BTC USD 61,309.1 Gold USD 1,767.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hujah Bahawa Manusia Sudah Sampai Ke Bulan

lpsoldier007

CG Top Poster Club
Joined
Dec 22, 2010
Messages
25,549
Reaction score
494
Points
141
(Satu soalan sahaja yang bakal mengetahui siapa anda dan siapa kawan kawan anda-woha)

Hari ni aku nak reka satu ilmu ala ala meneka personality berdasarkan warna seluar dalam atau jenis bulu kamaluan, tapi aku tak nak guna seluar dalam dan bulu kemaluan sebagai bahan ujian sebab terlalu lucah dan menampakkan ciri gersang, jadi, hari ni aku nak buat ujian personality hanya berdasarkan satu soalan sains.


Aku tak payah tanya banyak banyak soalan, lepas tu suruh korang campur nombor dan buat jawapan berdasarkan nombor macam ilmu numerology yang mengarut dan tiada asas sains mahupun ugama.

Aku hanya perlu tanya satu soalan, dan sila pilih jawapan yang aku dah tulis, lepas tu rujuk jawapan tu dengan jawapan tersirat, simple.

safire-moon.jpg



UJIAN PERSONALITY HAMKA KERETAMAYAT.

Soalan aku:

"Tahukan kamu, bahawa manusia telah sampai ke bulan?"

Sila pilih satu sahaja jawapan di bawah.

Jawapan A:

Mana ada manusia sampai ke bulan Hamka? Mengarut semua tu, Ustaz aku cakap,Nabi sahaja yang boleh pergi ke langit waktu israk mikraj, bulan tu duduk di langit pertama, Nabi sampai di langit pertama, mintak izin malaikat dulu baru boleh naik langit ke dua, orang kapir ni tak kan boleh naik ke langit tanpa izin malaikat, ketahuilah Hamka, takde orang boleh pergi ke langit melainkan Nabi. Ustaz aku yang cakap ni, ustaz aku tu tak pernah pergi sokolah sains, Cuma mahir bab fekah dan tasauf serta belajar di sekolah pondok. Apa dia cakap semua aku percaya, ustaz mana cakap bohong.

Jawapan B

Ini teori konspirasi Hamka, orang kapir tu tipu pergi bulan sebab nak berlagak dengan Rusia dalam Space race, lagipun duit kerajaan dah banyak belanja, malulah mereka nak mengaku projek gagal, alih alih mereka upah, Stanley Kubrick dengan skrip di tulis oleh Disney buat filem palsu kononnya mereka ke bulan, satu lagi sebab nak cover malu kalah perang dengan Viatnam lalu alih perhatian dunia dengan tunjuk konon betapa hebatnya mereka telah pergi ke bulan. Cuba kau fikir logic Hamka, kalau manusia pernah sampai ke bulan, kenapa Negara lain tak pergi? Sebab teknologi tak mampu ke sana, lagipun sana takde atmosphere, hujan tahi bintang selalu berlaku, dan permukaan bulan juga panas, patut mereka cair bila mendarat, ini semua adalah konspirasi Amerika sebab kerajaan mereka dah banyak belanja duit untuk kroni, dalam email forward yang aku baca, seramai 9 orang pekerja Nasa telah di bunuh dalam komplot terancang, sekarang ni Neil Armstrong sekarang tutup mulut sebab takut kena bunuh, ni semua konspirasi. Saya tahu sebab saya ada ilmu “pencahayaan” yang penuh bijaksana dan mempunyai mata hati untuk melihat yang tersirat, saya juga mampu gunakan hadis dan ayat-ayat Al quran yang tak jelas kaitannya untuk mebuktikan teori konspirasi ini.

Jawapan C:

Lol, ada ke orang ke sana?, tak tahu pun?, siapa yang pergi?, orang mana? Bila pergi? Dah balik ke?

Jawapan D:

Memang benar manusia telah sampai ke bulan, nama beliau adalah Neil Armstrong, waktu beliau turun pijak kaki ke bulan, beliau telah dengar satu alunan lagu yang pelik, lalu bila balik ke bumi, barulah beliau tahu bahawa itu adalah bunyi azan untuk orang islam, beliau terus masuk islam, dan mendakwa telah melihat terusan di bulan yang mana setelah di kaji dalam islam, rupanya bulan telah terbelah di zaman nabi,sayangnya, sebelum Neil Armstrong sempat mendedahkan berita ini, pihak Amerika telah menculik beliau, dan dikenakan hukuman bunuh, gambar terusan di bulan juga telah di delete kerana takut semua orang akan masuk ugama islam, kemudian pihak America dan ilmunity bersama fremasson telah membuat pembedahan plastic pada sorang yahudi untuk menyamar sebagai Neil Armstrong, islam adalah benar berdasarkan sejarah ini, dan Neil Armstrong sekarang adalah palsu. Ustaz aku yang cakap ni, ustaz mana cakap tipu.

Jawapan E.

Berdasarkan ilmu logic dan ilmu sains aku, dan berdasarkan hujah dari pihak Nasa, dengan bukti bukti yang mereka tunjukan, aku percaya manusia telah pergi ke bulan, malahan jika mereka dakwa telah pergi lebih jauh dari itu bersama bukti dan fakta yang logic, aku boleh terima, dan aku yakin manusia telah pergi ke bulan sebab negara lain yang tak de kena mengena dengan Amerika dan Nasa iaitu Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) telah teropong guna teropong canggih pada tahun 2008, dan dapat lihat dengan jelas tapak mendarat dan bendera Amarica, lagipun sudah banyak dokumentari berilmiah telah mematahkan teori kosnpirasi, dan tahukan kamu berapa orang sudah pergi ke bulan? 12 orang beb, bersama 6 kali pendaratan, , dan tahukah kamu siapakan lelaki terakhir jejak kaki ke bulan? Tu lah tak tahu! Harrison Schmitt.

Jawapan F:

Ada orang duduk di bulan?, bagaimana mereka solat? Mungkin kita perlu hantar satu Jemaah ke angkasa untuk berdakwah dengan penduduk bulan. Woha!

Tammat jawapan.

Ok, setelah pilih satu jawapan di atas, sila tengok markah anda di bawah.

-

-



-

-

-

-

-

-



Pilih A: B.o.d.o.h.

Pilih B: Bengong.

Pilih C: Bingung.

Pilih D: B.a.n.g.a.n.g.

Pilih E: Pandai.

Pilih F: Genius!.

Sekian, ujian personality hari ni, cuba test kawan kawan anda, dan bersedialah untuk terkejut kerena betapa ramainya kawan kawan korang yang b.o.d.o.h, bengong, bingung, dan b.a.n.g.a.n.g! Woha!

Ps: ujian ini juga boleh digunakan untuk menilai tahap pemikiran pasangan hidup anda, pekerja anda, ustaz anda, pelanggan anda dan tahniah jika ada antara mereka yang jawab dengan jawapan F.

Itulah jawapan dari orang yang ada fikir ugama, Wallau’lam.

Sumber: http://keretamayat.blogspot.com/2012/02/ujian-personality.html
 
Sponsored Post

lpsoldier007

CG Top Poster Club
Joined
Dec 22, 2010
Messages
25,549
Reaction score
494
Points
141
B.o.d.o.h sombong?

(Kepada orang kapir : Bukan semua orang islam b.o.d.o.h- b.o.d.o.h belaka, dan kepada orang islam: Allah tak jadikan mereka sia sia..”)

Sejak aku tulis tentang : orang tak percaya ke bulan adalah b.o.d.o.h, maka banyaklah email, mesej di FB, dan komen diblog yang marah serta tak setuju, dan ada yang bagi bukti bahawa mereka tidak b.o.d.o.h, tapi bila baca bukti mereka, menampakkan lagi keb.o.d.o.han., adohai!

Memandangkan perang dingin antara Rusia dan Amarika sudah lama tamat, aku di sini dengan ikhlas hati ingin menamatkan satu lagi ‘perang dingin’ yang sangat dahsyat dan memalukan bijak pandai, iaitu perang dingin antara orang islam yang dengki serta b.o.d.o.h dengan kejayaan orang kapir.

Untuk itu, akan akan jawab beberapa email terpilih, komen blog terpilih dan mesej FB terpilih yang akan membantu sebahagian ummat islam yang b.o.d.o.h dan dengki dengan kejayaan orang kapir supaya masing masing dapat mencari sikap bertenang dalam kebijaksanaan yang semakin menghilang, chewah...

Jangan bimbang, segala nama akan di sembunyikan, aku bukannya kejam sangat.

*****
Soalan 1:
“Bro, jika benar orang ke bulan, kenapa sekali jer America hantar orang ke sana, lepas tu dah tiada sape sape yang pergi?”

Hamka said: Nampak sangat tak ikuti perkembangan dunia, tapi ada hati berlagak pandai, siapa bagitahu kau sekali sahaja orang ke bulan?, ustaz politik? Nenek sebelah bini tiri? Sudah enam kali orang ke bulan bang dan jumlah orang pijak kaki ke bulan seramai 12 orang, sebab tu bila orang cakap, gambar ni tipu, aku tanya balik, ni pendaratan yang ke berapa?, lepas tu orang tu cakap, eh, bukan sekali jer ker orang ke bulan, tulah mangkuk, tak tahu tu tanya, bukan berlagak pandai!

Soalan 2:
“Pada pendapat saya yang tak berapa cerdik ini,..,adapun manusia ke bulan cuma dogma orang amerika saya kira...., logiknya kalau dari bumi ke bulan kene guna roket 1000 tan dgn bahan api yang banyak...macamana diorang dari bulan nak kebumi cuma guna shutle yang kontot tu....cerciter2...sembang ringan2 dahlah.”

Hamka said: Bicara ringan sudah.., angkasa adalah vakum, tiada udara, sekali tujahan, lepas tu tutup enjin, maka kau akan bergerak selamanya selagi tidak berlanggar, cuba tengok tahi bintang bergerak berjuta batu, ada pakai minyak? ini adalah bicara ringan, dan benda ni paling simple bab angkasa, dan jika benda ni fail, langung tak layak nak nafikan sains dan angkasa., ni ringan dah ni, he he he

Soalan 3:
“Kalau dtg bulan boleh pacak bendera?”

Hamka said: “jika datang bulan, kena pacak bendera merah-Woha!

Soalan 4:
“Tak de org pernah smpai ke bulan..yang ada tu sekarang hanyalah rekaan semata-mata..... benda ni di reka oleh Amerika untuk memenangi perang sains antara Russia.. ia dirakam dalam studio y di rahsiakan.. dari kecil kita di tipu..... jikalau betul org pernah sampai di bulan kenapa negara lain yang maju dah tak pergi?”

Hamka said: “Siapa cakap tak pergi? Ni mesti banyak membaca blog politik hingga lupa nak baca akhbar perdana, korang tahu tak? pada tahun 2008, jepun punya NASA yang dinamakan (JAXA) Japan Aerospace Exploration Agency telah hantar satelit ke bulan yang dinamakan Kaguya atau SELENE yang mana google moon tu ambik dari satelit inilah, lepas tu satelit tu ambil gambar tapak neil amstrong mendarat dan buktikan memang manusia telah ke bulan, lepas tu 2010, china pulak hantar satelit dan buktikan orang dah mendarat ke bulan.., boleh baca berita jepun dan china jika rajin, jika malas dan hidup nak dengki kejayan orang kapir sampai mati, tak dapatlah den nak nolong.., :)

Satu lagi, pernah aku tunjuk link dari laman web negara lain yang buktikan orang ke bulan, kat sorang islam yang dengki dengan kejayaan orang kapir, dia boleh cakap, amerika telah rasuah jepun dan cina untuk tipu nampak gambar kesan pendaratan di bulan, akupun mintak bukti kat mana kau tahu amarika rusuah dan berapa juta?, dia cakap, naluri dia yang berbisik begitu, HA HA HA.., mundurlah budak sekolah masa depan jika dapat cikgu b.o.d.o.h sombong. islam ugama yang mementingkan fakta, tak percaya kaji bab hudud, semua kena ada bukti, bukan ikut naluri.., adohai..

Soalan 5:
“Bro, Ustaz azhar idrus cakap Amarica tipu dan telah saman laman web yang membongkar penipuannya, jawab sikit, ni ulamak ni, ulamak mana cakap tipu,” http://www.youtube.com/watch?v=7DdbTx-qrlY

Hamka said: “Nabi dah pesan, jika tak tahu, tanya kepada yang tahu, rujuk an-Nahl: 43, ustaz azhar ni tak tahu pasal sains, bila orang tanya pasal sains, ustaz azhar ni (aku sangka baik) nak perli orang yang bertanya dengan bagi hujah yang kelakar, seperti: “mengikut ulamak arab”, (aku dah gelak, sebab kelakar, kerana bab sains rujuk ulamak arab, ha ha ha, tapi penyokong PAS tak faham lawak ustaz ni), satu lagi bila ustaz cakap, “Amarica telah saman laman web yang membongkar penipuannya”, aku gelak berdekah, sebab kelakar, mana ada orang yang menipu saman orang yang membongkar penipuan?, sepatutnya orang yang membongkar penipuan saman si penipu, lawak kan?, tapi penyokong PAS tak paham lawak ustaz ni, lalu ustaz tu bagi final lawak, “waktu kapal angkasa turun, kamera dah ada kat bulan ambil gambar” aku gelak berguling guling sebab lawak ni paling lawak, tapi sorang pun penyokong PAS tak faham lawak ni, lalu terpaksa ustaz azhar idrus ‘stereotype’kan lawaknya dengan menambah, “bila masa TV3 ambik gambar di bulan?” barulah penyokong PAS gelak sebab ada perkataan TV3., lepas tu Bob lukman buat lawak pergi waktu malam ke matahari, lambat jugak mereka gelak, kena berpikir dulu... (ketawa slow, harap bukan slow-woha!)

Ok, aku sangka baik pada ustaz Azhar macam tu, tapi jika benar dan serius ustaz azhar idrus bagi hujjah malam tu, memang ustaz azhar b.o.d.o.h bab sains, tapi pandai bab ugama. Tak dosa pun b.o.d.o.h bab sains, kan ustaz?, yang penting mati masuk shurga. Amin.

Soalan 6:
“Bro hamka, saya mushkil, macam mana kapal angkasa nak bergerak ke bulan sedangkan di angkasa tiada udara? Jika kapal terbang, api tolak udara, kapal terbang naik, di angkasa, nak tolak apa? Patut kapal angkasa statik, lepas tu lagi, macam mana api boleh ada di angkasa sedangkan syarat api terbakar perlu kepada oksigen, angkasa, mana ada oksigen? Cuba jawab wahai blogger keretamayat yang perasan pandai sains.”

Hamka said: ni nak cerita balik tentang hukum newton kedua dan inersia, tapi tak payah, bicara ringan sahaja, paling simple kau tengok orang tembak pistol, lepas peluru keluar, bahu akan tertolak ke balakang, bahu tertolak ke belakang adalah disebabkan letupan atau daya tujahan yang keluar dari pistol, bukan disebabkan peluru berlanggar dengan udara, jika kau menembak dalam ruang vakum pun, bahu akan tertolak ke belakang, inilah yang berlaku di angkasa, yang mana gas pada ekor kapal angkasa akan ‘meletup’ dan menolak kapal angkasa bergerak, tentang api di angkasa, dalam gas tu sendiri dah ada oksigen.

Soalan 7:
Sy mmg x percaya manusia pernah menjejakkan kaki ke bulan. Sebab pd pemikiran logik sy, bumi berbilion kali ganda berat daripada kapal angkasa pun hanya terapung menurut arus graviti. Inikan kapal angkasa yg beratnya sekecil zarah nak dibandingkan dgn bumi utk lawan arus graviti menuju ke bulan. Satelit2 yg ada di ruang angkasa itu pun terapung je. Sy tidak akan percaya sehingga mereka bawa sy pergi bulan. Hehehe, Sebab itu sy tak minat tengok filem transformers, star wars dan seumpamanya. Rujuk link ni.
http://www.blogammar.com/pendaratan-manusia-di-bulan-satu-pembohongan/

Hamka said: “Satelit terapung? Ni mesti tak belajar sains dalam bahasa english, dan inilah hujah paling b.a.n.g.a.n.g, tapi takpe, dia bagi link, kita tengok, mungkin linknya akan cerita dengan fakta yang betul dan hebat, bila aku klik link dan baca, apakejadah bagi link b.o.d.o.h macam ni? Malas nak layan.”

Soalan 8.
“Sy minat juga baca blog abang kadang2.. sy suka quotation abang yakni "semua orang akan menjadi mayat, anda tidak mampu mengubahnya". Tapi Jangan sewenang-wenang mengecop orang lain b.o.d.o.h dan b.a.n.g.a.n.g seandainya kita tidak benar yakin akan sesuatu hal. Lainlah abang sendiri dah mendarat di bulan. Saya hanya percaya kpd abang Hamka apabila abang sendiri dah pergi mendarat di bulan..

Hamka said: “ok”

Soalan 9:
Mungkin abang hamka boleh jelaskan kpd sy apa maksud ayat ini.., ayat ni cerita tentang bukti, orang tidak boleh ke bukan: rujuk: Quran 55 : 33 “Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!

Hamka said: “jangan tafsir Al quran ikut kepala yang suka dengki, nanti masuk neraka, ayat ni tak menggambarkan langsung orang ke bulan,bebaru ni Syed Muzafar pergi ke angkasa tu tipulah ye, sebab dah menembusi atmosphere.., berdosa tafsir Al quran tanpa ilmu, ustaz azhar idrus cakap, manusia boleh pergi ke bulan, takde larangan pun, cuma dia tak percaya.., benda kecik jerpun, tapi b.o.d.o.h ni benda besar jugak.

Soalan 10:
“Sy ada satu video yg akan buat abang hamka berfikir panjang... Hehehe. for your information bro hamka, neil armstrong is a christian.., orang christian sejati, takut nak bersumpah bahawa dia berjalan dibulan kerana takut dimakan sumpah., Please watch this video and make a conclusion... hihihi
http://www.youtube.com/watch?v=XRSk04ZJFN8

Hamka said: “ni kira sama macam kes anuar ibrahimlah ni?, dik.., jika dia christian sejati, tak perlulah nak bohong satu dunia sampai mati, kau tak dengar Nei jawab: "thats probably not a real bible".., dia cukup cerdik dan tahu bible tu tipu(pun intended) dan melayan orang macam ni adalah "insult his intelligence", lagipun bukan dia sorang kena provoke macam ni.., nak tengok member dia yang pergi bulan buktikan orang ke bulan, tumbuk muka sampai keluar bulan dan bintang-Woha!
http://www.youtube.com/watch?v=1wcrkxOgzhU&feature=related

Soalan 11:
“saya tidak berniat hendak membantah tetapi saksikan ini sebelum anda mengatakan org itu b.o.d.o.h bengong bingung bangan....dont worry ni bkn virus....tepuk dada tanya selera....utk elakkan diri terus dimanipulasi..,
http://www.youtube.com/watch?v=MIy8ZqqK5G8

Hamka said: video kau bagi tu link tahun 2001, internet rumah kau line tenet sampai tahun 2001 jer ke?, cuba kau tengok dokumntary yang patahkan balik teori tu pada tahun 2008, contohnya Mythbuster: http://www.youtube.com/watch?v=mefEKqzq8cg atau baca link ni, http://en.wikipedia.org/wiki/Third-party_evidence_for_Apollo_Moon_landings, meminjam falsafah seseorang: bila tak cakap orang tak tahu kita b.o.d.o.h, bila cakap, sah b.o.d.o.h.. woha!

Soalan 12:
“Pendpt sy, kalau waktu dulu, mustahil, tipu . memang ada bukti diorg tunjuk tp pada sy mustahil untuk waktu tu, tp sekarang mungkin tak mustahil, ini pendapat sayalah.”

Hamka said: “dik, dulu nak menipu susah sebab belum ada CGI dan nak buat stadio ruang vakkum dulu susak jugak, so.., pada pendapat aku pulak: Sains ni orang tak bagi pendapat, orang buktikan ujikaji, jadi tak payah bagi pendapat bab sains. baik bagi pendapatan kepada sains supaya mereka boleh buat ujikaji dan selamatkan ummat manusia dari kejahilan.., chewah, : )

Soalan 13:
satu je kemusykilan.... kalau tahun 1969 dah sampai bulan, aku rasa dengan kecanggihan ilmu sekarang ni, patutnya dah ada McD kat sana sekarang. Tapi kenapa kerajaan amarica dah tak nak pergi lagi?

Hamka said: Kemusykilan kau tu simple sahaja, zaman dahulu upah engineer tak sampai dua ribu sorang, sekarang, upah technician NASA pun dah 10 ribu, belum masuk kos insurans lagi, baru ni nak naik soyuz pun kena beli 20 biji sukoi baru boleh tumpang.... jadi, belajarlah jugak ekonomi jika nak komplen bab sains. Aku nampak, yang komplen tentang orang pergi ke bulan kebanyakkan orang yang b.o.d.o.h bab sains dan ekonomi, tapi pandai bab politik so call islamik, pacak bendera bulan hujung pokok kelapajelah ‘kejayaan’... kesian sungguh.

Soalan 14:
“Orang ke bulan tu terang terang menipu, tak terbakar ke? Sebab permukaan panas kerana dekat dengan matahari?”

Hamka said: dik, suhu panas sebab ada udara, kat bulan takde udara.., jika nak kira dekat dengan matahari, cuba adik naik gunung kinabalu tak pakai baju, sebab gunung tinggi dekat matahari tak payahlah pakai baju, akan mamposlah kesejukan kerana atas gunung ada salji,

Soalan 15.
Bang, saya sokong abang, tapi muskil, bagaimana orang dibulan boleh telefon di bumi, bukan kena ada udara baru boleh?”

Hamka said: mereka guna ;”electromagnetic radiation analogous to visible light, (gelombang frekuency) sebab tu boleh dihantar melalui vakuum, jangan ponteng kelas sains.”

Soalan 16:
Hamka, aku sokong semua yang kamu tulis, bab ke bulan nipun aku sokong, tapi aku memang b.o.d.o.h sains dan tak pandai bahasa english, boleh tak cerita ringkas bagaimana orang ke bulan sebab bila member aku tanya, aku terganga tak boleh nak jawab, lepas tu mereka hina aku sebab percaya dengan internet. Soalan aku, berapa jarak bulan dari bumi? Berapa lama masa orang duduk di bulan, berapa kos? Dan bagaimana mereka balik ke bumi, tolong bang, orang tanya, terlopong tak tahu nak jawab.

Hamka said: :sangat panjang jika nak cerita, tapi boleh klik sini, jika tak paham, patutlah Dr Mahadhir suruh belajar sains dalam bahasa english dulu...

Soalan 17:
Bang, macam mana ada tapak kaki dibulan, bukankah graviti sana rendah?

Hamka said: “kau ambil bedak, kau tabur dalam baldi sampai penuh baldi, lepas tu kau suruh anak kau kau pijak slow jer, ada kesan tak? Tentulah ada sebab yang dipijak tu debu di bulan, bukan pijak batu.eh?, macam mana kau tahu graviti kat sana rendah?, ni mesti orang balik dari bulan bagitahu ni.., hihihi.”

Soalan 18:
“Bang, ada pakar mat saleh bagitahu, bukti paling nyata orang ke bulan ni tipu adalah gambar bendera berkibar di bulan, sedangkan kat sana mana ada angin?”

Hamka said: : “cuba bagi nama pakar mat saleh b.o.d.o.h tu aku nak google. kalau kau tak bagi dalam masa 24 jam, sah kau b.o.d.o.h.

Email mamat ni sejak bulan Febuari yang lalu, tak bagipun nama pakar mat saleh tu, nampak sangat b.o.d.o.h tahap gaban, bendera tu orang pakai dawailah mangkuk! Arhgg, cukuplah 18 soalan, dah jadi pakar sainslah pulak..

Kesimpulan:

Islam ugama fakta, ada Alquran sebagai rujukan, kenapa korang suka bercakap tanpa fakta dan bangga pulak bercakap tanpa fakta, malu aku tengok ummat islam memb.o.d.o.hkan diri sendiri..

Punca yang menjadikan korang b.o.d.o.h dan b.a.n.g.a.n.g adalah malas membaca, malas belajar, lepas tu dengki dengan kejayaan orang lain, Allah tak suruh kita dengki dengan orang kapir, kita kena kesian dan dakwah mereka.., Ummat yang hidup dengki mendengki ni akan binasa, Nabi dah larang..

Cuba ditakdirkan orang islam yang pergi ke bulan, tentu korang tak akan double standard macam ni, tapi tulah.., dengki dengan kob.o.d.o.han, bukan dengan akal.

Aku sebagai orang islam nak pesan, jangan jadi orang islam yang b.o.d.o.h, yang mudah percaya pada semua benda yang nafsu suka, jangan jadi Pak Pandir moden yang perasandisalahkan akibat serrounding authority lalu memilih fatwa kaum kera sebagai panduan hidup.

Ilmu ni bukan milik orang islam sahaja, ilmu ni milik orang yang berusaha, orang kapir yang usaha, mereka dapat, kenapa nak dengki?, dengki pulak dengan bagi fakta yang sangat b.o.d.o.h yang mana jika orang kapir tahu orang islam berdengki dengan fakta b.o.d.o.h, makin jauhlah mereka dari hidayat..

Tak payah nak terpekik melolong tuduh mereka curi ilmu dari tamadun islam, ilmu memang akan di turunkan dari generasi ke genarasi, lain kali, jika nak berhujah jangan guna emosi, atau sentimen..

Aku bukan nak agungkan orang kapir, tapi dah mereka buktikan mampu ke sana, kenapa kita kena jadi b.o.d.o.h tak boleh terima hakikat, lalu berhujah guna alasan: “ustaz cakap amerika tipu, ustaz mana tipu?, woha!

Akhir kata.., jika tak tahu, ingatlah ayat Al quran, Surah an-Nahl: ayat 43

“Maka bertanyalah kepada ahlinya (orang-orang yang tahu atau pakar) jika kamu tidak mengetahui (keadaan sesuatu perkara).”

Jangan jadi b.o.d.o.h sombong, bagi faktapun nak kelentong, tu lah lagi, dengar banyak sangat ceramah auta ahli politik yang membuang masa dan takde faedah. Lepas ni, sape sape nak buktikan orang belum pergi ke bulan tanpa fakta, memang aku maki! woha!

Sekian, dari aku yang ihlas nak tolong orang islam supaya berfikir di luar kotak sikit. Itupun jika mahu..oh!

Ps: untuk membolehkan manusia ke bulan, Allah tak perlu hantar walaupun seorang Nabi, tapi untuk bina IMAN dalam hati manusia, Allah hantar 124 ribu para Nabi dan rasul…, renung renungkan, dan selamat beramal. :)
POSTED BY HAMKA 96 BINCANG TOPIK INI DI SINI
EMAIL THIS
BLOGTHIS!
SHARE TO TWITTER
SHARE TO FACEBOOK

SEP 1, 2012

Benarkah Neil Armstrong ke bulan?

(satu hari didalam Komuter-cerita sedikit diubah suai untuk menyedapkan jalan cerita, hihihi)

Komuter bergerak laju, dengan kerusi yang kedudukannya menyongsang, sukar untuk aku melelapkan mata kerana terasa lain benar ‘moment inertia’ setiap kali komuter berhenti dan bergerak.

Aku yang sedang berpeluk tubuh, dan kopiah mentutup muka macam koboi tutup muka dengan topi koboi lalu cuba lelapkan mata, tapi mamat yang membelakangi aku mencuri mindaku untuk berfikir dengan topik perbulan mereka..,

Ringkaskan cerita, perkataan dalam kurungan adalah kata kata aku dalam hati yang ‘menyampuk’ perbulan mereka...

“Orang pertama pergi ke bulan mati semalam” kata brother A.

(Neil amstrong dah mati rupanya..)

“Tapi betulke neil amstrong pergi ke bulan?” tanya brother B.

(Betulah, ada bukti saintifik beliau ke sana)

“aku tengok youtube, ada ustaz cakap, orang ke bulan tipu sebab waktu kapal angkasa mendarat, kamera dah ada dibulan ambil gambar, nampak sangat pembohong sebab jika neil amrstrong orang pertama turun ke bulan, siapa letak kamera di bulan?”

(apa punya bengap hujah kospirasi tahap tadika dijadikan bahan oleh ustaz untuk tolak sains? nak tolak gunalah hujah tahap cikgu sekolah menengah seperti, bayang berbeza arah, bintang tidak kelihatan dan lain lain.)

“aku tengok ada video mat saleh yang buktikan Neil Armstrong tu tipu pergi kebulan, mereka guna stadio, lagipun sejak hari tu, mana ada lagi orang ke bulan” kata pulak pemuda C

(ni lagi sekor malas membaca, dah 6 kali orang pergi ke bulan bang, ada fakta tentang ni, nak berhujah, tengoklah dokumentari yang berilmiah yang membuktikan dengan fizik sains, macam rancangan mythbuster, atau baca bukti dari negara lain seperti negara jepun yang teropong membuktikan manusia ke bulan, bukan cari bukti dengan emosi dan sentimen)

“tapi ada ustaz lain pulak cakap, Neil Armstrong masuk islam setelah mendengar azan waktu mendarat di bulan, telinga kanan dengar azan, telinga kiri dengar iqamat”

(Woha! Mana sumber berita tah di ambil oleh mamat ni, Neil Armstrong dah nafikan beliau dengar azan dibulan waktu ditanya wartawan malaysia beberapa tahun lepas, tapi kelakarlah jugak, sebab ada ustaz yang percaya orang ke bulan dah tentu berbeza dengan ustaz yang tak percaya, tapi yang percaya siap tokok tambah dengan berita neil amsrong masuk islam setelah mendengar azanlah pulak, nak tergelak aku)

“korang semua ni malas membaca, cuba baca blog keretamayat, si penulis pernah buat ujian personaliti bab ni, dan jika korang ambil ujian ni, korang semua akan mendapat keputusan b.o.d.o.h dan b.a.n.g.a.n.g ” kata perempuan A.

(eh, ada orang baca blog aku disini?)

“apalah akak ni, percaya sangat dengan blogger, blogger banyak menipu dalam blog, jangan percaya dengan blogger, kebayanyakkan blogger adalah agen yahudi atau geng ilmuniti yang cuba menggunakan jarum halus untuk menyesatkan akidah ummat islam”

(ha ha, aku ajen yahudi? Macam macam hal korang ni..)



Ulasan:

Peristiwa Neil Armstrong dan bulan adalah salah satu contoh betapa b.o.d.o.hnya manusia hari ni dalam bab menerima berita dan menyebarkannya.., arghh. tolonglah jangan jadi b.o.d.o.h dan b.a.n.g.a.n.g dengan percaya semua berita berita tanpa bukti, tolonglah jadi pandai sikit...,

Korang ni suka benar menyebarkan cerita tanpa bukti, nabi dah pesan jika ada orang sebarkan berita, maka siasatlah, tapi sebab korang malas membaca dan berfikiran sempit, terus percaya dengan emosi beserta sentimen semua berita, memang b.a.n.g.a.n.g tahap gaban, tak percaya cuba korang borak dengan penyokong parti politik, akan ada cerita fitnah dan tuduhan tanpa bukti.., tak takut ke dengan dosa menfitnah? bulu kemaluan dah berubah lama dah tapi dalam FB aku tengok korang share macam macam berita tipu dan palsu, lepas tu pakat pakat Like, orang troll pun korang percaya tak ke b.a.n.g.a.n.g?!

Produk ABC tu haram sebab ada b.a.b.i, 1000 ‘like’ dan ‘share’, esok keluar berita, maklumat tu palsu tapi korang cakap, alah pihak JAKIM dah kena rasuah, lepas tu keluar pulak berita produk ABC haram sebab guna pisau b.a.b.i, 2000 ‘like’ dan ‘share’, lepas tu bila ada maklumat mengatakan itu hanyalah berita palsu, korang cakap, oh ye ke? sambil ‘like’ dan ‘share’pulak berita produk XYZ ada b.a.b.i, tak ke b.a.b.i?

Kita orang islam di ajar bercakap dengan bukti, guna dalil dan nas dari ayat Al quran atau hadith dari Nabi, bukan percaya kepada semua berita tanpa bukti, dulu sebelum zaman FB, aku dah lama maki orang yang suka foward email b.o.d.o.h-b.o.d.o.h, sekarang zaman FB, korang ‘like’ dan ‘share’ fakta b.o.d.o.h-b.o.d.o.h pulak.., tolonglah jangan jadi malas macam lembu..

Islam dah ajar, apa apa berita, kena ada bukti, nak tuduh orang berzina, kena ada bukti, tuduh orang mencuri, kena ada bukti, Saidina Ali waktu jadi pemerintah, baju besi beliau kena curi oleh orang yahudi, bila pencuri di tangkap, dan bila masuk mahkmah yang mana hakim mahkamah di lantik oleh saidina Ali, dan bila hakim minta bukti, maka saidiana Ali panggil anak dia jadi saksi, tapi hakim tolak mengatakan bukti tak kuat sebab kanak kanak jadi saksi, dan dari keluarga sendiri pulak tu, mungkin akan bias, maka saidina Ali akur, dan baju besi itu jadi hak milik yahudi tadi, terus yahudi tu masuk islam sebab terkesan dengan keadilan dalam islam menilai fakta.

Maka, Aku pesan lagi sekali, jika tak tahu berita tu betul atau salah, lebih baik diam, tak payah berlagak pandai dengan bincang nampak berilmiah, tapi b.o.d.o.h tahap gaban..

Kadang kadang korang akan nampak b.o.d.o.h bila diam, tapi apabila korang berkata-kata, dah tak nampak b.o.d.o.h lagi, tapi memang Sah b.o.d.o.h! –woha!

Jadi, hentikanlah sikap dapat berita terus like dan share, tak ada faedah langsung aku tengokl nampak benar korang b.o.d.o.h dan malas,

Aku rasa puak puak ni, jika terlibat dalam perang uhud di zaman nabi, lepas tu tiba tiba dengar berita nabi dah terbunuh, tentu korang ‘like’ dan ‘share’ sambil lari dan sebarkan kepada kawan kawan supaya lari dari medan perang macam orang munafik waktu mendapat berita nabi terbunuh, tapi sahabat nabi cool, bila dengar berita nabi dah terbunuh dalam perang uhud, terus siasat dengan merempuh barisan musuh sehingga nampak nabi masih hidup dan terus berjuang, pergi rujuk kitab bab perang uhud jika nak tahu detail,

Akhir kata, Hentikanlah sikap “like” berita sampah dalam FB, dan “Share” berita fitnah, jika tak nak masuk neraka..

Baru baru ni, gara gara berita palsu yang di sebarkan dalam FB dan di ‘like’ serta ‘share’ oleh orang b.o.d.o.h yang mudah percaya semua berita dengan sentimen, telah membuatkan india 'hampir' menjadi huru hara.. (sumber)

Ok, dah sampai ke shah alam.

Akupun turun dari komuter dengan kesimpulan, orang kita ni mudah diperb.o.d.o.hkan sebab malas membaca dan berkawan dengan orang yang sama malas membaca, sebab tu ramai kena tipu dalam bab dunia (bisnes MLM) dan bab akhirat (politik so call islamik)..



Sumber: http://keretamayat.blogspot.com
 
Last edited:

AureLia

Super Active Member
Joined
Nov 9, 2008
Messages
7,706
Reaction score
315
Points
81
Rasanya macam dah ada dah thread psl ni...
 

juweialhaj

Super Active Member
Joined
Apr 1, 2011
Messages
8,521
Reaction score
94
Points
70
berat ilmu ni nak baca perabis. post 1 je baca. fuh
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register