BTC USD 66,497.3 Gold USD 2,405.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News HP Spectre Foldable, Laptop Boleh Lipat Ternipis Dunia, Harga Lebih RM20k

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,784
Top Poster #8
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,784
Reaction score
6,532
Points
916
Awards
1
Fenomena peranti boleh lipat kini semakin menular keluar daripada telefon dan tembusi kategori komputer. HP telah mengumumkan laptop HP Spectre Foldable untuk terus mengukuhkan cengkaman mereka dalam segmen laptop dengan skrin boleh lipat. Mereka katakan ini adalah laptop boleh lipat ternipis di dunia. Berbalik kepada HP Spectre Foldable tadi, laptop ini mempunyai berat keseluruhan 1,624g (dengan papan kekunci) manakala berat paparan semata-mata adalah 1,354g.

Di bahagian paparan, ia ini dilengkapi panel paparan berasaskan OLED sebesar 17”. Panel paparan ini mempunyai panel beresolusi 1920 x 2560 (3:4) dengan sokongan HDR 500. Cakupan DCI-P3 padanya dilapor berada pada paras 99.5% bermakna ia sesuai digunakan untuk kerja-kerja kreatif yang memerlukan paparan jitu warna.

230919-hp-spectre-fold-02-1024x1024.jpg


Paparan ini mempunyai penyangga khas di belakangnya untuk berdiri sendiri dalam keadaan terbuka dan selujruh paparannya digunakan bersama papan kekunci yang berkomunikasi secara wayarles. Tanpa papan kekunci, ia adalah sebuah tablet biasa. Apabila dilipat separa, papan kekunci boleh diletakkan di separuh paparan untuk menjadi laptop konvensional dengan panel paparan segi empat tepat.

230919-hp-spectre-fold-01-1024x634.jpg


Panel paparan yang cantik ini dipadankan dengan sistem kuadspeaker Bang & Olufsen dan menyokong piawiaan DTS:X Ultra serta teknologi HP Audio Boost.

230919-hp-spectre-fold-05-1024x871.jpg


Di atas badan disediakan dua port Thunderbolt 4 yang menyediakan jalur perpindahan seluas 40Gbps. Antara fungsi yang disokongnya adalah seperti USB-PD, DisplayPort 1.4, dan mengecas masuk. Ia bersambung secara wayarles melalui protokol Wi-Fi 6E dan Bluetooth 5.3. Berpindah ke papan utama, HP Spectre Foldable adalah sebuah laptop berspesifikasi kelas pertengahan premium.

230919-hp-spectre-fold-04-1024x1024.jpg


Ia diperkasa cip Intel Core i7-1250U dengan Intel Iris Xe Graphics sebagai komponen pemproses grafik. Bersama-sama dengan cip tersebut, ia turut dilengkapi RAM 16GB LPDDR5-5200Mhz dan storan seluas 1TB PCIe Gen4 NVMe.

230919-hp-spectre-fold-03-1024x1024.jpg


Laptop ini walaupun nipis, ia dilengkpai bateri 94.3Wh yang besar. Ia dicas mengguna pakai blok pengecas 100W dan satu isian penuh boleh berikan waktu guna seihngga 12 jam lamanya. Produk ini buat masa sekarang dibuka tempahannya untuk pasaran A.S pada harga USD5,000 (~RM23,460). Anda bole layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.​
 
Sponsored Post

Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register