Terengganu, Besut, Setiu, Dungun, Kemaman, Marang dan Hulu Terengganu dan di Pahang, ia meliputi daerah Jerantut, Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Bera dan Temerloh.

Dalam satu kenyataan lain, jabatan itu melaporkan satu gempa bumi berukuran sederhana berlaku di Kepulauan Nicobar, 689 km ke barat daya Langkawi pada 1.14 pagi tadi. - Bernama


_________________________________________________

kepada sesiapa yang berada di kawasan terlibat..diharapkan bersabar dalam menempuh segala dugaan..

dan paling penting..jaga anak2 kita..tak mau kejadian lalu berulang kembali..

dan jaga diri anda sendiri..

:)cgrock
 
Sponsored Post

gOdFeLLa

Senior Member, InstaForex Official, Introducing Br
Platinum Member
Joined
Jan 4, 2007
Messages
9,441
Reaction score
401
Points
81
memang tengah hujan lebat kat Dungun, Terengganu. Dari malam semalam sampai sekarang, tak berenti2 lagi ni.
 

kalam

Fun Poster
Joined
Jul 6, 2007
Messages
438
Reaction score
0
Points
10
kt kuala trg pon da ujan dr mlm td..berenti kejap2 jer..
 

gOdFeLLa

Senior Member, InstaForex Official, Introducing Br
Platinum Member
Joined
Jan 4, 2007
Messages
9,441
Reaction score
401
Points
81

bedul

Active Member
Joined
Nov 7, 2008
Messages
1,525
Reaction score
21
Points
25
sedap pulok tangkap ikang daghat....:D
 

ayien

Fun Poster
Joined
Dec 13, 2006
Messages
420
Reaction score
1
Points
15
kat bangsal kambing aku nie dah naik air setinggi 2 kaki...huhuhu..tadi aku jupe ikan haruan panjang 1 kaki setengah...agak2 la berapa besarnye ye....hehehehe....
 

xalimx

Super Active Member
Joined
Sep 14, 2006
Messages
6,921
Reaction score
61
Points
70
segamat, johor pun dah 2 hari ujan...malam tadi lebat..n skrg dah mula turun ujan lagi.... - sy melaporkan dari segamat,johor
 

dragger

Super Active Member
Joined
Aug 29, 2008
Messages
8,548
Reaction score
35
Points
70
samapi bila hujan lebat nih? ingat next week nk p T'Ganu dgn Kelantan.Jalan2 utama naik air x?
 

xalimx

Super Active Member
Joined
Sep 14, 2006
Messages
6,921
Reaction score
61
Points
70
13/12 ni harap2 tak banjir area sn (kltn). sbb nak g keje kawen member...jauh tu..dibuatnya sangkut..naya je
 
Sponsored Post
Top
Log in Register