BTC USD 39,947.5 Gold USD 1,816.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Huawei Perkenal Kenderaan Utiliti Sukan Di Auto Shanghai 2021

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
30,254
Reaction score
4,103
Points
236
Pengeluar telefon popular dari China, Huawei telah memperlihatkan model kereta pertama mereka iaitu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinamakan sebagai SF5. Kenderaan pertama yang dibangunkan Huawei yang merupakan sebuah kenderaan hibrid diperkenalkan dalam Pameran Auto Shanghai 2021.

Pameran tersebut bermula dari 21 hingga 28 April 2021. SF5 dibangunkan secara bersama oleh Huawei dengan sebuah lagi syarikat pemula kenderaan elektrik yang dimiliki China iaitu Seres yang berpangkalan di California.

SF5 dikuasakan oleh 2 motor elektrik dengan membolehkannya bergerak sejauh 180km, tetapi SUV itu juga dilengkapi dengan enjin petrol 1.5 liter yang berfungsi sebagai generator dalam SUV tersebut.

Sekaligus membolehkan SF5 mampu mencapai jarak sehingga 1000km. Huawei mendakwa, SF5 dianggarkan mampu memecut dari 0 ke 100km/h hanya dalam masa 4.7 saat.

Selain itu, SF5 juga dilengkapi dengan sistem audio dari Huawei Sound serta teknologi pemanduan automatik. Setakat ini tiada sebarang info bilakah SF5 akan dipasarkan serta adakah ia akan turut dipasarkan luar dari Negara China.

SF5 dijangkakan akan mula dipamer dan dijual di semua stor Huawei tidak lama lagi.


Sumber asal https://www.carexpert.com.au/car-news/smartphone-maker-huawei-reveals-its-first-car
 

CG Sponsors




Top
Log in Register