BTC USD 94,337.1 Gold USD 2,689.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hubungan PAS-Bersatu Tunjuk Bibit Kelemahan - Fahmi

Md Hanif

Fun Poster
Messages
784
Joined
Jun 13, 2023
Messages
784
Reaction score
58
Points
25
9067bf9fb024002ff0de8b9f9a8eafad67458068ddcb7

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan PAS dan Bersatu bagaikan ‘retak menanti belah’, kata Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PKR menyifatkan hubungan pembangkang PAS-Bersatu semakin panas berikutan ‘perbalahan’ isu ‘poster boy’ (calon Perdana Menteri) dalam PN dan terbaharu pengguguran wakil Bersatu dalam rombakan Kabinet Negeri Perlis.

Selain isu dalaman, beliau turut menyifatkan prestasi pembangkang sebagai semak dan imbang juga sendu, terutama di dalam sidang Dewan Rakyat.

“… baru-baru ini kita lihat desakan pengerusi (PN) cari ‘poster boy’ baharu, ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) digugurkan di Perlis dan acara besar di Terengganu tidak dijemput pimpinan tertinggi Bersatu, ini bibit-bibit menunjukkan kelemahan dalam PN dan hubungan yang semakin renggang, semakin hari semakin jelas.

“Sudah pasti juga performance pembangkang di Parlimen cukup sendu bila mereka tidak boleh membincangkan isu yang substansif, malah untuk dua tahun berturut mereka gagal tampilkan belanjawan alternatif, kita lihat ini retak menanti belah,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Aplikasi MYTV Mana-Mana di IHU Proton, di ibu negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung pengguguran dua ADUN Bersatu daripada jawatan Exco kerajaan Perlis pimpinan PN.

Menurut laporan sebuah portal berita tempatan, alasan pengguguran ADUN berkenaan bukan disebabkan prestasi tugas sebaliknya didakwa atas faktor politik.

Sebelum ini ‘perbalahan’ dalam PN terserlah, apabila Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam satu kenyataan mengesyorkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon tunggal jawatan perdana menteri PN pada pilihan raya umum akan datang, namun cadangan itu diselar Mursyidul Am PAS Hashim Jasin yang menegaskan parti itu lebih layak memimpin PN sekali gus menolak cadangan Muhyiddin sebagai calon PM gabungan itu.

Sementara itu, mengulas polemik penggunaan dwibahasa di papan tanda, beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) sudah menetapkan peraturan bagi penggunaan bahasa di papan tanda kedai atau premis.

Justeru, Fahmi berkata tidak sepatutnya perkara itu dijadikan polemik kerana pemilik premis seharusnya mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Kita sedar setiap PBT ada menetapkan peraturan tertentu termasuk papan tanda kepada peniaga mereka harus faham dan patuh.

“Isu ini tidak patut dipolemikkan, tetapi dalam aspek penguatkuasaan, diharapkan ia tidak bersifat bermusim misalnya ditonjolkan di media sosial baru ambil tindakan, sewajarnya pemantauan sentiasa dibuat.

“Sekiranya papan tanda itu dari awal lagi dikenal pasti melanggar peraturan, jangan tunggu bertahun baru ambil tindakan kerana boleh mencetuskan persepsi berbeza kepada rakyat…perlu berlaku adil dari awal,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai lambakan papan tanda premis dan kedai di ibu negara yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan dan mencetuskan polemik malah menjadi perdebatan antara Ahli Parlimen di Dewan Rakyat baru-baru ini.

-- BERNAMA
 
Sponsored Post

c31edaf2abb401f09c453d526f638237.jpg

PAS tuntut jawatan Hamzah

Pemuda PAS mencadangkan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dilantik sebagai Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) yang baru.

Ketua pergerakan itu Afnan Hamimi Taib mencadangkan perkara itu memandangkan Hamzah Zainuddin (atas) diberi mandat baru sebagai timbalan presiden Bersatu.

“Cadangan ini adalah sesuai dengan pengalaman dan senioriti YB Datuk Seri Takiyuddin di dalam Perikatan Nasional, lebih-lebih lagi beliau sebelum ini adalah merupakan timbalan setiausaha agung Perikatan Nasional,” katanya.

b9468b7e540a688db49989579b815dbe.jpg

Dalam pemilihan Bersatu baru-baru ini, Hamzah menang tanpa bertanding bagi jawatan nombor dua parti menggantikan Faizal Azumu yang bertanding jawatan lebih rendah (naib presiden).

Keputusan itu sebahagian daripada rundingan dalaman Bersatu bagi mengelakkan perpecahan

5829f21f83286a1ee3e4cc47e525ed96.jpg

Mengikut amalan, timbalan Presiden Bersatu dilantik sebagai salah seorang Timbalan Pengerusi PN bersama-sama Presiden PAS dan Presiden Gerakan.

Bersatu masih belum melantik pengganti Hamzah sebagai Setiausaha Agung parti, walaupun terdapat spekulasi Azmin Ali akan dilantik ke jawatan tersebut.

Cadangan Pemuda PAS agar parti itu diberikan jawatan Setiausaha Agung PN muncul seminggu selepas pertikaian antara PAS dan rakan-rakan PN lain mengenai calon perdana menteri gabungan itu.

Ahmad Faizal menyatakan calon tersebut sepatutnya adalah pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, manakala Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, berpendapat calon dari parti Islam itu lebih layak.

jawatan PM pas tanak. jawatan PN Pas taknak

bagus pas tak meminta2 😂😆😂
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register