Hotel lima bintang di Teluk Datai, Langkawi terbakar

CG Sponsors




Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
36,484
Reaction score
2,450
Points
206
owner cina ke?
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
36,484
Reaction score
2,450
Points
206
24 jam terbakar, 80 peratus blok bangunan The Andaman Langkawi musnah



LANGKAWI: Angin kencang serta struktur binaan kayu, telah menyebabkan kira-kira 80 peratus sebuah blok bangunan di resort lima bintang, The Andaman, a Luxury Collection Resort, di Jalan Teluk Datai, kira-kira 40 kilometer dari Bandar Kuah dekat sini, musnah dalam kebakaran yang berlaku dua kali, semalam dan awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi Mohd Ashmar Mohd Mazlan berkata, kejadian pertama berlaku petang semalam di bahagian bumbung sebuah bangunan kelas B dan anggota dari BBP Langkawi dan BBP Persiaran Putra bersama Pasukan Bertindak Kecemasan (ERT) resort itu, berjaya memadamkan kira-kira 11.26 malam.

"Bomba menerima panggilan pada kira-kira 4 petang semalam, selepas berjaya memadam kebakaran, anggota bomba membuat pemadaman bara-bara api yang terbakar. Namun begitu, kira-kira 1.13 awal pagi tadi, bomba pihak resort tersebut sekali lagi memaklumkan berlaku kebakaran di bangunan yang sama, namun di lokasi berbeza.

"Anggota bomba dari BBP Langkawi dan BBP Persiaran Putra, sekali lagi digerakkan ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran. Kebakaran melibatkan bangunan yang memiliki tiga seksyen menempatkan pejabat pentadbiran, lobi utama dan dewan besar, serta sayap utara dan selatan yang merupakan bilik penginapan," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Turut hadir Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Nor Hisham Mohammad dan Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari.

Mohd Ashmar yang bertindak sebagai komander operasi berkata, ketika kejadian terdapat tetamu yang menginap di resort tersebut dan pihaknya telah mengarahkan pihak pengurusan resort itu untuk memindahkan tetamu ke hotel lain.

"Angin kencang serta struktur binaan kayu resort tersebut menyukarkan proses pemadaman api. Ketika proses memadam kebakaran, empat petugas lelaki ERT resort yang membantu, turut mengalami sesak nafas dan muntah. Mereka telah dibawa ke Hospital Sultanah Maliha untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati sehingga berita ini ditulis, anggota bomba dari BBP Langkawi dan BBP Persiaran Putra masih giat menjalankan kerja-kerja pemadaman serta mengawal kebakaran.

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,036
Reaction score
21,129
Points
1,671
Bkn hotel yg viral 3some kan
 

eizzbizz

Super Active Member
Joined
Sep 2, 2009
Messages
8,698
Reaction score
626
Points
116
keras tempat ....
tgok pun dh tau..
batu sana sini
 

maxpda

Super Active Member
Joined
Jan 15, 2007
Messages
7,175
Reaction score
139
Points
83
xpe dapat insuran boleh buka bisnes lain...
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
36,484
Reaction score
2,450
Points
206
Hotel Andaman terbakar rugi RM100 juta

WhatsApp-Image-2021-01-14-at-4.42.22-PM.jpeg


ALOR SETAR: Kebakaran Hotel Andaman & Luxury Resort di Jalan Datai di Langkawi dekat sini kelmarin terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM100 juta.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon berkata, jumlah kerugian itu berdasarkan maklumat awal daripada pihak pengurusan hotel berkenaan.

Bagaimanapun, menurutnya, punca kebakaran dan jumlah kerugian tersebut masih dalam siasatan.

“Pihak bomba akan menjalankan siasatan secara menyeluruh dalam mengenal pasti punca kebakaran dan jumlah kerugian hotel itu.

“Siasatan berkenaan melibatkan pasukan forensik dari ibu pejabat di Putrajaya dan Unit Anjing Pengesan (K9).

“Kita mengambil kira daripada semua aspek termasuk khianat. Keputusan siasatan akan diketahui kelak,” katanya di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan kira-kira 80 peratus bangunan hotel lima bintang itu terbakar dalam dua kejadian berasingan, petang kelmarin dan semalam.

Kejadian kira-kira pukul 4.04 petang kelmarin dan 1.13 pagi semalam mengakibatkan tiga bahagian hotel iaitu bangunan utama, pejabat pentadbiran dan dewan besar musnah.

Pada masa sama, beliau berkata, orang ramai orang ramai dinasihatkan tidak menyebarkan khabar angin berhubung kejadian tersebut.

“Siasatan awal yang dijalankan mendapati tiada isu sabotaj atau khianat. Saya harap netizen dan orang ramai tidak sebarkan khabar yang tidak pasti,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi, Mohd. Ashmar Mohd. Mazlan memberitahu, kerja-kerja pemadaman api di hotel yang berstruktur kayu dan batu itu selesai pada kira-kira 6.17 petang, semalam.

Katanya, pihaknya mengambil masa kira-kira 17 jam untuk memadamkan api melibatkan keluasan hotel 60,000 meter persegi.

“Kawasan hotel akan ditutup selama sekurang-kurangnya dua minggu bagi kerja-kerja siasatan kebakaran,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 
Sponsored Post
Top
Log in Register