Huawei sudah kalahkan Apple, mahu atasi Samsung tahun depan

Recommended Brokers


soyabean84

Active+ Member
Joined
Mar 18, 2009
Messages
3,257
Reaction score
78
Points
30
Saya sejak awl pakai smart phone memang setia pada samsung. Sampai dah lupa brape model sy pakai.

Sampailah 1 hari sy tergerak hati nak cuba iphone. Akhirnya smpi sekarang (3tahun) pakai iphone.

Serius sy kata samsung antara jenama terbaik yg pernah sy pakai, Lenovo sy pernah cuba sekali, x smpi 6 bln performance down, tuka samsung balik.

Sy mg suka pakai android sejak dulu, sekarang pn masih minat android, tp buat masa ni masih selesa dgn ios.

Mslh sy tgk ada segelintir kerap mengutuk apple, design sama lah, x lawa lah, dan mcm2 lagi. Last2 bila brand lain tiru design iphone elok2 plak diorg pakai.

Bagi sy x kisah lah pakai phone apa, yg penting kene dgn keperluan & kemampuan masing2.
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
149,312
Reaction score
20,666
Points
1,661
Huawei catat jualan tertinggi telefon pintar



BEIJING/HONG KONG: Firma teknologi dari China, Huawei Technologies Co Ltd merekodkan jualan segmen perniagaan pengguna tertinggi pada 2018 sebanyak AS$52 bilion.


Jualan memberangsangkan itu dipacu oleh permintaan kukuh terhadap telefon pintarnya walaupun firma itu berhadapan dengan pengawasan global terhadap perniagaannya.

Ketua Bahagian Perniagaan Pengguna Huawei, Richard Yu, berkata peningkatan sebanyak 50 peratus itu menyaksikan segmen perniagaan penggunanya menggantikan segmen perniagaan terbesar Huawei, perkhidmatan teknologinya dari segi jualan.

Huawei pada bulan lalu menyatakan pendapatannya pada 2018 adalah sebanyak AS$109 bilion, meningkat 21 peratus namun tidak memberikan perincian mengenai pecahan prestasi segmen perniagaannya itu.

Huawei hari ini turut melancarkan stesen pangkalan chipset 5G pertamanya yang dikenali sebagai Tiangang serta modem 5G Balong 5000, yang digambarkan sebagai modem 5G terhebat ketika ini.

Yu berkata, ia adalah modem 5G pertama di dunia yang menyokong sepenuhnya seni bina rangkaian 5G Tanpa Standalone (NSA) dan Standalone (SA).

Firma itu telah menggunakan chipsetnya di dalam telefon pintar premiumnya serta produk pelayannya, walaupun ia mengatakan tidak berniat untuk menjadi vendor semikonduktor mandiri yang bersaing dengan firma lain seperti Intel Corp dan Qualcomm Inc. - Reuters


https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/01/523589/huawei-catat-jualan-tertinggi-telefon-pintar
 

jaws_am

Super Active Member
Joined
May 29, 2008
Messages
9,978
Reaction score
1,439
Points
141
dikatakan ada peranti huawei 5g yg digunakan untuk intip..

eloklah blacklist semua produk huawei..

___

better layan xiaomi harga mampu milik..

etc pocophone..

dgr citer nk kluar pocophone f2
 

BOCEH

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 8, 2009
Messages
28,314
Reaction score
77
Points
120
iphone x..camera lawa gila....
tp aku setia ngan xiaomi...boleh buat romote untuk tv..home thetaer..aircond ..kipas.. dll.. tu yg best tu
 

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
149,312
Reaction score
20,666
Points
1,661
Jualan iPhone di China merosot, Huawei meningkat



SHANGHAI: Jualan iPhone di China turun 20 peratus tahun ke tahun pada suku keempat 2018, manakala jualan telefon pintar buatan Huawei meningkat 23 peratus, demikian menurut data firma penyelidikan industri IDC.


Laporan itu mendedahkan penyusutan jualan di ekonomi kedua terbesar dunia itu, selepas Ketua Pegawai Eksekutif Tim Cook menggariskan bahawa China adalah faktor utama yang menjurus Apple Inc merendahkan unjuran jualan sukuan bulan lalu.

Apple tidak lagi memperincikan angka penghantaran iPhone dalam keputusan suku tahunannya, bermakna tinjauan dan pemeriksaan saluran oleh IDC adalah penunjuk jelas perubahan dalam jualan.

Angka dalam laporan itu menunjukkan penurunan 19.9 peratus dalam penghantaran telefon pintar Apple pada suku terakhir 2018, sementara Huawei meningkat 23.3 peratus.

Ini mengurangkan penguasaan pasaran Apple kepada 11.5 peratus daripada 12.9 peratus pada tahun sebelumnya, kata laporan itu.

"Selain peningkatan prestasi biasa pada 2018 dan perubahan luaran kecil, tidak ada sebarang inovasi utama yang menyokong pengguna untuk terus menukar telefon mereka pada harga yang meningkat begitu tinggi," kata laporan itu.

"Persekitaran makro di China dan serangan produk-produk inovatif jenama domestik juga menjadi alasan untuk Apple mencatat penyusutan berterusan."

Laporan berasingan daripada sumber industri lain, Counterpoint yang berpangkalan di Hong Kong, awal bulan ini mengesahkan kejatuhan ketara penjualan di India, satu lagi pasaran baharu muncul yang mana Apple bergelut.

Counterpoint berkata jualan iPhone pada suku keempat, yang termasuk jualan perayaan Diwali di India, jatuh 25 peratus, mengurangkan jumlah jualan pada 2018 kepada 1.7 juta unit daripada 3.2 juta tahun sebelumnya. - Reuters


https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2019/02/529892/jualan-iphone-di-china-merosot-huawei-meningkat
 

Maestro

Active+ Member
Joined
Nov 11, 2009
Messages
2,954
Reaction score
270
Points
41
dikatakan ada peranti huawei 5g yg digunakan untuk intip..

eloklah blacklist semua produk huawei..

___

better layan xiaomi harga mampu milik..

etc pocophone..

dgr citer nk kluar pocophone f2
Xiaomi tu made in europe ke bro?hehe
 

jaws_am

Super Active Member
Joined
May 29, 2008
Messages
9,978
Reaction score
1,439
Points
141
Xiaomi tu made in europe ke bro?hehe
mana ada produk europe.. :))
semua china mari..

tp xioami xda isu..
so boleh la beli.. :D
 
Sponsored Post
Top
Log in Register