Hujan lebat akibatkan banjir kilat di ibu negara

CG Sponsors




balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136

KERETA terperangkap di Jalan Raja Chulan susulan banjir kilat yang melanda ibu negara, petang ini. -

KUALA LUMPUR - Hujan lebat selama sejam yang melanda Lembah Kelang sejak 5.30 petang, menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat.

Antara kawasan yang terjejas termasuk Jalan Tun Razak, Jalan Parlimen, Jalan Duta, Jalan Pudu, Jalan Cheras Lama, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Segambut.

Jurucakap Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata hujan lebat dan banjir kilat itu menyebabkan keadaan trafik sekitar ibu negara sesak teruk di beberapa laluan utama.

"Antara jalan yang mengalami kesesakan teruk adalah Jalan Tun Razak, Jalan Duta, Jalan Mahameru, Jalan Kuching dan Lebuhraya Persekutuan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata sehingga kini, terdapat satu laporan membabitkan pokok tumbang di pekarangan parkir Masjid Negara dan pihak bomba serta petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang mengalihkan pokok berkenaan.

Katanya, tiada laporan kemalangan jiwa dilaporkan dan pemantauan kini dilakukan di beberapa kawasan yang dilanda banjir kilat.

Jurucakap itu turut menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga dan segera melaporkan kepada pasukan keselamatan jika kawasan rumah mereka dilanda banjir kilat. - Bernama





sumber:http://www.sinarharian.com.my/hujan-lebat-akibatkan-banjir-kilat-di-ibu-negara-1.148713
 
Sponsored Post

KAMA FANSUR

Active Member
Joined
Jan 23, 2013
Messages
1,522
Reaction score
0
Points
20
ini semua salah anwar....salah anwar....salah anwar....hahahahahahaa
 

ahbond

Active+ Member
Joined
Dec 20, 2005
Messages
4,367
Reaction score
66
Points
30
Klu kat KL..hujan lebat jer..mulalah cuak..takut terperangkap dalam banjir KILAT...
 

Viere

CG Top Poster Club
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
Baru lepas harung. Sungai gombak memang melimpah terus
 

seinze

Fun Poster
Joined
Jan 25, 2009
Messages
227
Reaction score
0
Points
10
kesian kat orang yang kerja berdekatan jalan raja chulan
 

arul57

Super Active Member
Joined
Jul 21, 2008
Messages
6,173
Reaction score
71
Points
80
harap bersabar ye...rahmat juga...
takder air susah jugak...
apa2 pun berhati2 semsa memandu di waktu hujan...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register