BTC USD 42,306.5 Gold USD 1,749.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

(News) HTC Vive Pro 2 Di Umumkan Dengan Skrin 5K 120Hz

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,820
Reaction score
4,168
Points
236
Seperti dijanjikan, HTC melancarkan set kepala realiti maya terkini mereka pagi ini. HTC Vive Pro 2 dikemaskini dengan skrin beresolusi 5K dengan kadar semula 120Hz serta sudut pandangan 120 darjah. Ini adalah peningkatan hampir dua kali ganda berbanding Vive Pro dengan skrin 2K 90Hz serta sudut pandangan 110 darjah.

HTC-Vive-Pro-2-c-950x535.jpg

Selepas tiga tahun penambahbaikan lain yang diberikan ialah Display Stream Compression bagi menawarkan kualiti paparan yang lebih baik dengan mengurangkan isu kekaburan. Selain itu dengan skrin 5K, isu screendoor effect juga berjaya dihapuskan membolehkan pengguna menyelami dunia maya dengan lebih mendalam.

HTC-Vive-Pro-2-B-950x535.jpg

Dari segi audio pula, Vive Pro 2 menyokong audio beresolusi tinggi serta spatial. Kesemua aksesori yang dihasilkan untuk Vive Pro seperti kit mengesan pergerakan wajah boleh digunakan semula pada model terkini ini. Jualan HTC Vive Pro 2 akan dibuka pada bulan Jun dengan harga jualan bermula dari [imath]749 (~RM3090) untuk set kepala sahaja atau [/imath]1399 (~RM5771) untuk kit lengkap dengan pengawal permainan dan penjejak kedudukan Base Station 2.0

Sumber asal https://www.vive.com/eu/product/vive-pro2/overview/
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,820
Reaction score
4,168
Points
236
Peranti Realiti Maya Kendiri HTC Vive Focus 3 Turut Di Lancar Dengan Skrin 5K 90Hz

Selain HTC Vive Pro 2, HTC Vive Focus 3 turut diumumkan pagi tadi. Ia adalah peranti realiti maya kendiri generasi ketiga keluaran mereka sejak kali pertama dilancarkan pada tahun 2017. Seperti Vive Pro, Vice Focus 3 turut dilengkapi skrin beresolusi 5K tetapi sekadar 90Hz. Cip yang digunakan pula ialah Qualcomm Snapdragon XR2 yang diumumkan dua tahun lalu dan sama seperti cip pada pesaingnya Oculus Quest 2.

HTC-Vive-Focus-3-C-950x535.jpg

Focus 3 kini hadir dengan pek bateri yang mudah ditanggalkan untuk membolehkan ia digunakan berterusan lebih lama. Pek bateri diletakkan di belakang kepala untuk mengimbangi berat di bahagian hadapan. Dengan sekali caj, ia boleh beroperasi sehingga 2 jam. Sistem pengecasan pantas membolehkan bateri dicas ke 50% dalam masa hanya 30 minit.

HTC-Vive-Focus-3-D-950x535.jpg

Ia turut hadir dengan alat kawalan permainan yang boleh dikesan di dalam dunia maya. Antara ciri lain yang menarik ialah ciri menstrim permainan video dari PC terus ke Focus 3 secara nirwayar. Dari segi audio pula, peranti menyokong audio spatial menerusi fon kepala yang terbina.

HTC-Vive-Focus-3-B-950x752.jpg

HTC Vive Focus 3 akan dilancarkan pada bulan Jun pada harga $1,300 (~RM5363) yang adalah lebih mahal berbanding Vive Pro 2. Ini adalah kerana ia hadir dengan sokongan perisian untuk perniagaan. Tidak seperti Quest 2, HTC melihat Focus 3 sebagai peranti realiti maya kendiri yang menyasarkan pengguna komersil.

Sumber asal https://www.vive.com/eu/product/vive-focus3/overview/
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register