BTC USD 33,276.7 Gold USD 1,780.52
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Huawei Matebook X Pro 2020 - Emerald Green Di Perlihatkan

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,632
Reaction score
3,998
Points
236
Huawei MateBook X Pro adalah komputer riba premium dari Huawei. Beberapa bulan lepas, mereka telah mengemaskini komputer riba ini untuk keluaran 2020. Ia hadir dengan skrin 13.9-inci nirbingkai, menawarkan resolusi 3000×2000 dengan sokongan skrin sentuh, serta kini menyertakan pilihan berwarna hijau. Model baru turut hadir dengan cip Intel Core i7 generasi ke-10, dilengkapi memori sehingga 16GB RAM, storan sehingga 1TB, dan dilengkapi sokongan kad grafik NVIDIA MX250.

Akhirnya, imej pengolokan penuh Huawei Matebook X Pro 2020 dalam warna hijau atau nama rasminya adalah Emerald Green diperlihatkan. Walau bagaimanapun, warna ini masih tidak pasti sama ada ia akan dilancarkan di Malaysia atau terhad di pasaran China sahaja. Semasa acara pelancaran di Barcelona bulan Februari lepas, hanya warna Space Gray dan Silver sahaja diperlihatkan. Warna hijau ini dikatakan akan dilancarkan pada 8 April ini.

Huawei-MateBook-X-2020-02-950x759.jpg

Sumber asal https://www.gizmochina.com/2020/04/...-in-a-premium-emerald-green-color-on-april-8/
 
Last edited:
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,632
Reaction score
3,998
Points
236
Huawei Matebook X & Matebook 14″ Edisi 2020 Di Lancarkan - i7 Generasi Ke-10 & Ryzen 7-4800H

Huawei Matebook tidak dinafikan adalah salah satu barisan produk komputer riba Huawei yang terbaik. Ia menawarkan pilihan premium dan mampu milik dari pelbagai model dan harga yang bersaing sengit dengan pesaing. Dengan isu Huawei yang ada masalah dalam pengeluar telefon pintar, produk komputer mungkin masa hadapan mereka.

Terkini mereka telah mengemaskini barisan Huawei Matebook dengan edisi 2020. Model pertama adalah Huawei Matebook X 2020, iaitu model komputer riba paling premium mereka. Kali ini mereka menggunakan skrin baharu yang digelar Infinite FullView Display yang kelihatan lebih nirbingkai, kerana bezel besi kurang digunakan dan panel kaca digunakan secara lebih meluas – secara tidak langsung menawarkan paparan nirbah skrin-ke-badan 90%. Saiz skrin adalah 13.8-inci resolusi 3000 x 2000, 278 ppi, sRGB 100% dan kecerahan 400 nits. Panel skrin adalah jenis LTPS dan komputer riba ini kekal ringan dengan berat bawah 1KG.

Papan kekunci adalah saiz penuh, pad sesentuh yang lebih luas, menyokong tindak balas haptik, serta pembesar suara bawah kekunci Shift. Terdapat dua mikrofon terbina, pemngumbas cap jari yang diintegrasi pada butang kuasa, kekunci ikonik untuk kamera pop-naik serta rekaan nirkipas yang menggunakan sisyem penyejukan seakan telefon pintar. Matebook X 2020 ini dijana dengan cip Intel Core i7-10510U, dipadankan dengan memori sehingga 16GB RAM dan storan dalaman mencapai 512GB SSD. Ia juga menyokong rangkaian WiFi 6, bateri 42Wh dengan ketahanan 9 jam, serta port sambungan 2x USB-C dan bicu audio 3.5mm.

Untuk MateBook 14″, seperti namanya ia adalah komputer riba dengan saiz skrin 14-inci resolusi 2160 x 1440. Turut menggunakan rekaan sama, iaitu nisbah skrin-ke-badan 90% dan sRGB 100%. Tetapi kecerahan skrin terhad kepada 300 nits sahaja. Dari segi dalaman, ia dijana dengan cip pemprosesan sehingga AMD Ryzen 7 4800H, pilihan memori mencapai 16GB RAM serta SSD sehingga 512GB. Bateri adalah lebih besar dengan kapasiti 56Wh dengan ketahanan 10 jam. Untuk port sambungan, ia menyertalan 2x USB-A 3.2, 1x USB-C, 1x HDMI dan bicu audio 3.5mm.

Cip grafik yang digunakan adalah AMD Radeon RX Vega 7 dan ia tidak menawarkan sokongan WiFi 6.

Kedua-dua komputer riba ini masih menjalankan sistem operasi Windows 10 serta ditawarkan secara global. Tetapi masih tiada informasi sama ada ia akan dilancarkan di Malaysia ataupun tidak. Harga jualan adalah bermula dari €849 untuk MateBook 14″ dan €1599 sebagai harga permulaan untuk MateBook X.

Sumber asal https://www.theverge.com/2020/9/10/...i7-amd-ryzen-4800h-touchscreen-thin-and-light
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,632
Reaction score
3,998
Points
236
Huawei MateBook X Pro 2021 Di Perkenal- Skrin 3K & Cip Intel Generasi Ke-11

Huawei MateBook X Pro
adalah komputer riba mercu dari Huawei. Ia dijual pada harga premium, dipadatkan dengan spesifikasi berkuasa tinggi serta mempunyai rekaan dan binaan mirip MacBook Pro. Model tahun lepas, iaitu MateBook X Pro 2020 menerima maklum balas positif dari kami. Kini tahun 2021, Huawei telah hadir dengan model tahun 2021 pula.

Huawei-MateBook-X-Pro-2021-01-950x534.jpg.webp

Huawei MateBook X Pro 2021 mungkin akan menjadi komputer riba premium terakhir Huawei dengan cip pemprosesan Intel, kerana Trump baru sahaja menghalang Huawei dari menggunakan cip ini. Berbalik ke produk terkini Huawei ini, ia hadir dengan cip pemproses Intel Core i5 atau i7 generasi kesebelas. Kemudian ia turut hadir dengan skrin beresolusi 3K.

Huawei-MateBook-X-Pro-2021-02-950x534.jpg.webp

Komputer riba ini menggunakan panel skrin bersaiz 13.9-inci bernisbah 3:2, rekaan skrin-ke-badan 91% dan sokongan sRGB 100%. Pad sesentuh pula kini lebih sensitif dengan Huawei Share terbina. Untuk memori, ia hadir dengan pilihan memori 16GB RAM sahaja, cip i5 atau i7 dan storan dari 512GB SSD sehingga 1TB SSD.

Harga jualan adalah RMB8,999 (~RM5,615) untuk versi i5, 16/512 GB, RMB9,999 (~RM6,240) untuk i7 15/512 GB dan RMB11,999 (~RM7,488) untuk 16GB/1TB. Ia akan dijual di China pada 20 Januari ini dengan pilihan warna kelabu, hijau merah jambu atau perak.

Sumber asal https://www.vmall.com/product/10086857314109.html
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register