BTC USD 35,861.0 Gold USD 1,840.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hujan berterusan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor

stealthmovic

Active+ Member
Messages
3,214
Joined
Oct 16, 2011
Messages
3,214
Reaction score
97
Points
40
hmobj31050669_1638425648.jpg


Penduduk Kampung Pantai Kundor, Kota Bharu meninjau keadaan air pasang di penempatan mereka. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan bagi Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor, hari ini dan esok.- Foto NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (waspada) bagi beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor, mulai hari ini sehingga esok.

Ketua Pengarah MET Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah, berkata sembilan kawasan di Kelantan dijangka berdepan hujan berterusan iaitu di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Sementara di Terengganu, katanya, membabitkan semua kawasan.

Pahang pula membabitkan kawasan Kuantan, Pekan serta Rompin, manakala di Johor membabitkan Mersing dan Kota Tinggi.


"Angin bertiup dari arah timur laut dijangka berpotensi membawa hujan berterusan dan angin kencang. Keadaan itu boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

 
Sponsored Post

stealthmovic

Active+ Member
Messages
3,214
Joined
Oct 16, 2011
Messages
3,214
Reaction score
97
Points
40

Banjir mula landa Terengganu​


PPSS_1638444909.jpg
Zahidi (dua kiri) menyusun barangan keperluan bagi menempatkan mangsa di PPS SK Mengabang Telipot, hari ini. - NSTP/ZAID SALIM

KUALA NERUS: Pusat Penempatan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Mengabang Telipot, di sini menjadi yang pertama beroperasi di negeri ini bagi menempatkan mangsa banjir.
PPS berkenaan dibuka jam 4 petang tadi bagi menempatkan 25 mangsa banjir daripada lima keluarga selepas kediaman mereka di Kampung Alor Damat, Batu Rakit, di sini, dinaiki air susulan hujan berterusan bermula tengah malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Kapten (PA) Zahidi Zainuddin berkata, mangsa membabitkan 12 lelaki dan wanita dewasa berusia antara 21 hingga 70 tahun, selain 12 kanak-kanak berusia antara dua hingga 14 tahun.
Katanya, mangsa berpindah awal kerana bimbang terperangkap berikutan keadaan cuaca buruk dan hujan berterusan sesekali lebat sehingga kini.

"Penempatan berkenaan terletak di kawasan rendah dan berhampiran parit yang mudah dinaiki air jika hujan lebat berterusan.
"Proses memindahkan semua mangsa sedang dilakukan dan kita yakin lebih ramai mangsa perlu dipindahkan jika hujan tidak berhenti," katanya.

Zahidi berkata, susulan fenomena air pasang besar yang diramal berlaku esok, penduduk berhampiran pantai dinasihat mengambil langkah berjaga-jaga dan segera berpindah jika perlu bagi mengelak terperangkap dalam banjir.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register