Hudud - Antara agama dan politik

CG Sponsors




skomeng13

Junior Member
Joined
Dec 22, 2008
Messages
57
Reaction score
2
Points
11
Cam kita sedia maklum, PAS nak tegakkan hudud dlm Malaysia ni, utk menyahut status Malaysia sbg negara Islam....

Tp, sbg Muslim, adakah kita perlu berharap pd PAS saja utk tegakkan hudud?

Naper kita tolak hudud?

Naper kita guna hukum dunia sdgkan yg akan mengadili kita di Akhirat nnt adalah Allah?

Pemahaman berkenaan hukum hudud ni jugak masih tak jelas di kalangan kita, apatah lg bg penduduk bukan Islam di Malaysia.

Sorry, aku pun bukanlah org kuat beragama tp terdetik hati aku nak luahkan. Dan aku bukan la sokong mana2 parti politik lg memandangkan aku belum penah mengundi lg...hihi....

Bg aku, hudud ni mengajar manusia berdisplin dlm hidup dan agama.
 
Sponsored Post

tEnuKLang

Super Active Member
Joined
Nov 6, 2007
Messages
5,656
Reaction score
3
Points
65
hukum had atau kata majmuk nya hudud (sebab ada beberapa peruntukan hukum dalam hal ni) sebenarnya adalah hak mutlak Allah.
Hak Allah ni termasuklah hak eksklusif utk disembah, hanya allah sahaja yg berhak disembah...hudud ni juga hak mutlak Allah, kesalahan yg bersabit dgn hukum ini tidak blh dihukum selain hukum had melainkan pihak pendakwaan gagal membuktikan secara konkrit mengikut ketetapan yg islam tetap kan.

dalam hukum Qisas plak (off topik sket), itu adalah hak eksklusif mangsa atau waris mangsa (sekiranya mangsa dibunuh). mahkamah juga menurut Islam tidak layak menjatuhkan hukuman atau pengampunan sekiranya terbukti bersalah. Pengampunan hanya blh diberikan oleh si mangsa dgn syarat diat (denda2 tertentu) dibayar pada si mangsa sbg pampasan.

Islam itu sesungguhnya cukup cantik meletakkan setiap perkara pada haknya. :)
 

elegan

Active Member
Joined
Nov 10, 2008
Messages
1,421
Reaction score
1
Points
25
kat mesia ni...sume bende yg parti lain nak buat...

sume xle ikt wpun ISLAM dah suh ikt dah....

xsdh duk gaduh...alih2 cina ngan india duk melalak...
sume xle...padehal yg ats kat mesia ni...org islam gak
 

wmrn1

Active Member
Joined
Jul 11, 2008
Messages
1,730
Reaction score
3
Points
25
Hudud adalah salah satu cabang dlm Islam. Sepatutnya para ulamak terutama Majlis Fatwa Kebangsaan mengambil pendekatan proaktif mempromosikan ajaran Islam sebagai cara hidup bukan sibuk dgn isu picisan spt yoga dsbnya. Sebenarnya mereka takut apabila Islam menjadi cara hidup maka berkuburlah UMNO/BN dari muka bumi ini. Cuba perhatikan soalan lelaki Cina dlm Debat Transformasi Politik Husam-Khairy di KB, nampaknya beliau lebih faham tujuan Islam utk makhluk berbanding melayu Islam dlm UMNO.Syabas PAS, kerana berjaya mentarbiah bukan Islam di Kelantan.
 

langgas

Fun Poster
Joined
Dec 19, 2008
Messages
258
Reaction score
0
Points
15
tak berani nak cakap

aku tak berani nak komen, saya pun jahil
 

skomeng13

Junior Member
Joined
Dec 22, 2008
Messages
57
Reaction score
2
Points
11
jadi sama2 kita mencari ilmu...
kgn terus jahil...
 

skomeng13

Junior Member
Joined
Dec 22, 2008
Messages
57
Reaction score
2
Points
11
Hukuman hudud, qisas, diyat dan ta`zir diperuntukkan dalam qanun jinayah syar`iyyah adalah bertujuan untuk menjaga prinsip perundangan Islam yang tertakluk di bawahnya lima perkara:

1. Menjaga agama, iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak terpesong dari aqidah yang sebenar dan tidak menjadi murtad. Orang yang murtad akan disuruh bertaubat terlebih dahulu dan sekiranya dia enggan bertaubat maka hukuman bunuh akan dikenakan ke atas mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka bunuhlah dia." (Riwayat Bukhari)

2. Menjaga nyawa, iaitu menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuklah menjaga anggota tubuh badan seseorang dari dicederakan atu dirosakkan. Sesiapa yang membunuh manusia atau mencederakan anggota tubuh badan mereka itu dengan sengaja wajib dijatuhkan hukuman qisas atau diyat sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan di dalam hukum qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu bertaqwa." (Surah Al-Baqarah, 2:179)

3. Menjaga akal fikiran, iaitu memelihara akal fikiran manusia dari kerosakan disebabkan minum arak atau minuman-minuman yang memabukkan. Mereka yang meminum arak wajib dijatuhkan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Saiyidina Ali di dalam sebuah hadith yang bermaksud:

"Rasulullah s.a.w. telah menyebat orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saiyidina Abu Bakar telah menyebat empat puluh kali sebat juga, dan Saiyidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali .

4. Menjaga keturunan, iaitu memelihara manusia dari melakukan perzinaan supaya nasab keturunan, perwalian dan pewarisan anak-anak yang lahir hasil dari persetubuhan haram itu tidak rosak. Orang yang melakukan perzinaan wajib dijatuhkan hukum sebat dan rejam sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada `Ubadah bin As-Somit r.a. yang bermaksud:

"Ambillah peraturan daripada aku, ambillah peraturan daripada aku. Sesungguhnya Allah telah memberi jalan untuk mereka. Perawan dengan jejaka yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat, dan dibuang negeri selama setahun. Dan janda dengan janda yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat dan direjam." (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

5. Menjaga harta benda, iaitu memelihara harta benda manusia dari dicuri dan dirompak dengan menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri, dan menjatuhkan hukuman mati atau potong tangan dan kaki kedua-duanya sekali atau dibuang negeri ke atas perompak. Hukuman ini tertakluk kepada cara rompakan itu dilakukan sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan orang lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri maka (hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah maha Kuasa lagi Maha Bijaksana." (Surah Al-Ma'idah: 38)

Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud:

"Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi (melakukan keganasan merampas dan membunuh orang di jalan ) ialah dengan balasan bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas sahaja, atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman awam). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab siksa yang amat besar." (Surah Al-Ma'idah: 33)
__________________
 

skomeng13

Junior Member
Joined
Dec 22, 2008
Messages
57
Reaction score
2
Points
11
1.Apakah hukum melaksanakan hudud dan Qisas atau lain-lain hukum Allah? Siapakah yang bertanggungjawab melaksanakannya?

a) Hukum melaksanakan hudud dan qisas atau syari’at ialah wajib. Dalilnya banyak: antaranya,” dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dgn apa yg diturunkan Allah dan janganlah kamu menurut kehendak hawa nafsu mereka” AQ 5:49
b) siapakah yg bertanggungjawab melaksanakannya?
Yang pertama dan utama ialah Penguasa kerana kuasa yg mereka miliki. Kedua ialah rakyat yg beriman melaksanakan syari’at dalam bentuk yg tidak memerlukan penguatkuasaan spt syari’at dalam rumahtangganya. (Dr Qardhawi, Malameh alMujma’ alMuslim allazi nansyuduhuu, ms 287-288)

2.Jika dibandingkan antara tidak melaksanakan hudud dan meninggalkan solat (atau mungkin ada bandingan lain?), manakah yang lebih berdosa?

Meninggalkan hudud menjadikan kerajaan itu kafir, zalim dan fasiq (AQ 5: 44,45 &49); manakala meninggalkan solat dgn sengaja menjadikan seseorang itu kafir (Muslim,alIman/82, Termidzi, alIman/2622) dari Jabir ra,”pemisah antara seseorang dgn kekafiran ialah meninggalkan solat.”

3. Jika sebuah negara yang demokrasi tidak melaksanakan hudud dan qisas, siapakah yang mendapat habuan dosanya?

Oleh kerana hudud dan qisas melibatkan kuasa politik, maka sudah tentu dosa dipikul oleh yg berkuasa. Juga terhadap rakyat yg mengangkat kuasa politik tersebut. Dalil: “hai orang2 beriman, hendaklah kamu menjadi orang yg selalu menegakkan keadilan.” AQ5:8

4. Apakah kategori dosa (eg. besar/kecil) tidak melaksanakan hukuman hudud dan menggantikannya pula dengan hukum ciptaan manusia?

kategori dosanya ialah kafir (AQ 5: 44), zalim (AQ 5:45), fasiq (AQ 5: 49)
 

ApoKalypse

Active+ Member
Joined
Dec 2, 2007
Messages
3,333
Reaction score
40
Points
30
hukum hudud ni wajib dilaksanakan didalam negara yg majoritinya penduduk Islam... tu pon ada org reka 1001 alasan utk hudud ni x dilaksanakan, bergelumanglah dia dgn dosa!
 
Sponsored Post
Top
Log in Register