TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,138
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,138
- Reaction score
- 22,840
- Points
- 1,831
- Awards
- 1

Khairil Anuar Abdullah (tengah) dan Micheal Ec Wong mendengar penerangan mengenai mesin pengimbas dan radioterapi, Elekta Synergy IMRT (VMAT) bagi merawat kanser di Hospital Pantai Ayer Keroh, Melaka, semalam. – UTUSAN/NURSURAYA ZULKIFLI
MELAKA 30 Okt. – Hospital Pantai Ayer Keroh (HPAK) muncul sebagai hospital swasta pertama di wilayah selatan menggunakan teknologi termoden bagi merawat penyakit kanser yang dikenali sebagai mesin pengimbas dan radioterapi, Elekta Synergy IMRT (VMAT).
Konsultan Onkologi dan Radioterapi, Pusat Kanser Pantai, Dr. Daniel Wong berkata, mesin pengimbas teknologi modul pengukuhan terapi radiasi itu yang bernilai RM7 juta itu menawarkan perkhidmatan rawatan dan pengurusan kanser yang lebih baik.
Menurutnya, teknologi mesin termoden itu mampu mengurangkan sel kanser dengan pantas serta penghantaran kadar radiasi kepada tumor lebih tepat di samping mengurangkan kerosakan tisu.
“Mesin ini juga dapat mengurangkan masa rawatan iaitu antara tujuh hingga 10 minit bergantung kepada jenis kanser dan pesakit tidak mengambil masa yang lama sehingga berbulan-bulan untuk rawatan berkenaan berbanding mengikut prosedur perubatan sebelum ini.
“Fungsi mesin berteknologi moden ini membuat rawatan merangkumi semua jenis rawatan kanser iaitu mengesan tumor atau sel kanser selain mengurangkan sel kanser berkenaan.
“Penggunaan teknologi mesin radioterapi ini juga dilihat dapat meningkatkan kadar sembuh kepada pesakit,” katanya ketika ditemui selepas majlis penutup Pink Oktober Kempen Kesedaran Kanser Payudara 2014 dan Pelancaran Teknologi VMAT di Ayer Keroh di sini hari ini.
Majlis itu dirasmikan oleh Pengerusi Pantai Holdings Bhd., Datuk Khairil Anuar Abdullah yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif HPAK, Micheal Ec Wong.
Daniel berkata, pihaknya berharap pesakit kanser dari negeri ini, Johor dan juga Indonesia akan mendapat manfaat daripada teknologi yang dibawa ke hospital berkenaan.
“Bagi rekod tahun lalu, kita mempunyai sebanyak 26 kes yang telah mendapatkan rawatan menggunakan mesin radioterapi ini dan pada 2014, sehingga kini kita ada sebanyak 33 kes.
“Kita harap pesakit kanser datang mendapatkan rawatan terutamanya pesakit kanser kepala dan leher yang akan mendapat manfaat daripada teknologi rawatan radioterapi terbaru ini,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wil...kanser-guna-vmat-1.18732#sthash.b1WxWoNF.dpuf