BTC USD 49,208.4 Gold USD 1,783.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

(News) Huawei FreeBuds 3i Kini Di Malaysia - Berharga RM399

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,311
Reaction score
3,816
Points
236
Huawei FreeBuds 3i Kini Di Malaysia – Berharga RM399, Dilengkapi Pembatalan Hingar Aktif Huawei Malaysia hari ini telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka, Nova 7 SE. Bersama-sama dengannya, mereka turut memperkenalkan satu lagi produk baru untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei FreeBuds 3i. Huawei FreeBuds 3i merupakan fon telinga nirwayar yang hadir dengan sokongan pembatalan hingar aktif. Seperti sejumlah fon telinga nirwayar, ia juga turut hadir bersama sebuah pod simpanan pengecasan khas.

Huawei-Freebuds-3i-N-950x633.jpg

Fon telinga ini boleh beroperasi sehingga 3.5 jam, atau boleh digunakan selama 14.5 jam bersama bateri pada pod simpanan. Ia turut dilengkapi tiga mikrofon bersama pembatalan hingar aktif untuk memudahkan anda melakukan panggilan. Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Huawei FreeBuds 3i ini pada harga RM399 di Malaysia.
 
Last edited:
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,311
Reaction score
3,816
Points
236
FreeBuds Pro Ialah Jawapan Huawei Kepada AirPods Pro Dengan Bateri Tahan Lebih Lama

Huawei FreeBuds Pro akhirnya dilancarkan secara rasmi semalam sebagai jawapan Huawei kepada AirPods Pro. Dari segi rekaan ia mengambil inspirasi dari fon telinga yang dikeluarkan Apple. Ia adalah dari jenis fon dalam telinga bertangkai dan pod pengecas yang berbentuk bujur.

Seperti majoriti fon telinga mercu, FreeBuds Pro dilengkapi sistem pembatalan hingar aktif yang dapat mengurangkan bunyi sehingga 40dB. Pengguna boleh mengawal mainan muzik dengan mencubit tangkai dan melakukan tatalan pada bahagian sisinya.

Menurut Huawei, fon telinga ini boleh beroperasi selama 7 jam berterusan atau sehingga 30 jam dengan bantuan pod pengecas jika ANC dimatikan. Sekiranya diaktifkan pula ia berkurangan ke 4.5/20 jam. Ini meletakkan hayat penggunaan FreeBuds Pro lebih lama berbanding AirPods Pro. Pengecasan menerusi port USB-C dan nirwayar juga boleh dilakukan.

Tambatan dilakukan menerusi bluetooth 5.2 bagi memastikan sambungan yang stabil. Antara ciri menarik yang disokong ialah mengubah salah satu fon telinga menjadi mikrofon yang boleh dipegang dan sistem yang menganalisa telinga untuk memilih saiz putik silikon yang paling sesuai untuk pemakai.

Di China Huawei FreeBuds Pro dijual pada harga RMB 1099 (~RM668) untuk versi pengecasan berwayar dan RMB 1199 (~RM728) untuk versi pengecasan secara nirwayar dalam warna putih, hitam dan perak.

Huawei-FreeBuds-Pro-A-950x741.jpg


Huawei-FreeBuds-Pro-C-950x534.jpg
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register