(News) Huawei P40 Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
15,438
Reaction score
2,896
Points
236
Rekaan Huawei P40 & P40 Pro Tertiris Sepenuhnya

Berbulan lamanya juga rahsia mengenai rekaan Huawei P40 dan P40 Pro dapat disorok dari pandangan ramai. Selama ini hanya rekaan panel belakang dan hadapan tertiris dalam jumlah yang kecil di arena web. Tetapi dengan pelancarannya hanya empat hari dari sekarang, empangan rahsia akhirnya retak.

Sekali lagi sumber imej beresolusi tinggi dari pelbagai sudut ini didedahkan oleh @evleaks. Ia mengesahkan bawah P40 akan menggunakan skrin rata manakala P40 Pro pula dilengkapi skrin lengkung tetapi bukan dari jenis waterfall Mate 30 Pro. Berita baik bagi mereka yang kurang menggemari rekaan skrin lengkung melampau ini.

Kedua-duanya juga akan dilengkapi butang kuasa dan laras bunyi fizikal pada sisi kanan. Rekaan bonjol kamera pada model Pro juga tidak terlalu tinggi dan besar melampau seperti S20 Ultra. Pada kadar semasa, kami tidak akan terkejut jika selepas ini spesifikasi lengkap kedua-dua peranti pula tertiris ke arena web.



Paparan penuh https://i.postimg.cc/6q3JHV6p/123.jpg

 
Sponsored Post

dell

Super Active Member
Joined
Apr 29, 2007
Messages
8,038
Reaction score
67
Points
70
apa spec p40 ni

ada google services ?
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
15,438
Reaction score
2,896
Points
236
apa spec p40 ni
ada google services ?
spec memang tinggi dan ada 2 variasi, P40 Lite dan P40 Pro;

Spec P40 Lite - https://www.gsmarena.com/huawei_p40_lite-9996.php
Spec P40 Pro - https://www.gsmarena.com/huawei_p40_pro_premium-10118.php

tiada Google Play Store, maknanya tiada Google Maps serta mana2 aplikasi daripada Google sama sekali, tapi disertakan AppSearch daripada Huawei. Tiada Google bukan bermaksud kita tidak boleh install, pengguna masih boleh dapatkan aplikasi2 APK daripada APKMirror, APKMonk, APKPure, Huawei AppGallery and Amazon App Store.

untuk pengguna Android nak cuba AppSearch dari Huawei boleh layari pautan https://www.zukunftsversprechen.de/appsuche/

perlu di ingat, variasi P40 ni boleh install Google Play Store, tapi jika AI mereka kenalpasti aplikasi Google Playstore ini dalam peranti P40, akaun Google pengguna akan di senaraihitamkan dan dibatalkan serta merta .. sebab terikat dengan perjanjian perlesenan ..

:)
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
15,438
Reaction score
2,896
Points
236
Spesifikasi Huawei P40 & P40 Pro Tertiris Sepenuhnya

Pelancaran Huawei P40 dan P4o Pro akan berlangsung esok secara atas talian. Sehari sebelum pelancarannya, spesifikasi lengkap kedua-dua peranti telah tertiris sekali lagi menerusi laman Winfuture seperti tahun lalu.

Menurut laman ini, Huawei P40 Pro dilengkapi skrin 6,58″ OLED beresolusi 2640 x 1200 pixel dengan kadar segar semula 90Hz. Pemproses Kirin 990 5G dipadankan dengan memori sebesar 8GB RAM, storan sehingga 256GB dan bateri sebesar 4200 mAh dengan pengecasan pantas SuperCharge 44W.

Spesifikasi kamera utama pula ialah 50MP RYYB untuk fotografi, 40MP RYYB untuk video dan ultra lebar, 12MP untuk telefoto zum sehingga 50X, makro dan pengesan kedalaman. Teknologi Octa Phase Detection mempercepatkan proses memfokus manakala pixel-binning pula menghasilkan gambar yang tajam dengan penggabungan pixel.

Pada bahagian hadapan pula sensor 32MP dengan autofokus dipadankan dengan pemancar infra merah. Ini menurut Winfuture membolehkan P40 Pro menyokong sistem imbasan wajah 3D seperti yang hanya disokong pada siri Mate sahaja sebelum ini. Ini adalah sebab utama mengapa saiz lubang kamera P40 Pro agak besar tetapi masih kecil jika dibandingkan dengan takuk pada Mate 30 Pro. Seperti tahun lalu, sekali lagi P40 Pro mempunyai kemampuan kalis air IP68.

Seterusnya ialah Huawei P40 yang dilengkapi skrin 6.1 ” OLED beresolusi 2340 x 1080 pixel dengan kadar segar semula 60Hz. Pemproses Kirin 990 5G dipadankan dengan memori sebesar 8GB RAM, storan 128GB dan bateri sebesar 3800 mAh dengan pengecasan pantas SuperCharge 22.5W.

Spesifikasi tri-kamera utama pula ialah 50MP RYYB untuk fotografi, 16MP untuk video dan ultra lebar , 8MP untuk telefoto. Tiada maklumat mengenai kemampuan zum pada peranti ini. Pada bahagian hadapan pula sensor 32MP dengan sensor kedalaman. Tiada sokongan sistem imbasa wajah 3D pada model ini. Huawei P40 turut mempunyai kemampuan kalis air IP53 sahaja,

Kedua-dua peranti masih lagi mengekalkan penggunaan sistem operasi Androdi 10 dengan EMUI 10 tanpa sokongan GMS. Kesemua aplikasi boleh dimuat turun menggunakan App Gallery yang dipacu oleh sistem HMS milik Huawei sendiri.



Sumber rujukan https://winfuture.de/news,114859.html
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
15,438
Reaction score
2,896
Points
236
5 Perkara Menarik Pada Siri Huawei P40

Tahun 2019 ialah tahun yang cukup mencabar bagi Huawei kerana sekatan perdagangan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat. Pelbagai sekatan yang dikenakan tidak mematahkan semangat Huawei untuk terus memberi yang terbaik buat pengguna. Terkini, Huawei telah pun mengemas kini barisan telefon pintar utama terbaru menerusi pengenalan siri Huawei P40.

Siri ini hadir dalam tiga pilihan model iaitu Huawei P40 Pro +, Huawei P40 Pro dan Huawei P40. Ketiga-tiganya dilihat membawakan pelbagai penambahbaikkan yang menarik termasuklah rekaan lebih canggih dengan inovasi kamera dipertingkatkan. Tetapi adakah peranti ini benar-benar berbaloi untuk dimiliki? Berikut ialah 5 perkara menarik yang ada ditawarkan pada siri Huawei P40.

1. Rekaan Baharu Yang Premium Dan Cantik



Tiada siapa ingin memiliki peranti yang tidak kelihatan cantik. Adalah fitrah manusia untuk mengahwini teman hidup yang cantik. kereta yang seksi dan peranti yang membuatkan mereka kelihatan bergaya. Sekiranya anda berkata rekaan peranti yang cantik adalah tidak penting, anda mungkin terdiri dari golongan minoriti yang amat kecil atau sebenarnya tidak jujur kepada diri sendiri.

Menerusi P40 Pro dan P40 Pro+, Huawei mencuba rekaan baharu Quad Curve Overflow Display. Keempat-empat bucu skrin melengkung dan amat berbeza dengan “wajah” peranti-peranti lain di pasaran. Selepas bertahun menerima kritikan kerana wajah peranti yang terlalu mirip dengan Samsung, P40 Pro dan P40 Pro+ kini mempunyai identitinya yang tersendiri.

Bagaimanapun kemasan panel belakang Huawei P40 Pro+ adalah yang paling menarik kerana diperbuat daripada seramik. Dengan tahap ketahanan yang luar biasa pengguna tidak perlu bimbang mengenai masalah calar yang sinonim dengan panel kaca. Sebagai pemilik Mi MIX, boleh dikatakan panel seramik bukan sahaja tahan calar tapi kelihatan lebih seksi serta sejuk dalam genggaman. Pengalaman premium sebenar dapat dinikmati pada peranti dengan kemasan seramik ini.


2. Penta-Kamera Dengan Zum Sehingga 100X



Siri P ialah untuk Photography dan seperti dijangka tumpuan yang lebih diberikan kepada kemampuan kamera. Tahun ini sokongan zum sehingga 100X akhirnya dapat dilakukan pada P40 Pro+. Ia juga adalah peranti pertama di dunia yang dilengkapi dua kamera telefoto yang juga menjadikannya yang pertama dari Huawei dengan sistem penta-kamera. Kamera telefoto pertama melakukan zum optikal sehingga 3X manakala kamera telefoto kedua melakukan zum optikal sehingga 10X.

Untuk mengecapi tahap zum yang melampau ini, Huawei memperkenalkan mekanisme periskop multi-pantulan pertama di pasaran. Ini menurut mereka menghasilkan zum yang lebih tajam dan terang. Pada model P40 Pro biasa, kemampuan zum sehingga 50X masih lagi menakjubkan untuk tahun 2020 dan adalah yang pertama menggunakan sensor RYYB.

Sensor 50-Megapixel 1/1.28″ yang digunakan pada ketiga-tiga peranti mercu Huawei ini juga adalah yang terbesar pada telefon pintar. Sedikit lebih besar berbanding sensor 1/1.33″ yang digunakan pada Galaxy S20 Ultra. Di atas kertas ini membolehkan lebih banyak cahaya ditangkap oleh sensor sekaligus menghasilkan gambar yang lebih terang dan imej yang lebih tajam.


3. Sistem Operasi EMUI 10.1 Dengan Ciri-Ciri Menarik



Kesemua model HUAWEI P40 dibekalkan dengan sistem operasi terbaru, EMUI 10.1 berasaskan Android 10 secara terus daripada kotak. Bagaimanapun, peranti ini tidak mempunyai perkhidmatan Google di dalam sistem operasi Android. Sebaliknya, ia menawarkan perkhidmatan aplikasi tersendiri iaitu Huawei Mobile Services dengan Huawei App Gallery. Antara ciri baharu yang menarik pada sistem operasi ini adalah :

Huawei MeeTime: Aplikasi panggilan video secara terbina pada peranti pintar Huawei. Melaluinya, pengguna boleh membuat panggilan telefon dari peranti Huawei ke Huawei secara percuma dengan menggunakan sambungan Internet. Ia menawarkan kualiti gambar yang jelas meskipun pada pencahayaan rendah. Pengguna juga boleh berkongsi skrin ke paparan lain ketika panggilan video.

Multi-Screen: Pengguna boleh menjawab panggilan video secara langsung melalui PC dan menggunakan aplikasi pada komputer riba untuk membuka fail pada peranti pintar untuk produktiviti yang dipertingkatkan.

Huawei Share: Memudahkan pemindahan fail berkelajuan tinggi antara peranti pintar dan peranti lain seperti tablet atau PC. Pengguna juga boleh menstrimkan muzik kepada pembesar suara pintar menerusi sambungan Wi-Fi.

Hey Celia: Pembantu digital maya seakan sama seperti Siri dan Google Assistant. Ia boleh digunakan untuk membuat panggilan, menghantar mesej, membuat pintasan pantas dan sebagainya.


4. Sistem Pengecasan Pantas Yang Mantap



Salah satu ciri menarik lain pada siri Huwei P40 adalah sokongan teknologi Huawei SuperCharge 40W yang terdapat pada P40 Pro dan P40 Pro + yang mana berupaya menjanjikan proses mengecas yang jauh lebih pantas. Selain itu, P40 Pro + juga menyokong teknologi pengecasan tanpa wayar, Huawei SuperCharge 40W Wireless yang terpantas di dunia dan pengecasan berbalik yang mampu mengecas peranti pintar lain.

Sistem pengecasan yang pantas ini adalah amat perlu kerana sebuah telefon pintar hanya akan kekal pintar selagi ia berbateri. Dengan pengecasan yang pantas, bateri boleh dicas sepenuhnya dari sifar dalam masa sekitar sejam sahaja. Masalah pengecas nirwayar yang perlahan juga diselesaikan.


5. Sistem Biometri Yang Dipertingkatkan



Siri Huawei P40 menyokong dua sistem pengecaman biometeri iaitu pengimbas cap jari terbina dalam skrin dan imbasan wajah. Prestasi sistem pengimbas cap jari ini telah dipertingkatkan supaya lebih pantas sehingga 30 peratus. Sistem pengimbas cap jari optikal tahun lalu adalah sedikit perlahan kerana

Apa yang dirasakan lebih menarik ialah sistem imbasan wajah kini dipertingkatkan dengan sokongan pemancar infra merah yang akhirnya membolehkan nyahkunci dilakukan dalam situasi yang gelap. Pada P30 Pro tahun lalu, sistem imbasan wajah tidak berfungsi apabila di dalam situasi yang amat gelap kerana tiadanya sistem infra merah. Dengan sokongan infra merah ini, sistem nyahkunci pada P40 kini hampir setanding dengan yang ditawarkan pada Mate 30 Pro tanpa takuk skrin bersaiz gergasi

Ini ialah lima perkara-perkara yang dirasakan paling menarik pada Huawei P40, P40 Pro dan P40 Pro+. Kesemuanya diharap akan dapat menarik minat pembeli di dalam pasaran peranti yang amat mencabar tahun ini.

Adakah usaha Huawei tahun ini berjaya menarik minat anda?
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
15,438
Reaction score
2,896
Points
236
5 Perkara Mengecewakan Pada Huawei P40

Semalam Huawei P40. P40 Pro dan P40 Pro+ telah dilancarkan secara rasmi dan sekali lagi mempertaruhkan kepakaran Huawei serta Leica untuk menarik perhatian pengguna. Tahun lalu P30 Pro mengejutkan landskap dunia peranti mudah alih dengan pengenalan sistem zum nirhilang yang terbaik di dalam kelasnya.

Mereka mencuba sekali lagi tahun ini tetapi disedari terdapat beberapa kekurangan yang nyata dalam strategi Huawei tahun ini. Berikut ialah lima perkara yang dirasakan mengecewakan pada Siri P40.


1. Kirin 990 5G Bukanlah Pemproses Terbaik Di Pasaran



Cip HiSilicon Kirin 990 5G diumumkan pada bulan September 2019. Selepas enam bulan, ia bukan lagi cip paling berkuasa untuk peranti mercu Android di pasaran kerana telah dipintas Snapdragon 865, Ini meletakkan ketiga-tiga model P40 di belakang peranti seperti Xiaomi Mi 10, Oppo Find X2 Pro dan Redmi K30 Pro. Pengguna kini semakin bijak dalam memilih peranti dan cakna mengenai pemproses yang terbaik di pasaran.

Kirin 990 5G kini terletak di belakang A13 Bionic, Snapdragon 865 dan Exynos 990 dari segi kemampuan memproses. Dengan harga jualan di Eropah yang setanding dengan harga jualan peranti pesaing, adalah agak sukar untuk kebanyakan pengguna membeli peranti Huawei apabila prestasi pemproses adalah tidak setanding.

Tidak seperti Qualcomm dan Samsung, Huawei tidak menghasilkan dua cip mercu setahun. Strategi ini mungkin selamat digunakan tiga tahun lalu tetapi kini menjadi liabiliti kepada pengeluar telefon pintar dengan pegangan pasaran kedua terbesar 2019.


2.Pilihan Storan Dan RAM Yang Kecil



Tahun lalu pengguna merungut apabila Mate 30 Pro sekadar ditawarkan dengan memori sebesar 8GB RAM dan storan maksimum 256GB. Rungutan dilakukan kerana sejak tahun lalu, memori sebesar 12GB sudah mula ditawarkan pada peranti mercu Android dan 8GB pula lebih layak untuk peranti kelas pertengahan.

Storan yang kecil mungkin tidak akan dilihat sebagai masalah sekiranya P40 menyokong kad mikro SD tetapi mereka menggunakan format tersendiri NM card. Kad ini bukan sahaja lebih sukar ditemui tetapi dijual pada harga yang lebih mahal. Harga jualan hampir dua kali ganda untuk kapasiti kad yang sama berformat mikro SD.

Kita kini di bulan Mac 2020 dan peranti mercu Android dengan memori 16GB RAM telah mula ditawarkan. Huawei P40 Pro+ yang merupakan model paling premium hanya dilengkapi memori sebesar 8GB RAM tetapi dijual pada harga sekitar RM6600 sebuah. Tiada langsung usaha untuk menawarkan spesifikasi terbaik pada peranti premium mereka dan ini adalah mengecewakan kerana Huawei sebelum ini mempunyai reputasi sebagai pengeluar yang menawarkan nilai yang baik pada harga mampu milik.

3.Kapasiti Bateri Yang Kecil



Kapasiti bateri P40, P4o Pro dan P40 Pro+ ialah 3800 mAh dan 4200 mAh. Tahun ini kapasiti bateri S20, S20+ dan S20 Ultra pula ialah 4000, 4500 dan 5000 mAh. Samsung menggunakan bateri berkapasiti besar kerana peranti mereka menyokong rangkaian 5G dan kadar segar semula 120Hz.

Saiz bateri P40 Pro adalah sama seperti P30 Pro tahun lalu. Masalah di sini ialah skrin P4o Pro dan P4o Pro+ adalah lebih besar berbanding P30 Pro (6.58″ vs 6.47″) serta menyokong kadar segar semula lebih tinggi (90Hz vs 60Hz). Skrin lebih besar dengan kadar segar semula lebih tinggi dan bateri bersaiz kecil adalah kombinasi yang merisaukan bagi sebuah peranti mercu 2020


4. Skrin – Kuad-Lengkung Cantik Tetapi Tidak Praktikal



Selepas menggunakan skrin air terjun pada Mate 30 Pro, Huawei menggunakan pula skrin berteknologi kuad-lengkung pula pada P40 Pro dan P4o Pro+. Menurut Huawei skrin dengan rekaan ini akan membuatkan peranti kelihatan cantik serta unik jika dibandingkan dengan peranti lain di pasaran. Tidak boleh menyangkal bahawa P40 Pro dan P40 Pr0+ adalah peranti yang cantik dipandang namun pada waktu yang sama ia turut menjadikannya kurang praktikal.

Kini keempat-empat sisi skrin peranti lebih terdedah kepada hentakan sekiranya terjatuh. Kerangka-kerangka yang dihasilkan menawarkan pelindungan yang kurang memuaskan. Skrin kuad-lengkung juga mengakibatkan video yang ditonton akan “melimpah” keluar ke bahagian sisi apabila ditonton dalam mod skrin penuh.

Ada sebab mengapa skrin air terjun tidak menjadi ikutan industri tahun lalu kerana menjadikan peranti licin serta permukaan sisi kaca yang terdedah. Dapat merasakan skrin kuad-lengkung ini juga tidak akan menjadi ikutan ramai. Samsung yang mempelopori penggunaan teknologi skrin lengkung juga telah mula beralih semula ke skrin yang lebih rata pada S20. Rekaan praktikal adalah lebih baik dari rekaan yang cantik semata-mata.

Satu lagi perkara dirasakan mengecewakan ialah pada P40, skrin sekadar menyokong kadar segar semula 60Hz. Ini ialah peranti yang dijual pada harga mencecah Euro 799 (~RM3800) dan sepatutnya hadir dengan skrin 90Hz. Redmi K30 Pro dilengkapi dengan skrin 60Hz tetapi boleh dimaafkan kerana ia dipasarkan sebagai peranti mercu mampu milik. Xiaomi Mi 10 dan Samsung Galaxy S20 yang di dalam kategori yang sama seperti Huawei P40 kedua-duanya dilengkapi skrin 120Hz,


5. Bonjol Kamera Yang Besar



Dengan sehingga lima sensor digunakan pada sistem kamera, Huawei P40 Pro dan P40 Pro+ mempunyai saiz bonjol yang amat besar, Saiznya yang agak besar ini mendatangkan beberapa isu seperti peranti tidak boleh diletakkan rata pada permukaan meja dan bahagian atas yang berat ketika dipegang di dalam tangan.

Adalah sukar untuk menggunakan peranti apabila ia diletakkan di atas meja. Ia terjungkang-jungkit apabila skrin ditekan. Saiz bonjol yang besar ini juga membuatkan peranti tidak digalakkan untuk digunakan tanpa kerangka. Permukaan kaca yang besar pada bonjol kamera ini amat terdedah kepada calar dan dalam jangka masa panjang boleh menimbulkan cela pada gambar yang diambil.

Masalah bonjol kamera yang semakin membesar akan berterusan kerana pengguna mahu melihat kemampuan kamera yang meningkat setiap tahun. Ia tidak akan berakhir sehingga sensor yang lebih kecil tetapi memberikan kemampuan yang sama seperti sensor lebih besar.

Ini adalah sebab mengapa Google berusaha keras menggunakan perisian untuk meningkatkan kemampuan fotografi peranti. Mereka menyedari penyelesaian menggunakan perkakasan akan mengakibatkan kos meningkat kerana penggunaan lebih banyak sensor dan bonjol yang besar.

In ialah senarai lima perkara yang dirasakan mengecewakan pada siri Huawei P40. Adakah anda bersetuju?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register