BTC USD 19,857.8 Gold USD 1,709.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hudud: Keutamaan pastikan kerajaan stabil, tunggu keadaan mengizinkan - Mohd Amar

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,786
Top Poster #8
Joined
Jun 17, 2007
Messages
30,786
Reaction score
4,128
Points
261
Awards
1
Hudud: Keutamaan pastikan kerajaan stabil, tunggu keadaan mengizinkan - Mohd Amar
F359435-B-8-C2-D-4768-8-E16-FCF6-B3-A3-A550.jpg

Vivi Sumanti
Ogos 4, 2022 02:50 MYT

Hudud: Keutamaan pastikan kerajaan stabil, tunggu keadaan mengizinkan - Mohd Amar
MOHD AMAR: Apabila kita senyap dari segi perundangan, usaha beri kefahaman kepada masyarakat diteruskan, sebagai contoh, sambutan Hari Hududullah ini. - Gambar fail

KOTA BHARU: Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, keutamaan Pas pada waktu ini adalah memastikan kerajaan yang ada di Malaysia kekal dan stabil.

Pada masa sama, beliau mengakui, kedudukan Pas dalam kerajaan tidak kuat.


"Pas ini, antara matlamat perjuangan kita adalah untuk melaksanakan syariat Islam, termasuklah undang-undang hudud. Dan ia kekal sebagai agenda kita. Sebab, perjuangan kita tak berubah.

"Cuma, dalam keadaan tertentu, ada keutamaan. Macam sekarang, orang tanya, kenapa kita senyap? Sebab, keutamaan sekarang ini ialah memastikan kerajaan Malaysia kekal dan stabil.

"Dan kita tahu, kedudukan kita dalam kerajaan pun tak kuat. Jadi, kita tunggulah dulu," katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Hududullah di sini hari ini.

Mohd Amar yang juga Naib Presiden Pas berkata demikian ketika ditanya sama ada hudud masih menjadi agenda perjuangan Pas atau sebaliknya, selepas berada dalam Kerajaan Persekutuan.

"Mungkin lepas pilihan raya sebagai contoh, atau suasana yang mengizinkan kerana kesedaran masyarakat dan sebagainya, kita kemukakan balik.

"Sebab itu, apabila kita senyap dari segi perundangan, usaha beri kefahaman kepada masyarakat diteruskan, sebagai contoh, sambutan Hari Hududullah ini, usaha kita bagi kefahaman kepada masyarakat.

"Pertama, kita nak sedarkan masyarakat tentang tanggungjawab melaksanakan undang-undang Islam. Kemudian, nak bagi kefahaman kepada mereka yang berpandangan negatif terhadap undang-undang Islam," tambah beliau.

Menyentuh mengenai sambutan Hari Hududullah yang menjadi acara tahunan kerajaan negeri, beliau memaklumkan, ia akan diteruskan bagi memberikan kefahaman kepada masyarakat.

"Terdapat beberapa isu dalam perlaksanaan hukum Islam, pertama sekali kejahilan. Kalau kita guna bahasa itu, kejahilan masyarakat, orang tidak faham.

"Jadi, sebab itu, tanggungjawab memberi kefahaman ini penting. Ia di atas bahu para imam, ustaz-ustaz, ahli-ahli agama, mereka yang berpendidikan Islam.

"Mereka inilah yang bertanggungjawab memberi kefahaman kepada masyarakat. Antara masalah sekarang ini, ramai orang tidak faham.

"Apabila sebut undang-undang Islam, terus terfikir dalam kepala dia, potong tangan. Asal mencuri, potong tangan. Dia tidak tahu syarat-syarat atau kriteria-kriteria yang perlu dipatuhi," tambahnya.

Mohd Amar berkata sambutan Hari Hudud akan diadakan setiap setiap tahun sehinggalah wujud kesedaran menyeluruh serta kesediaan masyarakat terutama pengundi untuk menerima perlaksanaan undang-undang berkenaan.

" Macam di Kelantan Alhamdulillah majoriti orang Kelantan ini sudah boleh terima sebab itu dia mengekalkan kerajaan Pas di Kelantan tapi tanggungjawab kita ialah di luar daripada Kelantan, seluruh negara," jelasnya.

#Mohd Amar Nik Abdullah #hudud #PAS #kerajaan stabil

 
Sponsored Post

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
10,736
Top Poster #1
Joined
Jun 5, 2022
Messages
10,736
Reaction score
1,526
Points
191
aktif betul amar keluarkan statement
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,786
Top Poster #8
Joined
Jun 17, 2007
Messages
30,786
Reaction score
4,128
Points
261
Awards
1
Pas kencing kita takpe
Tipu sunat
 

jaws_am

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,283
Top Poster #6
Joined
May 29, 2008
Messages
22,283
Reaction score
9,703
Points
481
Awards
1
Aku berani kerat kuku, pas x akan berjaya membentuk kerajaan yg stabil. Seterusnya gagal nk bawa islam yg lebih baik.. Antara faktor yg aku boleh list..

1) puak2 kapir takkan benarkan islam ditegakkan di malaysia.. Mereka lebih suka islam so-so je..

2) puak2 melayu liberal, melayu bijak pandai yg study berkiblatkan ekonomi kapir x suka islam tertutup.. Mereka lebih suka islam moden.. Mindset kena open sikit.. Zaman dh berubah.. Takkan semua nak ikut cara nabi ? Kena bawa cara sendiri, budaya yg lebih terbuka.. Human right.. Jgn nak tertutup sangat.. Sama rata.

3) Kerajaan yg stabil tak dpt dibentuk kerana melayu liberal/bijak pandai berorentasikan barat juga ada votenya tersendiri.. Let say cth pecahan yg kita akan dpt begini :

Vote Melayu islam : 30%~35%
Vote Melayu liberal/ bijak pandai : 25%~30%
Vote bukan melayu jenis sederhana : 5%
Vote bukan melayu jenis liberal : 35%

Ini adalah cth kerajaan yg bakal dibentuk.. Itu pun jika..melayu islam nak combine dgn melayu liberal..

---

Ini cara aku baca masalah, kemudian aku nk tgk implement..

Maka agak sukar utk PAS tarbiah melayu liberal/ bijak pandai.. Kemudian PAS juga agak sukar untuk mendekati golongan bukan melayu.. Kerana persepsi bukan melayu terhadap PAS sebagai kerajaan islam yg tertutup.. PAS bukan nak bawa ekonomi atau mindset bisness bila mentadbir.. PAS cuma nak bawa islam yg lebih baik ke dalam negara..

Apa yg PAS nak bawa hanya logik utk orang melayu islam..

Logiknya gini..

Jika kita ikut full syariat islam, maka Allah akan bantu kita mencapai kejayaan.. Ini kira basic logik.. Dlm istilah lain mencari keberkatan hidup di muka bumi Allah..

Kita x perlu cukai lhdn, bank riba, pusat judi, kilang arak, pusat hiburan dll benda yg membawa kerosakkan..

Kita nak Zakat,baitulmal,jizyah di kembangkan fungsinya..

Tp klo kita cakap kpd golongan melayu bijak pandai/liberal, mereka takkan setuju.. Bagi mereka Ianya satu bentuk definasi "islam kolot"
 

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
10,736
Top Poster #1
Joined
Jun 5, 2022
Messages
10,736
Reaction score
1,526
Points
191
pas kan kalah teruk pru lepas
dapat kelate + tganu je
susah pas nak solo
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,786
Top Poster #8
Joined
Jun 17, 2007
Messages
30,786
Reaction score
4,128
Points
261
Awards
1
17 tahun berlalu, masih tiada hudud di Kelantan
D4406-AD7-71-C3-412-C-9819-8-A7-C78-F004-C5.jpg

Walaupun perjuangan dan hasrat PAS untuk mengangkat serta melaksanakan hukum hudud masih belum tercapai. Saban tahun kerajaan negeri pimpinan PAS sekadar berpuas hati dan bermegah dengan meraikan sambutan Hari Hududullah peringkat negeri.

Pada tahun ini penganjurannya kali ke-17 diadakan dalam usaha PAS memberi kefahaman dan penjelasan berhubung pelaksanaan undang-undang Islam atau hukum hudud.
1249-F035-3686-4-FC1-920-C-743-AC5-EA964-A.jpg

Pada sambutan yang berlangsung semalam, pihaknya penganjur kali ini menampilkan beberapa acara antaranya forum bertajuk "Undang-undang Islam: Celaru dan keliru?", ceramah, pameran dan demonstrasi sebatan oleh Jabatan Penjara Malaysia dan pemeriksaan kesihatan percuma.


Dianggarkan lebih 500 hadirin yang menghadiri sambutan kali ini terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk guru dan pelajar-pelajar pondok.

Pengisian kemuncak pula diakhiri dengan majlis perasmian oleh Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob.

Ahmad dalam ucapannya antara lain memberi penegasan terhadap isu gejala sosial yang mempengaruhi rakyat Kelantan.

Menurutnya, Kelantan juga terkena tempias selepas kebudayaan barat mendominasi setiap aspek kehidupan masyarakat.

"Oleh itu kerajaan Kelantan tidak berdiam diri, mengambil langkah drastik untuk mengekang penularan ini daripada menjadi darah daging dan budaya masyarakat Kelantan.

"Kerajaan negeri menggariskan dasar pencegahan gejala sosial, dasar pendidikan rabbani dan budaya komuniti rabbani di bawah budaya yang ketujuh iaitu budaya amal makruf nahi mungkar.

"Selain itu kerajaan menguatkuasakan undang-undang baru iaitu Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1 (2019) yang mula dikuatkuasakan pada November 2021," katanya.


Sementara itu Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Mohd Nassuruddin Daud berkata, kerajaan negeri mengambil sikap dan peranan untuk menjadikan sistem perundangan Islam dilaksanakan seperti yang tercatat di dalam al-Quran.

"Program yang disusun dengan ceramah, forum dan pameran ini bertujuan memberi penjelasan berkenaan dengan isu perundangan Islam yang semakin berlegar-legar dalam masyarakat awam hari ini.

"Kupasan dan input serta pencerahan daripada penceramah dan ahli panel dapat membantu masyarakat mencari jalan kebenaran dan memastikan kekeliruan dan kecelaruan tentang Undang-Undang Islam dapat diselesaikan," katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis perasmian program itu.
 
Sponsored Post

Top
Log in Register