Huawei sudah kalahkan Apple, mahu atasi Samsung tahun depan

Recommended Brokers


stuck

Active+ Member
Joined
Apr 12, 2007
Messages
3,684
Reaction score
102
Points
33
aku cuba jgk tkr apple ke huawei x kekok pakai android sebab mmg guna dua2,

so far games mmg x main sgt lebih pd kamera je sebab buat bisnes,

try pakai p20 kualiti gambar mmg superb tp kualiti video masih lg lebih kepada apple..
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
149,294
Reaction score
20,666
Points
1,661
Apple semakin tertekan


Apple berdepan tekanan hebat untuk menghasilkan telefon pintar boleh lipat seperti mana yang sudah diperkenalkan syarikat-syarikat teknologi Asia Samsung dan Huawei.

GERGASI teknologi San Francisco, Apple berdepan tekanan hebat untuk menghasilkan telefon pintar boleh lipat seperti mana yang sudah diperkenalkan syarikat-syarikat teknologi Asia Samsung dan Huawei.

Malah bakal mengekori dua syarikat teknologi itu ialah Xiaomi, LG Electronics, Vivo, Lenovo yang bakal memperkenalkan model telefon pintar boleh lipat masing-masing tidak lama lagi.

Memetik laporan portal digital Taiwan, Digitimes yang menemu bual beberapa peminat teknologi negara berkenaan, menyata kegagalan Apple untuk memperkenalkan telefon pintar boleh lipat akan menjejaskan kedudukan utama syarikat itu dalam pasaran telefon pintar.

Sementara itu, Samsung Display dikhabarkan sudah menghantar sampel paparan fleksible keluarannya kepada Apple dan Google sebagai sebahagian usaha mengembangkan penguasaan pasaran.

Dikatakan, Samsung menghantar paparan boleh lipat bersaiz 7.2 inci. Ia 0.1 inci lebih kecil berbanding paparan yang digunakan Galaxy Fold.

Sementara itu, satu pendedahan terbaru juga menunjukkan Pejabat Paten dan Tandadagang Amerika Syarikat memberi bayangan bahawa Apple sedang meningkatkan keupayaannya dalam bidang teknologi paparan OLED fleksibel.

iPhone yang pernah mendominasi pasaran telefon pintar kini menyaksikan penguasaanya semakin merosot.

Data pada suku keempat 2018 menunjukkan penguasaan iPhone merosot kepada 11.8 peratus dengan hanya 64.5 juta unit sahaja terjual pada tempoh berkenaan.

Ia tidak selari dengan jualan keseluruhan industri telefon pintar yang meningkat 0.1 peratus pada tempoh sama.


http://www.astroawani.com/berita-teknologi/apple-semakin-tertekan-laporan-200657
 

Ms Senorita

CG Journalist
Joined
Mar 31, 2014
Messages
694
Reaction score
265
Points
31
Huawei sekali lagi kalahkan Apple bagi pasaran telefon pintar global



HONG KONG (3 Mei): Huawei Technologies Co mengatasi Apple Inc dengan menduduki tempat ke-2 untuk sektor telefon pintar pada suku pertama, dan dalam usaha untuk mendapatkan pengiktiran bagi menggantikan Samsung yang berada dibahagian pasaran utama.

Rangkaian gergasi itu, tidak mempedulikan tuduhan kepadanya berhubung dengan bantuan kepada pengintipan Cina (dimana berulang kali menafikannya), pasaran meningkat sebanyak 50% daripada tahun sebelumnya, firma penyelidikan IDC menganggarkan. Ia adalah satu-satunya 4 nama teratas yang berjaya mengembangkan pasaran apabila keseluruhannya merosot pada suku keenam berturut-turut.

Huawei berjaya mengatasi Apple dan Samsung Electronics Co. dengan pertumbuhan bagi barisan peranti terkemuka terutamanya di pasaran yang berpusat China. Pembuat iPhone pada minggu ini menjangkakan jualan suku tahunan akan mengatasi jangkaan analisis, meramalkan permintaan untuk iPhone akan stabil berikutan cuti umum yang mengecewakan. Samsung juga menikmati kenaikan berbanding dengan suku keempat setelah pelancaran model S10 pada bulan Februari. IDC menjangkakan Huawei harus terus kekal ditempat ke-2 sepanjang 2019.

"Keseluruhan pasaran telefon pintar terus mencabar hampir kepada semua sektor, namun Huawei mampu berkembang maju sebanyak 50%," kata Ryan Reith, Naib Presiden Program bersama IDC Worldwide Mobile Device Trackers. "Kedudukan baru Samsung, Huawei, dan Apple yang kita lihat pada 2019 adalah seperti yang diramalkan.


===========================================


Huawei again overtakes Apple as global smartphone market tanks


HONG KONG (May 3): Huawei Technologies Co overtook Apple Inc to claim the No. 2 spot in smartphones in the first quarter, moving a step closer to its avowed ambition of displacing Samsung at the top of the market.

The networking giant, shrugging off a barrage of accusations that it aids Chinese espionage (which it’s repeatedly denied), grew shipments 50% from a year earlier, research firm IDC estimates. It was the only name in the top 4 that managed to expand volumes as the overall market slid for the sixth consecutive quarter.

Huawei’s been steadily gaining on Apple and Samsung Electronics Co with an increasingly high-end line-up of devices, particularly in its home market of China. The iPhone maker this week projected quarterly sales that topped analysts’ estimates, suggesting demand for iPhones has stabilized after a disappointing holiday period. Samsung also enjoyed a spike compared with the fourth quarter thanks to the launch of the marquee S10 range in February. IDC reckons Huawei should cling to the No. 2 spot over the rest of 2019.

“The overall smartphone market continues to be challenged in almost all areas, yet Huawei was able to grow shipments by 50%,” said Ryan Reith, program vice president with IDC’s Worldwide Mobile Device Trackers. “This new ranking of Samsung, Huawei, and Apple is very likely what we’ll see when 2019 is all said and done.”

Sumber : the edge markets
 

Attachments

Last edited:
  • Like
Reactions: TT

quackk

Active Member
Joined
Oct 27, 2012
Messages
1,455
Reaction score
72
Points
30
xiaomi! xiaomi! xiaomi! xiaomi! xiaomi!
 

faizk

Super Active Member
Joined
May 31, 2010
Messages
7,514
Reaction score
25
Points
70
hrp2 apple drop rege la.. bole la ambe merasa pki ipong
 

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
149,294
Reaction score
20,666
Points
1,661
Huawei kekal di tangga kedua



BENGALURU: Syarikat telekomunikasi China, Huawei mengekalkan kedudukan selaku vendor telefon pintar kedua terbesar di dunia pada suku pertama, sebelum disenaraihitamkan oleh Amerika Syarikat (AS), demikian menurut firma penyelidikan dan penasihat Gartner.


Gartner juga berkata, Huawei terus mengurangkan jurang dengan Samsung, tetapi memberi amaran bahawa pertumbuhan boleh dihadkan dalam tempoh terdekat.

AS pada 15 Mei menyekat Huawei daripada membeli barangan AS, mendakwa syarikat itu terbabit dalam kegiatan bertentangan dengan keselamatan negara.

Pentadbiran Trump melembutkan pendiriannya minggu lalu dengan memberi izin Huawei membeli barangan AS hingga 19 Ogos.

Gartner berkata, Samsung mengekalkan kedudukan itu dalam jualan telefon pintar di seluruh dunia, mencapai penguasaan pasaran 19.2 peratus pada suku pertama 2019.

Huawei mencapai pertumbuhan tertinggi tahun ke tahun dalam kalangan lima pengeluar telefon pintar, iaitu Samsung, Huawei, Apple, OPPO dan Vivo.

Huawei menjual 58.4 juta unit telefon pintar pada suku dikaji, dengan pertumbuhan di semua rantau, kata laporan itu.

Jumlah keseluruhan jualan global telefon pintar kepada pengguna akhir turun 2.7 peratus pada suku dikaji, dengan 373 juta unit dijual.

Huawei menonjol dengan baik di dua pasaran terbesarnya, Eropah dan Tanah Besar China, yang mana jualan telefon pintar masing-masing meningkat sebanyak 69 peratus dan 33 peratus.

Huawei menguasai 29.5 peratus pasaran telefon pintar Tanah Besar China.

Tetapi impak tindakan AS terhadap Huawei membimbangkan pembeli.

PriceSpy, laman perbandingan produk yang menarik purata 14 juta pelawat setiap bulan, berkata minggu lalu telefon bimbit Huawei mencatat klik yang berkurangan daripada pembeli dalam talian. - Reuters


https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/05/569195/huawei-kekal-di-tangga-kedua
 

Jack95

Junior Member
Joined
May 14, 2019
Messages
99
Reaction score
5
Points
11
huawei sales will drop after exit of android n google
 

ownz

Fun Poster
Joined
Sep 24, 2010
Messages
759
Reaction score
15
Points
15
mate 20 pro.. terbaik... mmg peralihan yang smooth dari apple ke android buat aku la..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register