Hudud hanya slogan (isu lapuk) : Najib

CG Sponsors




tomie

CG Hardcore Club
Joined
Dec 25, 2006
Messages
73,884
Reaction score
8,265
Points
716
Hudud hanya slogan: Najib

Pas sengaja bangkit isu menjelang pilihan raya kecil

KUALA LUMPUR: Pas sengaja membangkitkan semula isu pelaksanaan hukum hudud dan qisas untuk dijadikan slogan politik menjelang pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu, bulan depan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Sambil menyifatkannya sebagai isu lapuk, Timbalan Perdana Menteri berkata, isu itu sering dibangkitkan setiap kali musim pilihan raya, tetapi sehingga kini tiada apa yang dilakukan Pas untuk melaksanakannya walaupun berpeluang memerintah beberapa negeri.

"Itu dah lama cerita tu, ini bukan perkara baru. Masa di Kelantan pun dia tidak buat lagi, di Terengganu pun dia tak buat. Jadi setiap kali timbul dijadikan sebagai isu," katanya pada sidang media selepas majlis perjumpaan serta dialog bersama ulama dan umara di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa kelmarin, yang berjanji parti itu akan tetap melaksanakan hukum hudud dan qisas sebaik saja Pakatan Rakyat mengambil alih kepimpinan negara melalui pilihan raya umum.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang ditemui pemberita di Kota Bharu pula berkata, Pas sedia berbincang dengan parti dalam Pakatan Rakyat mengenai hukum hudud.

"Jika mereka tidak mahu menerima, mereka perlu ada alasan kenapa tidak boleh menerimanya," kata Menteri Besar Kelantan itu.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam sidang akhbar di Pulau Pinang menegaskan parti itu membantah pelaksanaan hukum hudud dan isu berkenaan tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum Mac lalu.

Mengulas lanjut, Timbalan Perdana Menteri turut mempersoalkan mengapa isu itu tidak diperjuangkan Pas dalam manifestonya pada pilihan raya umum lalu, sebaliknya parti itu memperjuangkan slogan negara kebajikan.

"Tetapi sekarang nampaknya pemimpin Pas bercakap mengenai pelaksanaan hukum hudud. Ini soal kredibiliti. Mereka menjadikan isu ini sebagai isu politik," katanya.

Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Januari depan sebagai tarikh penamaan calon dan pengundian pada 17 Januari.
 
Last edited:
Sponsored Post

tapirbawaklori

Super Active Member
Joined
Oct 24, 2007
Messages
8,149
Reaction score
207
Points
73
na uzubillah ....kadangh kala bender camni la yang mendatang kan peristiwa 2 tsunami dan ribut dan macam2 petaka....

tak paham jgn la ckap memcam...

aku yg tak paham...hudu ni tuk org Islam..yang cino ngan india takut apasal?....

nampak takkk??!! belum laksana hukum islam lagi..baru sebut jer cina ngan india takut..
 

tomie

CG Hardcore Club
Joined
Dec 25, 2006
Messages
73,884
Reaction score
8,265
Points
716
na uzubillah ....kadangh kala bender camni la yang mendatang kan peristiwa 2 tsunami dan ribut dan macam2 petaka....

tak paham jgn la ckap memcam...

aku yg tak paham...hudu ni tuk org Islam..yang cino ngan india takut apasal?....

nampak takkk??!! belum laksana hukum islam lagi..baru sebut jer cina ngan india takut..
umno yg gertak
tu yg depa takut :(scam
 

SOUL86F

Legendary Member
Joined
Jan 22, 2008
Messages
10,969
Reaction score
115
Points
123
na uzubillah ....kadangh kala bender camni la yang mendatang kan peristiwa 2 tsunami dan ribut dan macam2 petaka....

tak paham jgn la ckap memcam...

aku yg tak paham...hudu ni tuk org Islam..yang cino ngan india takut apasal?....

nampak takkk??!! belum laksana hukum islam lagi..baru sebut jer cina ngan india takut..
sebab ada org islam sendiri yg menentang n menaku2kan depa dgn hukum hudud...
jd sama la org islam tu ngan org kapir yg x nak hdud tu...jgn nak mengaku memperjuangkan islam...syoh2:p:p
 

bellaluna

Legendary Member
Joined
Jun 12, 2008
Messages
11,891
Reaction score
2
Points
115
cam PM bkn islam punye ckp plak. :-?:-?
 

bellaluna

Legendary Member
Joined
Jun 12, 2008
Messages
11,891
Reaction score
2
Points
115
sebab ada org islam sendiri yg menentang n menaku2kan depa dgn hukum hudud...
jd sama la org islam tu ngan org kapir yg x nak hdud tu...jgn nak mengaku memperjuangkan islam...syoh2:p:p
kalo takot jgn lar buat kesalahan. [-([-(
 

badrush

Super Active Member
Joined
Sep 4, 2008
Messages
5,519
Reaction score
18
Points
65
hukum islam buat memain....

patut dah lama laksanakan...
 

kenanga

Fun Poster
Joined
Feb 21, 2008
Messages
798
Reaction score
1
Points
15
sebab ada org islam sendiri yg menentang n menaku2kan depa dgn hukum hudud...
jd sama la org islam tu ngan org kapir yg x nak hdud tu...jgn nak mengaku memperjuangkan islam...syoh2:p:p
Orang2 umNO-Islam Hadhari itulah yg tak mahu hudud (dengan cakap putar belit). Tak tahu pasal hudud pun menyampuk, nak cakap lebih2. Kemudian provoke org2 kapir, hukum hudud habis tangan kena potong. Islam hadhari, mazhab baru ciptaan umno kot?
 

sconsult

CG Top Poster Club
Joined
Dec 10, 2007
Messages
22,646
Reaction score
655
Points
161
Najib tak pernah baca Quran ke? Hudud ada diceritakan di dalam Al-Quran. Hudud kan perintah Allah.
 

ezis2u

Super Active Member
Joined
Aug 1, 2008
Messages
9,747
Reaction score
22
Points
65
na uzubillah ....kadangh kala bender camni la yang mendatang kan peristiwa 2 tsunami dan ribut dan macam2 petaka....

tak paham jgn la ckap memcam...

aku yg tak paham...hudu ni tuk org Islam..yang cino ngan india takut apasal?....

nampak takkk??!! belum laksana hukum islam lagi..baru sebut jer cina ngan india takut..
bukan takat cina india jer takut yg bagi komen tu pun takut gak...
:(scam:(scam:(scam
 
Sponsored Post
Top
Log in Register