BTC USD 38,983.7 Gold USD 1,809.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hubungan AS-Russia pada 'titik terendah' - Putin

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,337
Reaction score
5,184
Points
721
WASHINGTON: Presiden Russia, Vladimir Putin menyuarakan harapannya supaya Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden tidak terlalu impulsif berbanding pendahulunya, Donald Trump, menjelang sidang kemuncak pertama beliau dengan pemimpin AS itu.


Dalam temu bual bersama NBC News, Putin menyifatkan Biden sebagai 'lelaki berkerjaya' yang sudah menghabiskan hidupnya dalam politik.


Meskipun beliau menggambarkan hubungan dengan AS sudah merosot pada tahap terendah sejak beberapa tahun terakhir ini, Putin berharap dapat bekerjasama dengan Biden.


"Menjadi harapan besar saya, ya.. ada beberapa kelebihan, kekurangan, namun tidak akan ada tindakan berasaskan pandangan sendiri oleh presiden AS sekarang.

"Saya percaya bekas presiden AS, Trump adalah individu luar biasa, berbakat. Dia memiliki ciri yang pelbagai. Kamu mungkin suka atau tidak. Namun, beliau tidak berasal dari golongan berkuasa di AS," katanya menurut terjemahan NBC News.


Biden dijangka menyampaikan kebimbangan AS, termasuk dakwaan campur tangan dan penggodaman pilihan raya Russia, dalam sidang kemuncak bersama Putin pada Rabu depan di Geneva.


Putin secara terbuka mengakui menyokong Trump dalam pungutan suara 2016, selepas Trump menyuarakan rasa kagum terhadap pemimpin Russia itu.


Biden pula menyatakan tidak tersalah anggap mengenai Putin dan menggambarkannya sebagai 'pembunuh' berikutan insiden kematian berprofil tinggi termasuk pengkritik Kremlin, Boris Nemtsov.


Ditanya secara langsung apakah beliau 'pembunuh', Putin tergelak, namun tidak memberikan jawapan ya atau tidak.


"Selama ini, saya sudah biasa diserang dari pelbagai sudut dan dari semua jenis kawasan dengan dalih dan alasan yang pelbagai dan tiada yang mengejutkan saya," katanya sambil menambah 'killer' satu istilah 'macho' yang biasa digunakan dalam Hollywood.


"Ia menjadi sebahagian budaya politik AS yang dianggap normal. Oleh itu, di sini, ia tidak dianggap normal," katanya.


Putin juga menyifatkan laporan Washington Post bahawa Russia merancang sistem satelit canggih untuk Iran yang akan digunakan untuk mengesan sasarannya sebagai berita palsu.


"Paling tidak, saya tidak tahu apa-apa mengenai perkara itu. Itu hanya dakwaan tidak berasas," kata pemimpin Russia itu ketika diwawancara dari Kremlin.


Menurut penyampai program itu, Keir Simmons, Putin juga menafikan tahu mengenai serangan siber di AS dan meminta Biden membuat perjanjian dengan Russia secara maya. - AFP

 
Sponsored Post

pedang_setiawan

Active Member
Joined
Nov 16, 2010
Messages
1,107
Reaction score
326
Points
51
Joe Biden ni kalu tgk kelakuan dia mmg ada masalah mental di usia tua...better Trump lagi dari segi mental...dia dgn cakap merapu, rasict , bergaduh dgn voter serta perlakuan dia dgn kanak2 memang memelikkan. Dia punya VP pun sama, Kamala Harris....cakap tak konsisten...bila x boleh jawap, dia pusing dgn benda lain n gelak je...harap media depa je byk dok cover 2 ekoq ni...Putin mmg cerdik...maklum la bekas KGB
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,337
Reaction score
5,184
Points
721

President Joe #Biden used his first appearance at a #NATO summit since taking office to call on Russian President Vladimir #Putin to step back from provocative actions targeting the U.S. and its allies on Monday. NATO leaders joined the United States in formally accusing Moscow and Beijing of malign actions.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,337
Reaction score
5,184
Points
721

US President Joe #Biden has arrived in Geneva to round off his overseas trip with quite possibly his toughest diplomatic meeting yet. He's due to hold talks with Russian President Vladimir Putin.

Relations between the two countries are at an all-time low. Biden says the US isn't looking for conflict but does wants to establish dialogue with Moscow. Courtney Kealy reports.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,337
Reaction score
5,184
Points
721

Putin, Biden bincang keselamatan siber, senjata​


GENEVA: Presiden Russia Vladimir Putin semalam berkata, pertemuan dengan rakan sejawatan dari Amerika Syarikat, Joe Biden adalah 'konstruktif' dan kedua-dua pihak bersetuju membincangkan lebih lanjut mengenai keselamatan siber dan kawalan senjata nuklear.


"Perbualan dan perbincangan kami berduai benar-benar membina", kata Putin kepada wartawan selepas bertemu dengan Biden di Geneva.


Presiden Russia itu menggambarkan Biden sebagai 'individu yang membina, seimbang, sangat berpengalaman.


"Anda dapat melihatnya dengan segera," katanya.

Putin juga berkata, kedua-duanya setuju mengadakan rundingan bersama mengenai keamanan siber kerana kedua-dua negara itu mempunyai masalah penggodaman dan penjenayah siber.


Selain itu, Putin berkata, Russia dan AS sebagai kuasa nuklear juga mempunyai tanggungjawab khusus untuk mewujudkan kestabilan strategik dunia.


"Biden juga sudah membuat keutusan yang bertanggungjawab Februari lalu, iaitu untuk menyambung perjanjian nuklear yang baharu dan senjara Russia dan Amerika Syarikat.


"Persoalannya adalah apa yang akan berlaku seterusnya. Kami bersetuju bahawa rundingan akan dimulakan ... antara kementerian luar dan kementerian pertahanan," katanya. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,337
Reaction score
5,184
Points
721

US President Joe Biden and his Russian counterpart Vladimir Putin have concluded their Geneva summit, bringing to an end the first meeting between them since Biden took office in January.

The talks on Wednesday in Geneva, Switzerland, lasted about four hours, according to the White House. Addressing reporters following the meeting, Putin said he and Biden had agreed the US and Russia would return their respective ambassadors to their posts in a bid to lower tensions between the countries.

Russia’s ambassador to the US, Anatoly Antonov, was recalled from Washington about three months ago after Biden described Putin as a killer.

US Ambassador to Russia John Sullivan left Moscow almost two months ago after Russia suggested he return to Washington for consultations.

Prior to the summit, expectations for any substantial breakthroughs had been low, with Moscow and Washington both openly cool on the prospects of major progress.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register