(News) Huawei Mate 20 Serendah RM88 Pada Ulang Tahun Lazada Ke-8 Ini

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
16,316
Reaction score
3,057
Points
236
Walaupun negara sedang mengalami Perintah Kawalan Pergerakan, hidup perlu diteruskan seperti biasa malah ramai diantara kita yang bekerja di rumah, mengajar anak-anak ilmu seharian bagai hidup tanpa masalah.

Bagi meraikan ulangtahun Lazada ke-8 pada 27 Mac 2020, Huawei telah hadir dengan beberapa promosi menarik dan terbaik, menawarkan peranti-peranti mereka pada harga yang sangat menarik yang anda tidak harus lepaskan begitu sahaja.

Terdapat 3 peranti yang ditawarkan pada harga RM 88 iaitu kacamata pintar Gentle Monster yang asalnya beharga RM 1,559, Huawei MateBook 13 yang asalnya beharga RM 3,999 dan juga Huawei Mate 20 yang asalnya berharga RM 2,099. Ketiga-tiga peranti ini ditawarkan dalam bilangan yang terhad, dan pada waktu yang tertentu sahaja berdasarkan kepada siapa cepat dia dapat.

Namun jika anda tidak mempunyai kelapangan masa tersebut, terdapat diskaun menarik pada waktu lain yang ditawarkan untuk peranti merangkumi jam tangan pintar, tablet, telefon pintar, sehinggalah pada laptop. Terdapat juga hadiah-hadiah percuma yang akan diberikan kepada pembeli.

WaktuProdukHarga AsalHarga Runtuh
27 Mac,
12am – 2am
HUAWEI Band 4RM139RM89
HUAWEI Watch GTRM 799RM 399
HUAWEI MediaPad T5RM 899RM 599
HUAWEI nova 4eRM 999RM 598
HUAWEI Mate20RM 2,099RM 1,188
HUAWEI MateBook D 15 (8GB RAM + 256 GB SSD) with Free GiftRM 2,299RM 1,999
HUAWEI MateBook 13 i5 with Free GiftRM 3,999RM 3,299
HUAWEI MateBook 13 i7 with Free GiftRM 4,399RM 3,699
Jualan Khas
27 Mac, 2pm
HUAWEI Mate20 (3 units)RM 2,099RM 88
Jualan Khas
27 Mac, 3pm
HUAWEI x Gentle Monster Eyewear (3 units)RM 1,559RM 88
HUAWEI MateBook 13 (1 unit)RM 3,999RM 88

Selain itu, pengguna juga berpeluang menerima baucar bernilai RM 168 dan juga RM 88 yang boleh digunakan untuk produk-produk tertentu.

Baucar bernilai RM 168 boleh digunakan untuk pembelian HUAWEI Mate 30 Pro, Mate 30, P30, P30 Pro, M5 Lite dan FreeBuds 3.
Baucar bernilai RM 88 pula boleh digunakan untuk pembelian HUAWEI nova 5T, Y7P, Y9s and Y9 Prime.

Untuk bersedia dengan promosi harga runtuh ini, beli peranti Huawei menerusi halaman rasmi yang terdapat pada Lazada pada 27 Mac 2020 ini.

https://i.postimg.cc/HxvJgJ2v/Screenshot-338.jpg[/imng]

[img]https://i.postimg.cc/NFyKfgCs/Screenshot-339.jpg



Sumber rujukan [email protected]
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register